Adib Adam
Datuk Seri Haji Mohd Adib bin Haji Mohamad Adam merupakan seorang ahli politik dan kini tokoh korporat yang juga pernah menjadi Ketua Menteri Melaka yang kelima dari 11 Julai 1978 – 26 April 1982. Beliau juga pernah menjawat jawatan Menteri Penerangan Malaysia dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Koperasi dan Usahawan.
Datuk Seri Haji Mohamed Adib bin Haji Mohd Adam DGSM (Melaka) | |
|---|---|
| Menteri Pembangunan Luar Bandar, Koperasi dan Usahawan | |
| Dalam jawatan 17 Julai 1984 – 11 Ogos 1986 | |
| Didahului oleh | Dato' Seri Rais Yatim |
| Digantikan oleh | Datuk Dr. Sulaiman Daud |
| Menteri Penerangan Malaysia | |
| Dalam jawatan 1982 – 1984 | |
| Didahului oleh | Dato' Mohamed Rahmat |
| Digantikan oleh | Dato' Seri Rais Yatim |
| Ketua Menteri Melaka ke-5 | |
| Dalam jawatan 11 Julai 1978 – 26 April 1982 | |
| Didahului oleh | Abdul Ghani Ali |
| Digantikan oleh | Abdul Rahim Tamby Chik |
| Anggota Parlimen Malaysia untuk P095 Alor Gajah | |
| Dalam jawatan 14 Jun 1982 – 4 Oktober 1990 | |
| Didahului oleh | Rahim Thamby Chik |
| Digantikan oleh | Datuk Ibrahim Jendol |
| Majoriti | (PRU-7) (PRU-6) |
| Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka untuk N08 Ayer Panas | |
| Dalam jawatan 1978 – 1982 | |
| Majoriti | (PRU-5) |
| Butiran peribadi | |
| Lahir | 12 Februari 1941 |
| Parti politik | |
| Pasangan | Datin Seri Alauyah Jaafar |
| Anak-anak | • Aida • Ahmad Azuwar • Ahmad Azam • Azdarlina |
| Pekerjaan | Ahli politik,Korporat |
Pendidikan dan kerjaya
Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka.
Beliau pernah menjadi Penolong Pegawai Daerah di Kuala Selangor. Seterusnya meletak jawatan dan menjadi Setiausaha eksekutif di ibu pejabat UMNO, PWTC. Pada 1971, beliau dilantik sebagai Atase Maklumat kepada Kedutaan Malaysia di Belanda.
Keluarga
Anaknya Aida Mohd. Adib dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1976. Aida belajar di Convent Bukit Nanas School dan belajar Undang-undang di South Bank University London.
Anak keduanya Ahmad Azuwar Mohd. Adib dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1968. Azuwar bersekolah di Sekolah Alam Shah dan belajar undang-undang dan sosiologi di Universiti Keele.
Anak ketiganya Ahmad Azam lahir di Kuala Lumpur 1967 . Dia bersekolah di Sekolah Alam Shah dan belajar jurusan Pengajian Perniagaan di Richmond College University, London.
Anak keempatnya Azdarlina lahir pada tahun 1989. Bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (M) dan belajar jurusan kejuruteraan komunikasi di Kolej university damansara utama.
Ketua Menteri Melaka
Selepas memenangi kerusi DUN Ayer Panas di dalam Pilihan raya Umum 1978, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Hussein Onn telah melantik beliau menggantikan Datuk Setia Haji Abdul Ghani Ali sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu. Beliau menjadi Ketua Menteri Melaka dari 11 Julai 1978 hingga 26 April 1982. Ketika dilantik beliau baru berumur 37 tahun dan telah menjadi ketua menteri selama empat tahun.
Beliau kemudiannya diganti oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik pada 1982.[1]
Selaku Ketua Menteri, beliau telah merasmikan Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba pada 21 Jun 1981. Beliau juga merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba.
Jemaah Menteri
Beliau menang bertanding di parlimen Alor Gajah, Melaka.
Apabila Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 1981, Dato' Mohamed Rahmat digugurkan dari Menteri Penerangan dan diganti oleh Dato' Seri Mohd Adib bin Mohamad Adam (1982-1984). Mohamed Rahmat dilantik sebagai Duta berstatus menteri ke Jakarta, Indonesia pada 1982.
Seterusnya beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, Koperasi dan Usahawan dari 17 Julai 1984 -11 Ogos 1986. Antara tugasnya ialah menjaga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Buku biografi
- Dato Seri Adib bin Adam - oleh Siti Rohana Omar.
Rujukan
| Penyandang Terdahulu | Ketua Menteri Melaka 11 Julai 1978 – 26 April 1982 |
Penyandang Kemudian |
| Abdul Ghani Ali |
Rahim Thamby Chik |

