Adly Zahari

YB Tuan Haji Adly Zahari adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Bukit Katil dan merupakan bekas Ketua Menteri Melaka[1] (2018-2020) dan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu daripada Parti Amanah Negara. Beliau merupakan AJK Parti AMANAH Negara Nasional dan Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Melaka. [2].Pada 11 Mei 2018 pada waktu petang, beliau telahpun dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang ke-11 dan telahpun memegang jawatan tersebut. Adli Zahari dipilih daripada pucuk pimpinan Pakatan Harapan negeri Melaka.

Yang Berhormat Tuan Haji

Adly Zahari

ADUN
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk Bukit Katil
Memegang jawatan
20 November 2021
Didahului olehDirinya sendiri
Dalam jawatan
16 Mei 2018  4 Oktober 2021
Didahului olehDr Md Khalid Kassim
Pengerusi AMANAH Melaka
Memegang jawatan
2015
Didahului olehJawatan baharu
Ketua Menteri Melaka
Dalam jawatan
11 Mei 2018  2 Mac 2020
Didahului olehIdris Haron
Digantikan olehSulaiman Md Ali
Pesuruhjaya PAS Melaka
Dalam jawatan
2011–2015
Didahului olehAbdul Ghani Abdul Rahman
Digantikan olehKamarudin Sedik
Butiran peribadi
Lahir (1971-02-15) 15 Februari 1971
Kampung Pulau, Durian Tunggal, Melaka
Parti politikDahulu :Parti Islam Se-Malaysia
Sekarang: PH-AMANAH
PasanganHajah Dalilah Awaluddin
Anak-anak7 orang
KediamanBukit Beruang, Melaka
PendidikanIjazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik
Alma materUniversiti Teknologi Malaysia
PekerjaanAhli politik

Latarbelakang

Adly berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan kemudiannya Adly menjadi seorang jurutera dan pentadbir beberapa syarikat korporat sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan.[3]

Politik

Adly pernah memegang beberapa jawatan termasuk Pesuruhjaya Pas Melaka, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Setiausaha PAS Melaka, Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri dan bekas Yang di-Pertua PAS Kawasan Alor Gajah.[4]

Beliau kini merupakan Majlis Pimpinan Nasional Parti AMANAH Negara dan Pengerusi Parti AMANAH Negara Negeri Melaka.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Melaka pada 24, Sep 2017.[5]

Rujukan

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.