Parti Rakyat Sarawak
Parti Rakyat Sarawak (PRS) merupakan sebuah parti politik di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2004. Parti ini merupakan salah satu parti komponen gabungan parti memerintah Gabungan Parti Sarawak.
Parti Rakyat Sarawak Sarawak People's Party PRS | |
|---|---|
| Pemimpin | Tan Sri Dr. James Jemut Masing |
| Ditubuhkan | 2004 |
| Ibu pejabat | Jalan Pending, Kuching, Sarawak, Malaysia. |
| Sayap belia | Pemuda PRS |
| Ideologi | Nasionalisme |
| Penggabungan kebangsaan | Barisan Nasional (2004 - 2018) Gabungan Parti Sarawak (2018 - ) |
| Laman sesawang | |
| PRS Official Website PRS Facebook | |
![]() |
| Rencana ini sebahagian daripada siri: Politik dan pemerintahan Malaysia |
|
|
|
Portal Malaysia Portal Politik |
Parti ini diasaskan pada 2004 selepas krisis kepimpinan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang mengakibatkan pembatalan pendaftaran PBDS oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Disember 2003[1] dan 21 Oktober 2004[2] oleh sekumpulan serpihan yang diketuai oleh Tan Sri Dr. James Jemut Masing dan Dato' Sri Sng Chee Hua.
Pada 2 Disember 2006, 700 anggota perwakilan yang menganggotai 22 daripada 28 cawangan PRS yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah hadir di Miri,Sarawak. Antara yang diketepikan ialah Dato' Sri Sng Chee Hua, setiausaha agung, Sidi Munan, Ketua Wanita, Josephine Rindan Mawat dan naib presiden, Larry Sng Wei Shun (anak lelaki Sng) yang juga Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri, naib presiden, Jimmy Donald, Anggota Parlimen kawasan Sri Aman.
Senarai organisasi PRS
- Presiden - Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing
- Timbalan Presiden - Datuk Joseph Salang Gandum
- Naib-Naib Presiden - Datuk Mong Dagang, Datuk William Nyalau Badak, Manjang Renggie dan Datuk John Sikie Tayai
- Ketua Wanita - Dato' Sri Doris Sophia Brodie
- Setiausaha Agung - Datuk Ir. Janang Bungsu
- Ketua Pemuda - Datuk Snowdan Lawan
- Bendahari Agung - Malcolm Mussen Lamoh
- Ketua Penerangan - Datuk Wifred Nissom
Ahli Parlimen PRS
Ahli PRS yang lain ialah Ahli Parlimen Kanowit, Datuk Aaron Ago Dagang,[3] dan Ahli Parlimen Hulu Rajang Wilson Ugak Kumbong.
Pilihan raya kecil Batang Ai 2009
Dalam Pilihan raya kecil Batang Ai 2009, Malcolm Mussen Lamoh dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) menewaskan bekas Anggota Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), dengan majoriti 1,854 undi. Terdapat 150 buah Rumah Panjang yang didiami etnik Iban di Batang Ai menyokong PRS. [4]
Logo Parti
PRS semasa ditubuh hasil pembubaran Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) telah menggunakan logo yang berlambang perisai dan parang menyerupai logo PBDS yang berlambang perisai, parang dan lembing pada 2004. Parti ini telah menukarkan logonya kepada lambang pokok padi yang baru sekarang pada April 2010.[5]
Lambang PRS masa ditubuhkan, 2004.
Lambang PBDS, asalnya parti serpihan PRS tertubuh.
Lihat juga
Pautan Luar
- PRS Official Website Diarkibkan 2018-08-16 di Wayback Machine
- PRS Facebook
- The Dayak dilemma (Part 1) Diarkibkan 2009-07-07 di Wayback Machine
- The Dayak dilemma (Part 2)
- The Dayak dilemma (Part 3) Diarkibkan 2009-06-07 di Wayback Machine
- The Dayak dilemma (Part 4) Diarkibkan 2013-06-09 di Wayback Machine
- Khoo, Phillip (Jun, 2004) The Taming of the Dayak. Aliran Monthly
Rujukan
- PBDS: Elegy and Eulogy, knight adventure
- SARAWAK'S OTHERWISE STAID POLITICS SEES "ACTION" IN 2004, by Edward Subeng, Dec 11, 2004, Bernama
- Salang Dan Aaron Serta Parti Rakyat Sarawak
- Tan Sri Muhyiddin: BN Mesti Penuhi Janji Kepada Pengundi Batang Ai
- PRS adopts new party symbol, Mar 2, 2010, New Straits Times
