Khaliq Mehtab Mohd Ishaq

Yang Berhormat, Tuan Khaliq Mehtab Mohd Ishaq adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk Bertam.[1] Beliau adalah mantan ahli jawatan kuasa dalam portfolio Tebatan Banjir & Perparitan, Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Jawatankuasa Pembersihan & Peningkatan Mutu Proses Pemilihan Perumahan and Masyarakat Penyayang, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.[2]

Yang Berhormat

Khaliq Mehtab Mohd Ishaq

ADUN
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
untuk Bertam
Memegang jawatan
2018
Didahului olehShariful Azhar Othman
Pengerusi
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
Memegang jawatan
21 Mei 2020
Didahului olehMohamed Haniff Khatri Abdulla
Butiran peribadi
Lahir (1976-06-25) 25 Jun 1976
Parti politik BERSATU (2018-)
UMNO (-2018)
PasanganNor Azizurahmah Abdul Aziz
Anak-anak3
PekerjaanAhli politik, Ahli perniagaan
ProfesionPeguam

Keluarga

Beliau adalah adik kepada Azlina Mehtab, bekas Ketua Puteri UMNO negeri Pulau Pinang.[3] Ibu beliau merupakan seorang beretnik Cina, dan beliau telah mengkomunikasi dengan ibunya dalam Bahasa Hokkien sejak kecil, walaupun beliau tidak boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin.[4]

Kerjaya

Beliau adalah seorang peguam di firma Messrs. Azlina Mehtab & Associates.[5]

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang pada 21 Mei 2020 bagi menggantikan Mohamed Haniff Khatri Abdulla.[6]

Politik

Beliau telah bertanding kerusi DUN Bertam, Pulau Pinang pada PRU 14 dan telah mengalahkan penyandang kerusi dari UMNO, Shariful Azhar Othman.

Pautan luar

Diari YB Khaliq Mehtab ADUN Bertam di Facebook

Rujukan

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.