RSN Rayer

RSN Rayer atau nama penuhnya Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji merupakan seorang peguam dan seorang ahli politik Malaysia daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP). Beliau merupakan Ahli Parlimen Jelutong dalam Dewan Rakyat, Malaysia. Dalam parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja DAP Negeri Pulau Pinang.

YB Tuan

RSN Rayer

AP
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Jelutong, Pulau Pinang
Memegang jawatan
16 Julai 2018
Didahului olehOoi Chuan Aun
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
untuk Seri Delima
Dalam jawatan
2008–2018
Didahului olehKoay Kar Huah
Digantikan olehSyerleena Abdul Rashid
Butiran peribadi
LahirSanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji
(1971-06-11) 11 Jun 1971
Alor Setar, Kedah
Parti politik DAP
Alma materUniversiti London
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam

Ugutan peluru hidup

Pada 10 Disember 2011, RSN Rayer membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berhubung ugutan bunuh menerusi panggilan telefon. Reyer mendakwa pemanggil mengaku penyokong Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P. Ramasamy.“Pemanggil yang bercakap dalam bahasa Tamil memberi amaran agar Rayer agar tidak membangkitkan sebarang isu mengenai Ramasamy pada Konvensyen DAP Pulau Pinang 2011.Rayer tidak senang dengan P Ramasamy yang menggelar Karpal Singh sebagai 'godfather'. [1]

Pada 5 Julai 2013, Speaker Law Choo Kiang ‘naik angin terhadap RSN Rayer kerana 'bertekak' dengan Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) berhubung isu rasis. [2]

Pada 21 Ogos 2013, keluarga Rayer menerima bungkusan plastik mengandungi peluru hidup di rumahnya di Island Park, Green Lane, Pulau Pinang. Bapa ADUN itu, Rajaji Jeganathan Rayer membuat laporan polis di Balai Polis Jelutong berhubung bungkusan peluru jenis 9mm yang dihantar oleh seorang lelaki yang tidak dikenali kira-kira jam 7 pagi . Rayer pernah dilantik sebagai peguam bela dalam kes lima penjenayah yang mati ditembak polis. [3]

Berundur dari Pemilihan semula CEC

Pda 29 September 2013, RSN Rayer dan Jagdeep Singh Deo berundur dari bertanding dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti DAP. Kemelut CEC DAP bermula apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendedahkan berlakunya 'kesilapan teknikal' semasa penjumlahan undi pada pemilihan CEC 2013 yang menyaksikan keputusan pemilihan berkenaan berubah apabila Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari yang tewas dengan hanya menerima 305 undi melonjak mendapat undian sebanyak 806, sekali gus menjadi calon Melayu tunggal yang terpilih dalam senarai CEC.[4]

Ugutan Peristiwa 13 Mei

Pada 21 Mei 2014, sekumpulan 15 lelaki menyerbu bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di Menara Komtar . Mereka membantah tindakan Ahli RSN Rayer yang mengeluarkan perkataan `celaka' kepada beberapa pemimpin Melayu/UMNO. Ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, Rayer mendakwa beberapa pemimpin UMNO di Pulau Pinang cuba menghasut rakyat melalui satu demonstrasi dengan mengapi-apikan tragedi 13 Mei 1969/ Peristiwa 13 Mei.Shariful Azhar Othman (BN-Bertam) menyatakan bahawa kenyataan Rayer itu adalah keterlaluan dan telah melanggar peraturan dewan.[5]

Pada 22 Mei 2014, sekumpulan pemuda UMNO diketuai Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Mohd Rafi menghantar memorandum kepada pejabat DAP Kuala Lumpur. Mereka membawa sepanduk bertulis SN Rayer "anak haram" dan "tolol", 'Jangan biar celaka bertukar menjadi malapetaka. Adun DAP biadap'. Memorandum itu diterima oleh MP Serdang, Ong Kian Ming dan ketua pentadbir ibupejbat DAP, Chu Yoon Ming. [6]

Keputusan pilihan raya

Keputusan Pilihanraya ditandingi RSN Rayer
Tahun Peringkat Kawasan Individu Undi Lawan Undi Majoriti
2008 PRU DUN N32 Seri Delima RSN Rayer (DAP) 8,402 Loh Nam Hooi (BN-MCA) 6,274 2,128
2013 PRU DUN N32 Seri Delima RSN Rayer (DAP) 14,478 Low Joo Hiap (BN-MCA) 5,201 9,277
2018 PRU Parlimen P050 Jelutong RSN Rayer (DAP) 50,700 Dato' Baljit Singh a/l Jigiri Singh (BN-Gerakan) 12,529 38,171
Tan Sim Bee (MUP) 437

Rujukan

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.