Lee Boon Chye

Dr. Lee Boon Chye merupakan Bekas Timbalan Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Gopeng, Perak dari Parti Keadilan Rakyat. Beliau juga merupakan seorang doktor pakar jantung di Ipoh Specialist Hospital.[2]

Yang Berhormat

Dr. Lee Boon Chye
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P71 Gopeng, Perak
Memegang jawatan
8 Mac 2008
Didahului oleh Ting Chew Peh
Majoriti29,778 (PRU14)
Timbalan Menteri Kesihatan
Dalam jawatan
2 Julai 2018  24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Menteri Dzulkefly Ahmad
Didahului oleh Hilmi Yahaya
Digantikan oleh1. Dr. Noor Azmi Ghazali
2. Aaron Ago Dagang
Butiran peribadi
Lahir26 September 1959 (58 tahun)
Segamat,Johor
Parti politik Parti Keadilan Rakyat
PasanganLo Lee Hong[1]
Kediaman Ipoh,Perak
PekerjaanAhli Parlimen
ProfesionDoktor Pakar Jantung

Kerjaya:

  • Doktor Pakar Jantung
  • Ahli politik

Jawatan dalam parti:

  • Jurucakap Kesihatan Parlimen Parti Keadilan Rakyat
  • Jawatankuasa Pemilihan Parti Keadilan Rakyat

Jawatan dalam agensi kerajaan:

  • Timbalan Menteri Kesihatan (2018-2020)
  • Ahli Parlimen Gopeng

Politik

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, pada mulanya Parti Keadilan Nasional ingin menghantarnya bertanding di kawasan Ipoh Timur yang juga diingini oleh Lim Kit Siang dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), mencabar Thong Fah Chong dari BN-MCA yang mempertahankan kerusinya. Namun tindakan ini dijangka hanya memisahkan "undi pembangkang" daripada Lim dan mungkin menguntungkan Thong. Oleh itu, walaupun ketika itu DAP sudah keluar dari Barisan Alternatif (BA) (KeADILan merupakan sebuah parti komponen BA ketika itu), namun kedua-dua parti ini cuba berunding atas kerusi yang ditandingi di negeri Perak, akhirnya mereka bersetuju bahawa hanya Lim Kit Siang dari DAP akan mencabar calon BN di Ipoh Timur, manakala Lee Boon Chye dialihkan ke kawasan Gopeng untuk mencabar Tan Sri Dr. Ting Chew Peh dari BN-MCA. Akhirnya, Lee kalah kepada Ting dengan hanya memperolehi 15,530 undi berbanding lawannya mendapat 30,312 undi. Majoriti bagi kerusi Gopeng pada masa itu ialah 14,782 undi.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Ling Hee Leong dengan majoriti sebanyak 7,368 undi. Beliau memperolehi 29,696 undi berbanding lawan beliau memperolehi hanya 22,328 undi.[3]

Pusat Khidmat Parlimen Gopeng

Dr.Lee Boon Chye

Parti Keadilan Rakyat

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gopeng dan ADUN Teja

93, Jalan Tasik, Pekan Gopeng, 31600 Gopeng, Negeri Perak.

Tel: +605-359 1766

Pautan luar

Lee Boon Chye di Facebook

Rujukan

  1. "Senarai Timbalan Menteri dan pasangan" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-09-21. Dicapai pada 2018-09-01.
  2. Doktor merangkap ahli politik
  3. "Parlimen Gopeng". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-09. Dicapai pada 2018-08-09.
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.