Ahmad Faizal Azumu
Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Haji Azumu (lahir 10 Jun 1970) merupakan ahli politik Malaysia dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Beliau merupakan Menteri Besar Perak ke-13 dalam kerajaan Perikatan Nasional sehingga 4 Disember 2020 apabila beliau kalah dalam pengundian undi percaya. Beliau pernah menjadi Menteri Besar Perak ke-12 selepas Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan negeri Perak.[1] Beliau ialah anak kepada Allahyarham Dato' Haji Azumu bin Haji Tak, seorang veteran UMNO.
Ahmad Faizal Azumu | |
|---|---|
![]() Ahmad Faizal ketika menjawat jawatan Menteri Besar Perak di Kedutaan Amerika Syarikat pada 2019 | |
| Menteri Belia dan Sukan | |
| Memegang jawatan 30 Ogos 2021 | |
| Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
| Timbalan | Ti Lian Ker |
| Didahului oleh | Reezal Merican Naina Merican |
| Anggota Parlimen Malaysia untuk P063 Tambun, Perak | |
| Memegang jawatan 16 Julai 2018 | |
| Didahului oleh | Ahmad Husni Hanadzlah (BN-UMNO) |
| Majoriti | 5,320 (2018) |
| Ahli Dewan Negeri Perak untuk N47 Chenderiang | |
| Memegang jawatan 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | Mah Hang Soon (BN-MCA) |
| Majoriti | 39 (2018) |
| Timbalan Pengerusi Parti Perikatan Nasional | |
| Memegang jawatan 7 Ogos 2020 Berkhidmat dengan Abdul Hadi Awang | |
| Pengerusi | Muhyiddin Yassin |
| Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Parti Perikatan Nasional Perak | |
| Memegang jawatan 5 Januari 2021 | |
| Didahului oleh | Penyandang sulung |
| Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia | |
| Memegang jawatan 23 Ogos 2020 | |
| Presiden | Muhyiddin Yassin |
| Didahului oleh | Mukhriz Mahathir |
| Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia Perak | |
| Memegang jawatan 8 September 2016 | |
| Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Malaysia bertaraf Menteri (Hal Ehwal Jalinan Komuniti, Komunikasi Masyarakat dan Pembangunan Sosioekonomi) | |
| Dalam jawatan 5 Ogos 2021 – 16 Ogos 2021 | |
| Yang di-Pertuan Agong | Al-Sultan Abdullah |
| Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
| Kawasan pilihan raya | Tambun |
| Menteri Besar Perak ke-13 | |
| Dalam jawatan 13 Mac 2020 – 6 Disember 2020 | |
| Sultan | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
| Digantikan oleh | Saarani Mohamad |
| Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Keselamatan, Tanah, Badan Berkanun (GLC), Sumber Asli dan Perancangan Ekonomi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak | |
| Dalam jawatan 13 Mac 2020 – 6 Disember 2020 | |
| Menteri Besar Perak ke-12 | |
| Dalam jawatan 12 Mei 2018 – 10 Mac 2020 | |
| Sultan | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
| Didahului oleh | Zambry Abdul Kadir |
| Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Keselamatan, Tanah, Badan Berkanun (GLC), Sumber Asli dan Perancangan Ekonomi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak | |
| Dalam jawatan 12 Mei 2018 – 10 Mac 2020 | |
| Butiran peribadi | |
| Lahir | 10 Jun 1970 Ipoh, Perak, Malaysia |
| Parti politik | |
| Sekutu gabungan politik lain | |
| Pasangan | Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Dato' Mohammed Radzi |
| Ibu | Datin Zaliha Nordin |
| Bapa | Dato' Haji Azumu Haji Tak |
| Hubungan |
|
| Pendidikan | SPM |
| Alma mater | |
| Pekerjaan | Ahli perniagaan Ahli politik |
| Anugerah | Senarai |
| Laman web rasmi | Ahmad Faizal Azumu di Facebook |
Pendidikan
Ahmad Faizal pernah mendapat pendidikan dalam bidang Pengajian Perniagaan di Universiti Edith Cowan, Perth, Australia namun gagal menamatkan pengajian.[2] Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Cator Avenue dan Sekolah Menengah Anderson Ipoh, Perak.[3]
Kerjaya
Menteri Besar Perak

Pada 12 Mei 2018, Ahmad Faizal Azumu telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan negeri. Majlis pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah berlangsung di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Beliau meletak jawatan pada 10 Mac 2020 apabila Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan yang mengakibatkan kerajaan PH tergugur di Perak.[4]
Beliau telah mendapat perkenan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar Perak ke-13 dan telah mengangkat sumpah jawatan pada 13 Mac 2020 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak.[5]
Pada 4 Disember 2020, ADUN Pengkalan Baru, Abdul Manap Hashim membawa usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak ke sidang Dewan Negeri Perak. Keputusan diumumkan oleh Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, 48 tidak menyokong Ahmad Faizal berbanding 10 orang ADUN yang menyokong usul itu manakala ada 1 undi rosak atau berkecuali. Hal ini menyebabkan pemerintahan beliau sebagai Menteri Besar Perak terhenti secara rasmi.[6] Meskipun begitu, beliau diperkenankan menjadi pemangku Menteri Besar sementara jawatan rasmi Menteri Besar masih kosong.[7]
Kerajaan
Dalam tahun 2011 hingga 2013, Ahmad Faizal memulakan kerjaya politiknya sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Dari tahun 2013 hingga 2016, Ahmad Faizal menjadi Pegawai Kanan Khas kepada Menteri Besar Kedah iaitu Dato' Seri Mukhriz bin Tun Dr Mahathir.
Sepuluh tahun kemudian, beliau telah dilantik sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri bertaraf Menteri bagi hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat, dan pembangunan sosio-ekonomi oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.[8]
Jemaah Menteri
Beliau telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia bagi menggantikan Reezal Merican Naina Merican oleh Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dalam Kabinet Ismail Sabri.[9]
Parti politik
UMNO
Dalam tahun 2016, Ahmad Faizal menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat.
Pakatan Harapan
Selepas keluar dari UMNO, Ahmad Faizal menjadi Pengerusi Pakatan Harapan dan juga Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia bagi negeri Perak dalam tahun 2017.[10]
BERSATU
Beliau telah memenangi kerusi Timbalan Presiden pada Pemilihan Agung Tahunan BERSATU 2020.[11]
Keputusan pilihan raya
Dalam PRU-14, Ahmad Faizal menang DUN Chenderiang mengalahkan calon BN, Choong Shin Heng dan calon PAS, Nordin Hassan dengan majoriti 39 undi.
Di peringkat Parlimen pula, Ahmad Faizal menang di kawasan Parlimen Tambun menewaskan calon BN, Ahmad Husni Hanadzlah dan calon PAS, Ibrahim Zakaria dengan majoriti 5,320 undi.
Dewan Rakyat
| Tahun | Kerajaan | Undian | Peratusan | Pembangkang | Undian | Peratusan | Jumlah | Majoriti | Keluar mengundi | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2018 | Ahmad Faizal Azumu (PPBM) | 38,661 | 44.46% | Ahmad Husni Hanadzlah (UMNO) | 33,341 | 38.35% | 88,920 | 5,320 | 82.51% | ||
| Muhd Zulkifli Mohd Zakaria (PAS) | 14,948 | 17.19% | |||||||||
Dewan Negeri Perak
| Tahun | Kerajaan | Undian | Peratusan | Pembangkang | Undian | Peratusan | Jumlah | Majoriti | Keluar mengundi | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2018 | Ahmad Faizal Azumu (PPBM) | 7,662 | 33.90% | Chong Shin Heng (MCA) | 7,623 | 33.70% | 17,441 | 39 | 77.20% | ||
| Nordin Hassan (PAS) | 1,735 | 7.70% | |||||||||
Anugerah
Perak Darul Ridzuan :
Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) – Dato' Seri (2018)[15]
Ahli Mahkota Perak (AMP)
Rujukan
- Idris, Syed Hashim (12 Mei 2018). "Ahmad Faizal angkat sumpah MB Perak". Utusan Online. Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-05. Dicapai pada 5 Julai 2018.
Ahmad Faizal Azumu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak
- "Perak demands for effective, transparent and honest new government: New Perak MB". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 12 Mei 2018. Dicapai pada 12 September 2018.
- "Ahmad Faizal ganti Zambry". myMetro. Harian Metro. 12 Mei 2018. Dicapai pada 5 Julai 2018.
- "Faizal Azumu letak jawatan MB, kerajaan Perak bubar serta merta". Astro Awani. 10 Mac 2020. Dicapai pada 10 Mac 2020.
- Perak exco to be appointed next week
- Leong, Isabelle (4 Disember 2020). "Undi percaya DUN Perak: MB Faizal Azumu gagal peroleh sokongan majoriti". Astro Awani. Dicapai pada 4 Disember 2020.
- Hasnan, Harits Asyraf (4 Disember 2020). ""Saya masih Menteri Besar kerajaan sementara" - Faizal Azumu". Astro Awani. Dicapai pada 4 Disember 2020.
- Ahmad Faizal Azumu kini Penasihat Perdana Menteri bertaraf Menteri
- Ahmad Faizal bukan nama asing dalam arena sukan
- "Perlantikan YAB Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu, Menteri Besar Perak Ke-12 : 12 Mei 2018". Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak. SUK Perak. Dicapai pada 5 Julai 2018.
- Tan Sri Muhyiddin kekal Presiden BERSATU
- "Malaysia General Election : undiinfo Malaysian Election Data". Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017.
- "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2018. Peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- MB Perak ketuai senarai penerima darjah
Pautan luar
- Biodata YAB Menteri Besar Perak
- Ahmad Faizal Azumu di Facebook
- Ahmad Faizal Azumu di Twitter
- Ahmad Faizal Azumu di Instagram
- Ahmad Faizal Azumu di TikTok
- Saluran Ahmad Faizal Azumu di YouTube


