Azhar Azizan Harun

Tan Sri Datuk Azhar bin Azizan @ Harun atau lebih dikenali sebagai Art Harun adalah bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang telah dilantik pada 21 September 2018[1] lalu. Beliau mempunyai latarbelakang pendidikan dalam bidang undang-undang dan adalah seorang peguam secara profesion. Pada 13 Julai 2020, beliau mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.[2]


Azhar Azizan Harun

PSM, PJN
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Memegang jawatan
13 Julai 2020
Didahului olehMohamad Ariff Md Yusof
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Dalam jawatan
21 September 2018  29 Jun 2020
Perdana MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin
Tun Dr Mahathir Mohamad
Didahului olehChe Mohd Hashim Abdullah
Digantikan olehDatuk Abdul Ghani Salleh
Butiran peribadi
LahirAzhar bin Azizan @ Harun
(1962-10-26) 26 Oktober 1962
Kampung Sanglang, Kedah
Parti politik     BEBAS
PasanganPuan Sri Datin Simla Bidi Abdul Gani
HubunganIdrus Harun (abang)
Alma materUniversiti Malaya (LLB)
King's College London (LLM)
ProfesionPeguam

Kerjaya

Beliau bermula sebagai pengamal undang-undang selepas menyertai firma Allen & Gledhill pada 1987, seterusnya di Tetuan KH Koh, Azhar & Koh pada 1992. Selepas itu, beliau telah berkhidmat dengan pelbagai firma guaman terkemuka termasuklah, Tetuan Khaw & Hussein, Tetuan TH Su & Partners, Tetuan Lamin & Co, Tetuan Hisham Sobri & Kadir, Tetuan Shafee & Co dan Tetuan Cheang & Ariff (firma milik Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof). Beliau juga adalah peguam bela dan peguam cara di Tetuan Azhar & Goh.[3]

Azhar telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia pada 21 September 2018 selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan raya umum Malaysia 2018 lalu.[4]

Selepas kerajaan Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan pada 2020, beliau telah dicalonkan oleh Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Perdana Menteri Malaysia untuk dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu dan memenangi undian sebanyak 111 undi berbanding menentang adalah 109 undi pada 13 Julai 2020 lalu.[5]

Anugerah

Anugerah Malaysia

Rujukan

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.