Tuan Ibrahim Tuan Man

Yang Berhormat Ustaz Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Jawi: توان إبراهيم بن توان من) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Parlimen Kawasan Kubang Kerian serta mantan Ahli Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Pahang bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS[2] dan Timbalan Presiden PAS. Dalam Kabinet Malaysia 2020[3], beliau dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia.

Yang Berhormat Ustaz Dato' Sri Haji

Tuan Ibrahim Tuan Man

توان إبراهيم بن توان من
Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia
Memegang jawatan
30 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Mansor Othman
Dalam jawatan
10 Mac 2020  16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Timbalan Ahmad Masrizal Muhammad
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kubang Kerian, Kelantan
Memegang jawatan
2018
Didahului oleh Ahmad Baihaki Atiqullah
Timbalan Presiden PAS
Memegang jawatan
2015
Didahului oleh Mohamad Sabu
Pesuruhjaya PAS Pahang
Dalam jawatan
2004  2015
Didahului oleh Idris Omar
Digantikan oleh Rosli Abdul Jabar
Ahli Dewan Negeri Pahang
untuk Jengka
Dalam jawatan
1999  2004
Didahului oleh Zainal Hassan
Digantikan oleh Abdul Rahman Ibrahim
Butiran peribadi
Lahir (1960-08-27) 27 Ogos 1960
Kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Sekutu gabungan
politik lain
MN (sejak 2019)
PN (sejak 2020)
PasanganDatin Sri Norrul Ain Md Hashim
Alma materUniversiti Kebangsaan Malaysia
GajiRM57,227.20 sebulan[1]
Nilai bersihKurang RM1 juta[1]

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 27 Ogos 1960 di Kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang. Beliau melanjutkan pengajian sarjana muda di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Dakwah dan Kepimpinan. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian sarjana dalam bidang Dakwah dan Kepimpinan di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan tamat pengajian pada 1995. Tesis sarjana beliau bertajuk Implikasi Pelancongan Ke Atas Umat Islam - Satu Kajian Di Pulau Tioman. Beliau menekankan tiga keberkesanan kajian beliau, iaitu dari segi hal tanah, dari segi manfaat kepada penduduk dan dari segi akhlak Islam[4]. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Lipis dan bertugas sebagai pensyarah kanan selama 14 tahun di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka, Pahang dan Manjong, Perak[5].

Penglibatan politik

Penyertaan PAS dan pilihan raya

Pada 1999, beliau mula menyertai pilihan raya umum Malaysia ke-10 dan bertanding di DUN Jengka. Beliau memperoleh kemenangan setelah menewaskan calon UMNO, Dato Zainal Hassan dengan majoriti 319 undi. Walau bagaimanapun, beliau gagal mempertahankan kerusi DUN tersebut dalam pilihan raya umum Malaysia 2004 selepas tewas di tangan calon UMNO, Abdul Rahman Ibrahim. Dalam pilihan raya yang sama, beliau juga gagal memenangi kerusi Parlimen Maran selepas tewas kepada calon UMNO, Ismail Abd Muttalib.

Pada pilihan raya umum Malaysia 2008 pula, beliau masih gagal menawan kembali kerusi DUN Jengka. Walau bagaimanapun beliau telah berjaya merapatkan jurang majoriti kepada hanya 596 undi. Namun, pada pilihan raya umum 2013, beliau tewas lagi di tangan penyandang dari UMNO, Wan Salman Wan Ismail.

Pada pilihan raya umum Malaysia 2018 pula, PAS meletakkan beliau di kerusi Parlimen Kubang Kerian, dan berjaya menang dengan majoriti yang besar, yakni dengan 19,369 undian lalu menewaskan calon UMNO dan PAN.

Keputusan pilihan raya

Keputusan Pilihanraya ditandingi Tuan Ibrahim Tuan Man
Tahun Peringkat Kawasan Individu (PAS) Undi Lawan Undi Majoriti
1999 PRU DUN N23 Jengka Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) 5,338 Dato' Haji Zainal Hassan (BN-UMNO) 5,019 319
2004 PRU DUN N23 Jengka Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) 5,532
Abdul Rahman Ibrahim (BN-UMNO) 7,246 1,714
2004 PRU Parlimen P086 Maran Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) 8,483 Ismail Abd Muttalib (BN-UMNO) 15,725 7,242
2008 PRU DUN N29 Jengka Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) 6,858
Wan Salman Wan Ismail (BN-UMNO) 7,454 596
2013 PRU DUN N29 Jengka Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) 9,150
Wan Salman Wan Ismail (BN-UMNO) 10,453 1,303
2018 PRU Parlimen P024 Kubang Kerian Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) 35,620 Dato' Sri Muhammad Abd Ghani (BN-UMNO) 16,251 19,369
Dato Dr Abdul Halim Yusof (PH=Amanah) 11,557

Anugerah dan pengiktirafan

Darjah kebesaran

  •  Pahang
    • Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) - Dato' Sri - 2020
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) - Dato' 1998

Rujukan

  1. "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  2. "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-22. Dicapai pada 2016-06-10.
  3. "Tuan Ibrahim Tuan Man: Dari ulama dihormati ke kabinet". Astro Awani. 9 Mac 2020. Dicapai pada 10 Mac 2020.
  4. Anne Muhammad Tuan Ibrahim akui kaji isu pelancongan untuk tesis sarjana Malaysiakini
  5. Tuan Ibrahim, dari ulama dihormati ke Kabinet Sinar Harian

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.