Perlis

Perlis (Jawi: ڤرليس‎, Bahasa Thai: ปะลิส Pâlit, ปลิศ Palit atau เปอร์ลิศ Perlis)[nota 1] merupakan sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Provinsi Satun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan. Perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat setelah kerajaan Siam melantik Raja Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis.[6]

Perlis
Transkripsi lain
  Jawiڤرليس
  Cina玻璃市
  Tamilபெருலீசு
  Thailandปะลิส
  Arabبرليس

Lagu: Amin Amin Ya Rabaljalil
      Perlis di       Malaysia
Koordinat: 6°30′N 100°15′E
Ibu negeriKangar
Bandar dirajaArau
Kerajaan
  JenisParlimen Raja berperlembagaan
  RajaSirajuddin
  Menteri BesarAzlan Man
Luas
  Jumlah819 km2 (316 batu persegi)
Paras tertinggi
(Bukit Pelarit)
553 m (1,814 ft)
Penduduk
 (2019)[2]
  Jumlah254,400
  Kepadatan310/km2 (800/batu persegi)
Indeks Pembangunan Manusia
  HDI (2019)0.805 (sangat tinggi) (9th)
Poskod
01xxx to 02xxx
Kod panggilan04
Pendaftaran kenderaanR
Pengasasan Kota Sena sebagai pusat pentadbiran di Kedah1653
Negeri naungan Siam diperintah oleh Raja Long Krok1839[3]
Pembentukan kerajaan apabila Syed Hussein dilantik sebagai Raja oleh Raja Siam[4]20 April 1843
Persekutuan Tanah Melayu1 Februari 1948
Kemerdekaan sebagai ahli Persekutuan Tanah Melayu31 Ogos 1957
Laman webwww.perlis.gov.my www.perlisroyalty.gov.my

Perlis mempunyai keluasan sebanyak 821 kilometer persegi menjadikannya sebagai negeri terkecil di Malaysia. Pada tahun 2010, jumlah penduduknya dianggarkan seramai 231,541 orang dengan majoritinya merupakan bumiputera iaitu 88.4 peratus dari jumlah penduduk.[7]

Penamaan

Sejarah mengenai asal-usul nama negeri Perlis adalah kurang jelas. Terdapat banyak kisah atau andaian yang menceritakan tentang asal-usul nama Perlis. Berikut merupakan beberapa andaian atau kisah yang diketahui[8]:-

  • Menurut seorang tokoh sejarawan Malaysia iaitu Haji Buyong Adil, terdapat beberapa cerita yang mengisahkan kononnya nama Perlis itu berasal daripada perkataan Siam iaitu “Phrau Loi” (Maphrau Loi มะพร้าวลอย) yang bermaksud kelapa hanyut. Perkataan tersebut telah dipelat dan dipendekkan bunyinya oleh orang Melayu lalu menjadi ‘pereleh’ atau Perlis.
  • Sumber kedua menyatakan bahawa kononnya nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘peroleh’ yang membawa maksud kurnia daripada kerajaan Kedah. Perkataan itu disingkatkan lalu menjadi Perlis.
  • Sumber yang ketiga pula menyebut negeri Perlis mendapat namanya daripada nama sebuah kubur di Bukit Mengulang iaitu kubur Tok Perlis. Kubur tersebut adalah milik seorang tokoh ulama yang terkemuka di Nusantara iaitu Tok Perlis.
  • Sumber yang keempat mengatakan nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘perlus’. Kebanyakan tanah dalam di Perlis ialah tanah sawah. Pada musim kemarau, tanah sawah akan merekah. Sesiapa yang berjalan akan ‘terperlus’. Dari perkataan ‘perlus’ itulah, Perlis mendapat namanya.
  • Menurut sebuah buku yang tulis oleh Ahmad Ismail dan Yazid Mat, dipercayai bahawa nama negeri Perlis berasal daripada nama sejenis pokok yang dikenali sebagai pokok perlis yang pernah wujud tumbuh dengan begitu banyak di negeri tersebut terutama sekali di kawasan pinggir sungai namun telah pun pupus. Ia turut disokong kebanyakan sejarawan setempat.

Gelaran Indera Kayangan diberikan oleh Tuanku Raja Syed Hussin Jamalullail (1843-1873) diilhamkan dari bandar Indera Kayangan II, kota diraja negeri tersebut dari 1797 sehingga 1813 yang pernah terletak di Kampung Langgar, Kayang.[9] Namun demikian, gelaran ini menjadi kurang digalakkan berikutan suatu titah Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada tahun 2015 yang menurutnya tidak selari penamaan rasmi termaktub malah mengelakkan konotasi berkaitan dewa tertentu (yakni seperti Indra yang hampir bersebutan nama sama).[5]

Sejarah

Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah, hal ini turut tercermin kepada gelaran yang diberikan kepada Sultan Kedah suatu ketika dahulu iaitu "Raja Muda Perlis dan Kedah".[10] Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Buddha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.

Perlis juga pernah menjadi pusat pentadbiran Kesultanan Kedah apabila Kota Sena mula dijadikan pusat pentadbiran sehingga tahun 1661 yang diasaskan oleh Sultan Muhyiddin Mansor Shah, Sultan Kedah ke-14 (1653-1661). Pada tahun 1661 hingga 1687, pusat pentadbiran telah dipindahkan dari Kota Sena ke Kota Indera Kayangan Pertama yang terletak di tepi Sungai Perlis. Pemerintahan yang berpusat di jajahan Perlis ketika itu berakhir dengan kemangkatan Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Shah pada tahun 1687.[11]

Salasilah Diraja Perlis bermula apabila Syed Harun Jamalullail, ayahanda kepada Raja Perlis pertama mengasaskan Mukim Arau bersama pengikutnya. Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II telah menganugerahkan Mukim Arau untuk ditadbir oleh Syed Harun Jamalullail dan keturunannya sebagai penghulu selepas perkahwinannya dengan puteri baginda. Namun perkahwinan mereka berdua tidak menghasilkan zuriat. Syed Harun Jamalullail kemudiannya berkahwin dengan cucu salah seorang pembesar Sultan Kedah lalu dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Syed Hussein Jamalluail pada tahun 1805. Syed Harun Jamalullail telah meninggal dunia pada tahun 1825 dan digantikan dengan anaknya, Syed Hussein Jamalullail sebagai Penghulu Mukim Arau yang kedua.[12]

Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis. Hal ini merisaukan pihak British yang terasa diancam kedudukan mereka di Perak, maka Perjanjian Burney dimeteraikan mengakui tuntutan Siam ke atas negeri-negeri utara Perak yang turut menidakkan kedudukan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II,[13] hal ini mencetuskan berlakunya Perang Musuh Bisik selama 12 tahun dari 1830 hingga 1842 oleh baginda sultan dan para pengikutnya.[14]

Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussein Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.[15] Raja Long Krok mangkat setelah empat bulan dilantik sebagai Gabenor Perlis. Selepas kemangkatan Raja Long Krok, Syed Hussein Jamalullail telah dilantik oleh Siam sebagai Gabenor Negeri Perlis menggantikan Raja Long Krok. Pada tahun 1843, Raja Syed Hussein Jamalullail telah ditabal menjadi Raja Negeri Perlis. Baginda ditabal oleh Raja Rama III, Raja Siam dengan gelaran Phya Songkram Ramu Wichit Wilis Asmara Phya Polit atau disingkatkan sebagai Phya Polit.[16]

Kerajaan

Negeri Perlis ditadbir oleh Keluarga Diraja Jamalullail yang digelar sebagai "Raja" tidak seperti negeri Melayu lain yang menggunakan gelaran "Sultan".

Kuasa perundangan negeri ini dilaksanakan oleh Dewan Undangan Negeri Perlis di mana semua 15 kerusi dipilih daripada kawasan pilihan raya ahli tunggal. Gabungan Barisan Nasional telah memegang 10 daripada 15 kerusi dewan sejak Pilihan Raya Umum 2018.

Raja melantik Menteri Besar (Ketua Menteri) dan Majlis Mesyuarat Kerajaan (sama dengan Kabinet). Secara amnya, ketua menteri ialah ahli dewan undangan yang boleh mendapat majoriti di peringkat dewan. Perlis telah memilih tiga ahli Dewan Rakyat Persekutuan, iaitu kawasan Arau, Kangar dan Padang Besar. Dua kerusi disandang oleh ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) manakala satu lagi kerusi disandang oleh seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak Pilihan Raya Umum 2018. Perlis juga mempunyai dua senator persekutuan yang dilantik melalui undian Dewan Undangan Negeri.

Senarai ahli parlimen Perlis

No. Parlimen Penyandang Gabungan (Parti)
P001 Padang Besar Zahidi Zainul Abidin BN-UMNO
P002 Kangar Noor Amin Ahmad PH-PKR
P003 Arau Shahidan Kassim BN-UMNO

Senarai ahli Dewan Undangan Negeri Perlis

No. Perwakilan Penyandang Gabungan (Parti)
N1 Titi Tinggi Teh Chai Aan BN-MCA
N2 Beseri Ruzaini Rais BN-UMNO
N3 Chuping Asmaiza Ahmad BN-UMNO
N4 Mata Ayer Siti Berenee Yahaya BN-UMNO
N5 Santan Azizan Sulaiman BN-UMNO
N6 Bintong Azlan Man BN-UMNO
N7 Sena Asrul Nizan Abd Jalil PH-PKR
N8 Indera Kayangan Gan Ay Ling PH-PKR
N9 Kuala Perlis Nor Azam Karap PH-PKR
N10 Kayang Hamizan Hassan BN-UMNO
N11 Pauh Rozieana Ahmad BN-UMNO
N12 Tambun Tulang Ismail Kassim BN-UMNO
N13 Guar Sanji Mohd Ridzuan Hashim PN-PAS
N14 Simpang Empat Nurulhisham Yaakob BN-UMNO
N15 Sanglang Mohd Shukri Ramli PN-PAS

Geografi

Sungai Perlis
Arau

Disebabkan keluasan negeri Perlis yang amat kecil, tiada daerah di negeri Perlis. Oleh itu, bahagian pecahan pentadbiran di negeri Perlis ialah sebanyak 22 mukim.

Bil Mukim Keluasan
(km²)
Jumlah Penduduk
(2010)
1 Abi 5.25 2,084
2 Arau 33.87 22,274
3 Beseri 67.5 13,485
4 Chuping 102 12,779
5 Utan Aji 27.16 17,906
6 Jejawi 12.36 7,957
7 Kayang 36.68 10,672
8 Kechor 9.32 6,588
9 Kuala Perlis 26.71 20,277
10 Kurong Anai 49.58 15,967
11 Kurong Batang 41.73 3,266
12 Ngulang 6.27 3,149
13 Oran 8.62 3,684
14 Padang Pauh 7.24 4,185
15 Padang Siding 69.25 6,495
16 Paya 10.61 4,986
17 Sanglang 61.22 16,004
18 Sena 14.71 16,476
19 Seriab 10.47 7,713
20 Sungai Adam 5.02 1,861
21 Titi Tinggi 200 15,969
22 Wang Bintong 11.96 11,853

Bandar-bandar utama di Perlis termasuk :-

Pekan-pekan kecil pula termasuk :-

Demografi

Kaum di Perlis - Banci 2010[17]
Kaum Peratusan
Bumiputera
 
88.4%
Cina
 
8%
India
 
1.2%
Lain-lain
 
2.4%

Kaum

Komposisi kaum pada tahun 2010 di Perlis adalah seperti berikut: Bumiputera (194,584 atau 88.4%), Cina (17,522 atau 8%), India (2,675 atau 1.2%) dan lain-lain (5,329 atau 2.4%).[18]

Agama di Perlis - Banci 2010[19]
Agama Peratusan
Islam
 
87.9%
Buddha
 
10.0%
Hindu
 
0.8%
Kristian
 
0.6%
Agama masyarakat Cina
 
0.2%
Lain-lain
 
0.3%
Tiada agama
 
0.2%

Agama

Pada tahun 2010, penduduk di negeri Perlis secara peratusan telah menganut pelbagai kepercayaan atau agama, seperti 87.9 peratus beragama Islam, 10.0 peratus beragama Buddha, 0.8 peratus beragama Hindu, 0.6 peratus beragama Kristian, 0.2 peratus beragama Taoism atau agama masyarakat Cina, 0.3 peratus yang menganut lain-lain agama dan 0.2 peratus pula tidak mempunyai agama.[7] Hanya Perlis sahaja negeri yang berpegang kepada keempat-empat mazhab Ahli Sunnah Waljamaah berbeza dengan negeri lain yang berpegang kepada satu mazhab Ahli Sunnah Waljamaah.[20]

Bahasa

Majoriti penduduk Perlis berbahasa Melayu Perlis iaitu subdialek Bahasa Melayu Kedah tetapi mempunyai sedikit perbezaan dalam beberapa perkataan. Terdapat juga penduduk yang berbahasa Cina, Tamil, Malayalam. Penduduk Siam Malaysia di Perlis pula kebanyakannya berbahasa Thailand Selatan. Namun, majoriti penduduk Perlis menggunakan Bahasa Melayu Perlis dalam urusan kehidupan seharian.

Ekonomi

Pada tahun 2018, ekonomi Perlis didominasi oleh sektor perkhidmatan iaitu sebanyak 66.2 peratus, diikuti dengan sektor pertanian iaitu sebanyak 21.7 peratus. Antara sektor lain yang menyumbang dalam ekonomi Perlis ialah sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian.[21]

Antara pendorong sektor perkhidmatan di Perlis ialah perdagangan borong dan runcit serta pembangunan baharu seperti Pembangunan Bercampur Padang Besar. Sektor pertanian pula didorong oleh beberapa projek tanaman yang diusahakan penduduk dan kerajaan negeri seperti projek tanaman harumanis, nanas dan beberapa projek tenusu.[21]

Kebudayaan

Laksa Perlis

Seni persembahan

Muzik[22]

Tarian[22]

Teater[22]

Makanan

Adat resam

Busana tradisional

Beli-belah

Kayangan Square
  • Kayangan Square (The Store)
  • K-Park Shopping Mall (UO Superstore) - AKAN DIBUKA
  • Giant Superstore Kangar
  • Kompleks Arau (CMart)
  • Mydin Hypermarket (AKAN DATANG)
  • Padang Besar

Pendidikan

Berikut merupakan statistik institusi pendidikan di negeri Perlis sehingga tahun 2019[26];

Sekolah*

Jenis sekolah Bilangan

sekolah

Jumlah murid Jumlah guru
Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan
Sekolah rendah 74 12,198 11,452 705 1,672
Jumlah 74 23,650 2,377
Sekolah menengah 30 9,706 10,035 814 1,536
Jumlah 30 19,741 2,350
Keseluruhan 104 21,904 21,487 1,519 3,208
Jumlah keseluruhan 104 43,391 4,727

*tidak termasuk sekolah swasta atau sekolah di bawah Jabatan Agama Negeri

Pengajian Tinggi

Institusi Jumlah staf

akademik

Jumlah

pelajar

Universiti Malaysia Perlis 1,095 12,741
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin 293 4,011
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis 69 163
Kolej Komuniti Arau 83 576
Kolej Komuniti Cawangan Kangar - 74
Jumlah 1,540 17,565

Sekolah swasta

Jenis Bilangan Jumlah

pelajar

Jumlah

guru

Sekolah menengah swasta 1 451 47

Kemudahan awam

Klinik Kesihatan Kangar

Sektor kesihatan

Berikut merupakan statistik pusat kemudahan awam dalam sektor kesihatan mengikut jenis di Perlis;

Jenis Bilangan Ruj.
Hospital kerajaan 1 [27]
Klinik kesihatan 9 [28]
Klinik desa 32 [29]
Klinik pergigian 10 [30]
Hospital swasta 2 [31]

Penduduk ternama

Lihat juga

Nota

  1. Nama Perlis secara tunggal sahaja yang digunakan secara rasmi pada perlembagaan negeri tersebut ditandatangani Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail.[5]

Rujukan

  1. "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 27. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 December 2010. Dicapai pada 24 January 2011.
  2. "Perangkaan Demografi Suku Tahun Pertama". Department of Statistics, Malaysia. 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 February 2016. Dicapai pada 25 May 2015.
  3. https://perlisroyalty.perlis.gov.my/index.php/ms/sejarah/kewujudan-perlis
  4. https://perlisroyalty.perlis.gov.my/index.php/ms/sejarah/institusi-beraja
  5. "State should be called 'Perlis' only, no 'Indera Kayangan', says Raja of Perlis". The Star. 26 May 2015.
  6. "Institusi Beraja". Raja Perlis.
  7. "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-05-22. Dicapai pada 2012-06-17. p. 13
  8. "Pengenalan Negeri Perlis". Portal Rasmi Diraja Perlis.
  9. Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (PDF). Kangar, Perlis: Kerajaan Negeri Perlis & Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. 2001. m/s. 18, 20. ISBN 983-99768-2-6.
  10. "Sejarah: Tempat Bersemayam". Raja Perlis. Dicapai pada 18 May 2021.
  11. "Sejarah Pusat Pentadbiran". Raja Perlis.
  12. [https:https://dymm.perlis.gov.my/portal/index.php/ms/info-diraja/salasilah-diraja?limitstart=0 "Salasilah Diraja: Penghulu Mukim Arau Pertama: Syed Harun Jamalluail"] Check |url= value (bantuan). Raja Perlis.
  13. Stern, Duncan (14–20 Mei 2004). "Dr. John Crawfurd and the Mission to Thailand, 1822" (Column). A Slice of Thai History. Pattaya Mail. Dicapai pada 11 Ogos 2011. This in turn helped Captain Henry Burney conclude a treaty of commerce with Thailand in June 1826.
  14. Suzalina Halid (18 Mac 2015). "Sultan Kubang Pasu". Berita Harian.
  15. "Sejarah Kewujudan Perlis". Raja Perlis.
  16. "Salasilah Diraja : Penghulu Arau Kedua/Raja Perlis Pertama : Raja Syed Hussein Jamalullail". Diraja Perlis.
  17. "Perlis (Federal State, Malaysia)". Citypopulation.de.
  18. "Perlis (Federal State, Malaysia)". Citypopulation.de.
  19. "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-05-22. Dicapai pada 2012-06-17. p. 13
  20. "Perlis bukan negeri Wahabi - Raja Perlis". Berita Harian. 26 Julai 2018.
  21. "Laporan Sosioekonomi Perlis 2019" (PDF). Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 61–62. Dicapai pada 29 Disember 2021.
  22. "JKKN Pemetaan Budaya | Seni Persembahan Perlis". Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Dicapai pada 29 Disember 2021.
  23. "JKKN Pemetaan Budaya | Makanan Tradisional Perlis". Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Dicapai pada 29 Disember 2021.
  24. "JKKN Pemetaan Budaya | Adat Resam Perlis". Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Dicapai pada 29 Disember 2021.
  25. "JKKN Pemetaan Budaya | Busana Tradisional Perlis". Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Dicapai pada 29 Disember 2021.
  26. "Statistik Pendidikan". Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 30 Disember 2021.
  27. "Perlis - Hospital Kerajaan". Kementerian Kesihatan Malaysia. Dicapai pada 11 Januari 2022.
  28. "Perlis - Klinik Kesihatan/Poliklinik Komuniti". Kementerian Kesihatan Malaysia. Dicapai pada 11 Januari 2022.
  29. "Perlis - Klinik Desa". Kementerian Kesihatan Malaysia. Dicapai pada 11 Januari 2022.
  30. "Perlis - Klinik Pergigian". Kementerian Kesihatan Malaysia. Dicapai pada 11 Januari 2022.
  31. "Perlis - Hospital Swasta". Kementerian Kesihatan Malaysia. Dicapai pada 11 Januari 2022.

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.