Parti Demokratik Progresif

Parti Demokratik Progresif Sarawak atau Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) ditubuhkan pada 9 November 2002 merupakan parti serpihan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) kerana disebabkan oleh perbalahan pucuk pimpinan dalam Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah melahirkan parti yang dipimpim oleh Presiden SPDP iaitu Dato' Sri William Mawan Ikom atas nasihat ketua menteri Sarawak.

Progressive Democratic Party
Parti Demokratik Progresif
Nama Chinese民主进步党 Mínzhǔ jìnbù dǎng
Nama MalayParti Demokratik Progresif
SingkatanPDP
PresidenTiong King Sing
Setiausaha agungAnthony Nogeh Gumbek
Deputy PresidentNelson Balang Rining
Youth LeaderRobert Ayu
Women LeaderChiew Yen Chew
PengasasPeter Nyarok Entrie
Ditubuhkan2002 (2002)[1]
PecahanSarawak National Party (SNAP)
Didahului olehSarawak Progressive Democratic Party (SPDP)
Ibu pejabatLot 158, 159 & 160, Seksyen 20, KTLD 9F/9G/9H, Jalan Badruddin, 93400 Kuching, Sarawak
IdeologiRegionalisme
Penggabungan kebangsaanBarisan Nasional (2002–2018)
Gabungan Parti Sarawak (2018–)
Warna     Blue, yellow
Dewan Negara:
1 / 70
Dewan Rakyat:
2 / 222
Dewan Undangan Negeri Sarawak:
3 / 82
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya

Pada 2002, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah sekali lagi bergelumang dalam kekalutan kepimpinan apabila presidennya Datuk Amar James Wong Kim Min memecat bendaharinya yang juga ahli parlimen Bintulu, Tiong King Sing pada bulan April atas sebab disiplin dan mencetuskan krisis kepimpinan dan perpecahan parti berbelah dua puak, satu diterajui oleh presiden James Wong disokongi timbalannya Peter Tinggom[2], dan satu puak lagi diketuai oleh naib presidennya yang berimpian tinggi, Datuk William Mawan Ikom. Krisis perpecahan SNAP ini telah menyebabkan SNAP sebagai parti tertua negeri Sarawak yang telah berusia 41 tahun telah disytiharkan pendaftarannya dibatalkan pada 5 November 2002 oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). SNAP telah merayu semula kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 September 2006 yang mengekalkan keputusan ROS pada 5 November 2002 membatalkan pendaftaran SNAP, dan berjaya mendapat kelepasan Mahkamah Rayuan untuk beroperasi seperti biasa dengan menangguhkan penguatkuasaan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu sementara prosedur rayuan perundangan berjalan.[3]

Datuk Sri William Mawan Ikom telah menubuhkan Parti Demokratik Progresif Sarawak atau Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP), yang merupakan satu parti serpihan baru Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan didaftarkan serta diluluskan pendaftarannya oleh ROS pada 9 November 2002, 4 hari kemudian selepas SNAP dibatalkan pendaftarannya[4][5] dan terus menyertai Barisan Nasional.

Sejarah pilihan raya

Pada pilihan raya negeri Sarawak 2016, PDP berjaya memperoleh 3 kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri Sarawak. Manakala melalui pilihan raya umum Malaysia 2013, PDP berjaya memperoleh 2 kerusi di peringkat parlimen.

Perwakilan terkini

Dewan Negara

  • Yang Berhormat Tuan Senator Paul Igai, diperkenan oleh SPB Yang Dipertuan Agong.

Dewan Rakyat

Negeri Bil. Parlimen Penyandang Parti
 SarawakP217BintuluTiong King SingPDP
P220BaramAnyi NgauPDP
JumlahSarawak (2)

Dewan Undangan Negeri

  • N02 Tasik Biru Yang Berhormat Henry Jinep
  • N48 Meluan Yang Berhormat Rolland Duat Jubin
  • N76 Marudi Yang Berhormat Penguang Manggil

Lihat juga

Pautan luar

Rujukan

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.