Rodziah Ismail
YB Rodziah Ismail (lahir 8 Julai 1964), (umur 57), merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Keadilan Rakyat. Beliau merupakan Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Selangor yang juga merupakan EXCO Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kg Tradisi Negeri Selangor. Beliau pernah memegang jawatan sebagai EXCO Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor. Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan Ketua Wanita KEADILAN Negeri Selangor.
YB Rodziah Ismail MSc (UTM) | |
|---|---|
| EXCO Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor | |
| Memegang jawatan 2020 | |
| EXCO Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor | |
| Dalam jawatan 2018–2020 | |
| Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Batu Tiga | |
| Memegang jawatan 2008 | |
| Didahului oleh | Salamon Selamat |
| Butiran peribadi | |
| Lahir | 8 Julai 1964 |
| Parti politik | |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Pendidikan
YB Rodziah adalah lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia ([UTM]), Diploma Pendidikan Islam, Al Quran dan As Sunnah dan Higher National Certificate in Childhood Education and Development dari Scotland.
.jpg.webp)
