World Trade Centre Kuala Lumpur

World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL; dahulu dikenali sebagai Pusat Dagangan Dunia Putra atau PWTC) merupakan bangunan Ibu Pejabat UMNO dan pusat pameran dan persidangan terkenal.

World Trade Centre Kuala Lumpur
Nama alternatifPusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur
Maklumat umum
StatusSiap
JenisPusat konvensyen dan pejabat
LokasiJalan Tun Dr Ismail
Kuala Lumpur, Malaysia
Pembinaan bermula1981
Disiapkan pada
1984
Pembukaan26 September 1985
Pemilik[1]
PengurusanPutrade Property Management Sdn Bhd
Butiran teknikal
Keluasan tingkat
1.70 juta kaki²[2]
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekDatuk Dr. Ikmal Hisham Albakri[3]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Pusat Dagangan Dunia Putra

Latar belakang

Asalnya bangunan 42 tingkat ini dinamakan Bangunan Tunku Abdul Rahman dan Menara Dato’ Onn sempena memperingati kedua-dua bekas Presiden UMNO. Bangunan ini menggabungkan ciri-ciri moden dengan budaya tradisi Melayu.

Sejarah

Cadangan pembinaan PWTC bermula pada 1971, semasa Perhimpunan Agong UMNO bersetuju untuk membina sebuah bangunan tetap sebagai ibu pejabat UMNO menggantikan premis sedia ada ketika itu di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Projek ini kemudian dipengerusikan oleh Presiden UMNO ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein. Sebuah tabung khas telah ditubuhkan bagi menampung kewangan projek tersebut.

Pada tahun 1972, UMNO telah membeli 4 hektar tanah di Jalan Tun Ismail. Menerusi tabung khas yang diwujudkan, sebanyak RM3 juta telah berjaya dikumpulkan dari bahagian UMNO dan juga individu.

Kemudian, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Hussein Onn telah mengambil alih jawatan sebagai pengerusi projek. Selepas kematian Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn yang ketika itu dilantik sebagai Perdana Menteri dan Pemangku Presiden UMNO telah melantik Tengku Razaleigh Hamzah mengambilalih jawatan tersebut

Pada tahun 1979, Majlis Tertinggi UMNO telah meluluskan rekabentuk PWTC. Kemudian Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengambil alih jawatan pengerusi daripada Tengku Razaleigh. Kemudian, kerja-kerja pembinaan PWTC telah dimulakan ketika itu kemelesetan ekonomi.

Pada tahun 1985, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur telah dinamakan Pusat Dagangan Dunia Putra (Putra World Trade Center) (PWTC) sempena nama Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Peristiwa penting

  • Pada 12-16 April 1986, Konvensyen PATA telah diadakan, merupakan majlis antarabangsa yang pertama dianjurkan di situ dengan 2,500 orang telah menghadiri persidangan tersebut.
  • Kemudian pada 18-24 Oktober 1989, PWTC sekali lagi dipilih sebagai pusat persidangan Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang dihadiri oleh Queen Elizabeth II
  • Setiap tahun Perhimpunan Agung UMNO telah diadakan di sini sejak tahun 1985.
  • Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa juga diadakan setiap tahun.
  • Penganjuran majlis pengiktirafan kerajaan terhadap sektor kebudayaan dan kesenian menerusi industri muzik, filem dan televisyen seperti Festival Filem Malaysia, Anugerah Sri Angkasa dan Anugerah Industri Muzik. Selain itu, penganjuran acara hiburan dari pihak swasta juga diadakan di sini, seperti Anugerah Skrin dan Anugerah Juara Lagu anjuran Media Prima.

Kontroversi

Pembiayaan PWTC

Barry Wain di dalam bukunya bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, membuat satu tuduhan yang mengejutkan bahawa ibupejabat Umno - Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - dibiayai, sebahagiannya, oleh pembayar cukai.

Penulis, yang merujuk maklumat tersebut kepada wawancara pada 2007 dengan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin, berkata bank-bank berkenaan telah melupuskan sekurang-kurangnya RM140 juta faedah terkumpul.

Menurut Wain, harga siap sepenuhnya PWTC ialah RM360 juta. Jumlah yang dibiayai melalui pinjaman ialah RM199.5 juta dari bank milik kerajaan, Bank Bumiputera Malaysia Berhad dan RM64.9 juta dari Malayan Banking Bhd. laporan akauntan tersebut menyatakan bahawa sehingga Mac 1989, syarikat yang dilantik oleh Umno untuk membina bangunan itu, Khidmat Bersatu Sdn Bhd, hanya membayar faedah sebanyak RM51,570. [4]

Lihat juga

Rujukan

  1. "PWTC, nilai sentimental Ku Li". Harian Metro (dalam bahasa Malay). 30 November 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-19. Dicapai pada 19 October 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. "Putra World Trade Centre (PWTC)". Time Out Kuala Lumpur. 23 April 2014. Dicapai pada 19 October 2018.
  3. "PWTC architect dies at 75". The Star. 15 January 2006. Dicapai pada 19 October 2018.
  4. "Siapa biayai PWTC? ANDALAH - buku Barry Wain", Malaysiakini.com. 16 Januari 2010.

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.