Muhammad Faiz Fadzil
Yang Berhormat Tuan Muhammad Faiz bin Dato' Haji Fadzil merupakan seorang ahli politik Malaysia. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau berjaya mendapatkan kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi kawasan Permatang Pasir. Beliau juga mempunyai sebuah syarikat guaman di Seremban, Negeri Sembilan.[1]
Yang Berhormat Muhammad Faiz Fadzil ADUN | |
|---|---|
| Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk Permatang Pasir | |
| Memegang jawatan 2018 | |
| Didahului oleh | Mohd Salleh Man |
| Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia | |
| Dalam jawatan 19 Oktober 2018 – 2020 | |
| Didahului oleh | Irmohizam Ibrahim |
| Digantikan oleh | Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal |
| Butiran peribadi | |
| Lahir | 21 April 1977 Alor Setar, Kedah |
| Parti politik | |
| Pasangan | Noralis Mat |
| Anak-anak |
|
| Bapa | Fadzil Mohd Noor |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Profesion | Peguam |
Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional bagi sesi 2019-2022.[2] Beliau dilihat sebagai bakal pimpinan masa hadapan menggantikan Mohamad Sabu dan Mahfuz Omar di sisi Parti Amanah Negara membawa naratif Islam yang moderat seiring pembawaan ayahandanya Fadzil Mohd Noor.
Beliau merupakan anak kepada bekas Presiden Parti Islam Se-Malaysia, Allahyarham Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor.[3]
Beliau pernah menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia[4] menggantikan Irmohizam Ibrahim pada tahun 2018 lalu dan digantikan pula oleh Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal pada tahun 2020 lalu.[5]
