Johari Abdul

Dato' Johari bin Abdul merupakan ahli politik Malaysia brketurunan Melayu, yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, Kedah dari Parti Keadilan Rakyat. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Seri Zainuddin Maidin dengan majoriti sebanyak 9,381 undi. Beliau memperolehi 33,822 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 24,441 undi. Pada peringkat parti, beliau ialah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kedah.

Yang Berhormat Dato'

Johari Abdul

DSDK (Kedah)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P15 Sungai Petani, Kedah
Memegang jawatan
8 Mac 2008
Didahului olehMahadzir Mohd. Khir (BN)
Majoriti9,381
Pengerusi
Majlis Ahli-ahli Backbencher
Dalam jawatan
8 Ogos 2018  24 Ogos 2020
TimbalanAlice Lau Kiong Yieng
Pengerusi Pakatan Harapan Kedah
Memegang jawatan
2020
Didahului olehMukhriz Mahathir
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri
PKR Kedah
Memegang jawatan
2013
Didahului olehWan Salleh Wan Isa
Butiran peribadi
Lahir (1955-05-25) 25 Mei 1955
Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah, Malaya (kini Malaysia)
Parti politik Parti Keadilan Rakyat
SaudaraShuib Lazim (bapa saudara)
PekerjaanAhli politik

Latar belakang

YB Johari pernah memegang pengarah Biro Tata Negara (BTN)..[1] Beliau mempunyai ijazah sarjana di dalam Pengajian Strategik dari University of Lancaster.[2]

Beliau mempunyai bapa saudara, Datuk Shuib Lazim, bendahari Perkasa, sebuah badan bukan kerajaan.[3]

Latar belakang politik

Sebelum menjadi ahli Parlimen Sungai Petani, beliau pernah mencuba nasib bertanding di Parlimen Sungai Petani pada pilihan raya umum 1999 dan pilihan raya umum 2004 bagi DUN Bakar Arang tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional.

Kontroversi

Video seks Anwar

Pada 23 Mac 2010, berikutan dengan isu video seks Dato' Seri Anwar Ibrahim, beliau didakwa meminta RM100,000 sebagai "pelincir" untuk membawa lebih ramai ahli parlimen Pakatan Rakyat menonton video itu.[4] Akan tetapi pada 24 Mac 2010 ia dinafikan oleh beliau.[3]

Pada 24 Jun 2011, beliau mengeluarkan versi seks video yang disunting kepada media untuk menunjukkan keraguan sekitarnya bagi membuktikan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah lelaki dalam video itu.[5] Ia sebagai respons kepada laporan pakar Amerika Syarikat bahawa lelaki dalam video itu menyerupai Anwar.[6]

Keputusan pilihan raya

Parlimen Malaysia: Merbok, Kedah[7]
Tahun Pembangkang Undi Pts Barisan Nasional Undi Pts
2008 Johari Abdul (PKR) 33,822 57% Zainuddin Maidin (UMNO) 24,441 41%

Rujukan

  1. Sivanandam, Hemananthani (9 December 2009). "BTN course facilitators handpicked, says former director". The Sun (Malaysia). Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  2. "Seriously speaking". The Star (Malaysia). 7 April 2008. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  3. "Johari: 'Datuk Shuib pun tak percaya'", Malaysiakini.com. 24 Mac 2011
  4. "Johari Abdul didakwa minta RM7j untuk MP Pakatan", Malaysiakini.com. 23 Mac 2011
  5. "PKR terbit video 'versi Johari'", Malaysiakini.com. 24 Jun 2011.
  6. "Peguam: Pakar Amerika 99.99% pasti Anwar", Malaysiakini.com. 24 Jun 2011.
  7. "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 22 Mei 2010. Percentage figures based on total turnout.
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.