Datuk Bandar Pulau Pinang

Datuk Bandar Pulau Pinang merupakan ketua bagi kerajaan tempatan di Pulau Pinang, Malaysia. Ia berperanan mengetuai pentadbiran dan pengurusan pihak berkuasa tempatan di George Town, iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Jawatan Datuk Bandar diperkenalkan bagi menggantikan peranan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang selepas penaiktarafan status George Town daripada bandar kepada bandar raya pada 1 Januari 2015.

Datuk Bandar Pulau Pinang
Lambang Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Penyandang
Dato' Ar. Yew Tung Seang
sejak 20 Januari 2018
GelaranYang Berbahagia
PelantikKerajaan Negeri Pulau Pinang
Pemegang sulungDatuk Patahiyah Ismail
Pembentukan1 Januari 2015 (2015-01-01)
Laman sesawanghttp://www.mbpp.gov.my/

Penyandang Datuk Bandar Pulau Pinang ialah Dato' Ar. Yew Tung Seang yang mula berkhidmat sejak 20 Januari 2019[1].

Pelantikan

Jawatan Datuk Bandar Pulau Pinang dilantik oleh kerajaan negeri Pulau Pinang[1].

Penyandang

Sehingga kini, Majlis Bandaraya Pulau Pinang diketuai oleh tiga orang Datuk Bandar.

Patahiyah Ismail menjadi Datuk Bandar wanita pertama di Pulau Pinang pada 2015 hingga 2017. Kemudian, beliau digantikan dengan Maimunah Mohd Sharif.[2][3] Walau bagaimanapun, kepimpinan Maimunah sebagai Datuk Bandar hanya selama setahun sahaja berikutan pelantikan beliau sebagai Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UN HABITAT; yang mana Maimunah merupakan warga Asia pertama yang dilantik ke jawatan tersebut.[4][5] Yew Tung Seang kemudiannya dilantik sebagai Datuk Bandar bermula 2018.[6]

# Nama Tempoh khidmat Catatan
1 Patahiyah Ismail 2015 – 2017 [3]
2 Maimunah Mohd Sharif 2017 – 2018 [2]
3 Yew Tung Seang 2018 – [6]

Lihat juga

Rujukan

  1. BERNAMA (20 November 2019). "Adib Azhari Datuk Bandar JB yang baharu". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-11-22. Dicapai pada 25 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. "Maimunah takes over on island while Rozali assumes Seberang Prai post - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-01-14.
  3. "Council president now Penang's first mayor". 2015-03-31. Dicapai pada 2018-03-13.
  4. "Lady mayor bids goodbye - Metro News | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-01-14.
  5. "Maimunah listed in MBOR as first Asian to helm UN-Habitat". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 2018-01-12. Dicapai pada 2018-01-14.
  6. "Penang Island gets a new mayor - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-01-17.
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.