Tanjong Karang (kawasan persekutuan)
Parlimen Tanjong Karang (P095) ialah kawasan pilihan raya bagi parlimen di Dewan Rakyat,Malaysia. Parlimen ini ditubuhkan pada tahun 1974 (PRU-4) akibat pembubaran parlimen Kuala Selangor (kawasan persekutuan).
Penyandang parlimen ini ialah Yang Berhormat Tan Sri Noh Omar dari BN-UMNO. Beliau menyandang kerusi ini sejak tahun 1995 (PRU-9). Beliau adalah pengerusi UMNO Selangor.
Demografi
Pecahan etnik pengundi parlimen Tanjong Karang setakat 2018[1]
Dewan Negeri Selangor
Terdapat dua dewan negeri dalam parlimen ini.
Pentadbiran dan Kemudahan
Parlimen Tanjong Karang berada di bawah mukim Sungai Tinggi di daerah Hulu Selangor dan daerah Kuala Selangor,Selangor.
Mukim
Mukim di dalam parlimen ini ialah mukim Tanjong Karang,Ujong Permatang,Ulu Tinggi dan sebahagian Pasangan.
Pihak Berkuasa Tempatan
Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) ialah Kerajaan Tempatan parlimen ini.
- "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) - Results Overview". election.thestar.com.my. Dicapai pada 2020-06-20.