Damansara (kawasan persekutuan)

(Inggeris) P106 Damansara ialah kawasan pengundian pilihan raya bagi peringkat parlimen. Selepas persempadanan semula kawasan Pilihan Raya yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Parlimen P106 Petaling Jaya Utara telah ditukar nama kepada P105 Damansara. Parlimen ini disandang oleh saudara Tony Pua daripada parti DAP. Majoriti pengundi di kawasan ini ialah daripada kaum Cina.

Damansara
Kawasan pilihan raya  Selangor
Kawasan parlimen
Badan perundanganDewan Rakyat
ADR
 
 
 
Tony Pua Kiam Wee
DAP
Kawasan pilihan raya diwujudkan1958
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan1974
Kali pertama dipertandingkan1959
Kali terakhir dipertandingkan2018
Demografi
Populasi (2017)DC2017Q4164,322
Pemilih (2017)[1]164,322
Luas (km²)[2]65
Kepadatan pen. (per km²)2,528

Demografi

Pecahan etnik pengundi parlimen Petaling Jaya setakat 2018[3]

  Cina (69.53%)
  Melayu (19.67%)
  India (9.42%)
  Etnik lain (1.38%)

Ahli Parlimen P106 Damansara

Damansara (P106) ialah kawasan pilihan raya bagi parlimen di Dewan Rakyat. Dahulu, nama parlimen ini ialah Petaling Jaya Utara (kawasan persekutuan) namun ditukar pada tahun 2018 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Penyandang parlimen ini ialah Yang Berhormat Tony Pua Kiam Wee dari PH-DAP. Beliau menyandang kerusi ini sejak Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 yang lalu pada 2008. Beliau memperoleh majoriti kerusi terbanyak dalam sejarah.

Sejarah Kawasan

Parlimen ini dipecahkan kepada dua parlimen berbeza pada tahun 1995. Sebelum ini ianya berada di bawah parlimen Petaling Jaya (kawasan persekutuan) (Lama) kemudiannya dipecahkan menjadi Parlimen Petaling Jaya Utara dan Parlimen Petaling Jaya Selatan pada 1995.

Pada 2018 nama parlimen Petaling Jaya Utara ditukar nama kepada Damansara dan Petaling Jaya Selatan ditukar nama kepada Petaling Jaya.

Parlimen Petaling Jaya (Lama) diberikan nama baharu pada 1986 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sebelum 1986, nama parlimen ini ialah Parlimen Petaling (kawasan persekutuan).

Parlimen Petaling (kawasan persekutuan) ditubuhkan pada 1974 dan merupakan sebuah konstituensi baharu.

  • Parlimen Damansara (1959-1974)
  • Parlimen Petaling (1974-1986)
  • Parlimen Petaling Jaya (1986-1995)
    • Parlimen Petaling Jaya Utara (1995-2018)
    • Parlimen Petaling Jaya Selatan (1995-2018)
  • Parlimen Damansara (2018-Kini)
  • Parlimen Petaling Jaya (2018-Kini)

Dewan Negeri Selangor

Terdapat tiga Dewan Negeri dalam parlimen ini

Pentadbiran dan Kemudahan

Parlimen ini berada di bawah daerah Petaling, Selangor.

Mukim

Mukim bagi parlimen ini ialah mukim Sungai Buloh

Pihak Berkuasa Tempatan

Kerajaan Tempatan bagi parlimen ini ialah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

Polis Daerah

IPD Petaling Jaya ialah IPD bagi parlimen ini

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.