Datuk Bandar Ipoh

Datuk Bandar Ipoh merupakan ketua bagi kerajaan tempatan di Perak Darul Ridzuan. Ia berperanan mengetuai pentadbiran dan pengurusan pihak berkuasa tempatan di Ipoh, iaitu Majlis Bandaraya Ipoh. Jawatan Datuk Bandar diperkenalkan bagi menggantikan peranan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ipoh selepas penaiktarafan status Ipoh sebagai bandar kepada bandar raya.

Datuk Bandar Ipoh
Lambang Majlis Bandaraya Ipoh
Penyandang
Dato' Rumaizi Baharin
sejak 1 April 2020
GelaranYang Berbahagia
PelantikKerajaan Negeri Perak
Pemegang sulungDato' Haji Umar bin Haji Abu
Pembentukan27 Mei 1988 (1988-05-27)
Laman sesawanghttp://www.mbi.gov.my/ms

Penyandang Datuk Bandar Ipoh ialah Datuk Rumaizi Baharin yang mula berkhidmat sejak 1 April 2020[1].

Pelantikan

Jawatan Datuk Bandar Ipoh dilantik oleh kerajaan negeri Perak[1].

Penyandang

Berikut merupakan senarai Datuk Bandar Ipoh.

No Datuk Bandar Mula khidmat Tamat khidmat
1 Dato' Haji Umar bin Abu 27 Mei 1988 31 Mei1993
2 Dato' Ismail Shah bin Bodin 1 Jun 1993 31 Disember 1994
3 Dato' Haji Ahmad Saleh bin Haji Sarif 2 Januari 1995 31 Disember 1997
4 Dato' Haji Talaat bin Haji Husain 1 Februari 1998 2 Disember 2002
5 Dato' Sirajuddin bin Haji Salleh 3 Disember 2002 15 April 2004
6 Dato' Hassan Nawawi bin Abd Rahman 1 Mei 2004 23 Julai 2006
7 Dato' Mohamad Rafiai bin Haji Moktar 24 Julai 2006 5 Jun 2008
8 Dato' Roshidi bin Haji Hashim 23 Julai 2008 2 Januari 2014
9 Dato' Harun Rawi 2 Januari 2014 30 Jun 2015
10 Dato' Zamri Man 1 Julai 2015 1 Julai 2019
11 Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim 1 Julai 2019 31 Mac 2020
12 Dato' Rumaizi Baharin 1 April 2020 Penyandang

Lihat juga

Rujukan

  1. Balqis Jazimah Zahari (3 April 2020). "Rumaizi dilantik Datuk Bandar Ipoh". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-04-04. Dicapai pada 25 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.