Lee Chean Chung
Lee Chean Chung [1](李健聪) berasal dan dibesarkan di Kuantan, Pahang. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Semambu setelah menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 2013. Pada peringkat parti, beliau ialah Bendahari Agung KEADILAN.
Yang Berhormat Lee Chean Chung | |
|---|---|
![]() | |
| Ahli Dewan Negeri Pahang untuk Semambu | |
| Memegang jawatan 5 Mei 2013 | |
| Didahului oleh | Pang Tsu Ming |
| Majoriti | 3,200 |
| Butiran peribadi | |
| Lahir | 11 April 1981 Kuantan, Pahang |
| Parti politik | |
| Pasangan | Woo Sze Mun |
| Anak-anak | 3 |
Pendidikan dan kerjaya
Selepas mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Universiti Multimedia dalam bidang Kejuruteraan Elektronik, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) dan memperoleh Sarjana dalam bidang pengangkutan dan logistik.[2] Beliau juga pernah menuntut pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Putih, Kuantan.
Chean Chung pernah bekerja di firma swasta Amerika dan Hong Kong sebelum menceburi bidang politik. Pasca 308, Chean Chung bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di sebuah institusi yang bernama Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU). Kini, Chean Chung memegang jawatan Pemangku Ketua bagi Cabang Indera Mahkota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) .Beliau juga merupakan AJK Majlis Pimpinan Negeri Pahang.[3]
Lynas
Chean Chung aktif dalam gerakan persekitaran dan hentikan kilang nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng. Beliau pernah memegang jawatan Ketua Perhubungan Awam (PR) bagi Gabungan Hentikan Lynas (SLC) di samping membantu dalam Himpunan Hijau 2.0 sebagai Ketua Publisiti.
Bagi Chean Chung, setiap ahli masyarakat harus diberi peluang perubahan demi masa depan yang lebih baik. Beliau percaya dan yakin bahawa segala usaha kita akan membawa Kuantan ke satu era yang jauh lebih maju dan berdaya daripada apa yang sedia ada. Maka, kita perlu berfikiran positif dan berusaha secara progresif untuk mencapai impian tersebut.
Menang PRU13=
Dalam Pilihan raya Ke-13, Chean Chung mendapat 14753 undi dengan 3,200 majoriti dan dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Pahang.[4] Beliau mengalahkan Mohd Shukri Mohd Ramli (Bebas) yang mendapat 8852 undi.Sementara Datuk Pang Tsu Ming (BN) mendapat 11553 undi. Penyandangnya ialah Datuk Pang Tsu Ming dari BN.[5]
Digantung dari DUN
Beliau digantung dari menghadiri persidangan DUN Pahang untuk dua sesi kerana menggelar belanjawan surplus Pahang sebagai "palsu" pada November tahun 2013.Yang Dipertua DUN Pahang, Datuk Ishak Mohamad membuat keputusan itu setelah beliau enggan menarik balik dakwaan itu.[6] .Oleh itu beliau tidak dijemput menghadiri Sambutan Hari Merdeka ke-57 peringkat negeri Pahang.[7]
Pada 20 Nov 2013, menjawab soalan Lee Chean Chung ; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mendakwa 2,600 penjenayah berat telah dibebaskan akibat pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) sebagaimana tuntutan parti pembangkang. Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Agama Islam Pahang, Ahmad Raffli Abdul Malik maut ditembak di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2 masih dalam siasatan polis. Usaha pihak polis sepatutnya dihargai , bukan ditohmah.[8]
Rujukan
- "Lee Chean Chung Biodata".
- "Why university? The delusion and substance of university life by Lee Chean Chung". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-27. Dicapai pada 2014-02-21.
- "Candidate of People's Justice Party (PKR)on 2013 General Election". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-24. Dicapai pada 2014-02-21.
- "Undi Info, Malaysian Election Data powered by Malaysiakini". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-17. Dicapai pada 2014-02-21.
- "Senarai Calon Pahang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-04. Dicapai pada 2014-08-29.
- ADUN Semambu digantung daripada hadiri sidang DUN
- ADUN PKR dilarang hadiri sambutan merdeka
- "Pemansuhan ISA, EO tingkatkan jenayah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-04. Dicapai pada 2014-08-29.

