Menteri Besar Perak

Menteri Besar Perak ialah orang yang bertanggungjawab mentadbir kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Menteri Besar Perak
Penyandang
Dato' Haji Saarani bin Mohamad
sejak 10 Disember 2020
Kerajaan Negeri Perak
Lapor kepadaDewan Negeri Perak
PelantikSultan Nazrin Muizzuddin Shah
Sultan Perak
Tempoh jawatanSelagi masih memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri Perak
Pilihan raya negeri diadakan lima tahun sekali atau lebih awal
Pemegang sulungAbdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz
Pembentukan1 Februari 1948 (1948-02-01)
Laman sesawangwww.perak.gov.my

Mengikut Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, menteri besar mestilah merupakan seseorang daripada Melayu-Bumiputera untuk menjawat jawatan ini selama 5 tahun. Kecuali atas perkenan Sultan Perak untuk melantik seseorang daripada kalangan bukan Melayu-Bumiputera menjawat jawatan ini.

Menteri Besar terkini ialah Dato' Haji Saarani bin Mohamad yang mengangkat sumpah pada 10 Disember 2020.

Senarai Menteri Besar

Berikut merupakan senarai Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perak:[1]

No Nama MulaTamat Parti &
Gabungan
Tempoh
1 Dato' Panglima Bukit Gantang Dato' Seri Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz 1948 1957 NAP
(Bebas)
9 Tahun
2 Tan Sri Mohamed Ghazali bin Jawi 1957 1960 UMNO
(Perikatan)
3 Tahun
3 Dato' Seri Shaari bin Shafie 1960 1964 UMNO
(Perikatan)
4 Tahun
4 Dato' Seri Ahmad bin Said 1964 1970 UMNO
(Perikatan)
1 Penggal 1 Tahun
5 Dato' Seri Kamaruddin bin Mohd Isa 1970 1974 UMNO
(Perikatan) dan (BN)
4 Tahun
6 Tan Sri Mohamed Ghazali bin Jawi (kali kedua) 1974 1977 UMNO
(BN)
4 Tahun
7 Dato' Seri Wan Mohamed bin Wan Teh 1977 1983 UMNO
(BN)
5 Tahun
8 Tan Sri Ramli bin Ngah Talib 1983 1999 UMNO
(BN)
3 Penggal 1 Tahun
9 Tan Sri Mohd Tajol Rosli bin Mohd Ghazali 1999 2008 UMNO
(BN)
2 Penggal
10 Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin* 2008 2009 PAS
(PR)
1 Tahun
- Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir** 2009 2009 UMNO
(BN)
-
- Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin 2009 2009 PAS
(PR)
-
11 Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir*** 2009 2018 UMNO
(BN)
1 Penggal 3 Tahun
12 Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Haji Azumu 2018 2020 BERSATU
(PH)
1 Tahun 10 Bulan
13 Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Haji Azumu 13 Mac 2020 6 Disember 2020 BERSATU
(PN)
8 Bulan 23 Hari
14 Dato' Seri Saarani Mohamad 10 Disember 2020 UMNO
(BN)

Nota:

Kontroversi

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir disahkan sebagai Menteri Besar ke-11 setelah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memberikan status memihak kepada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 11 Mei 2009 berjaya ditangguhkan dan kemudian Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir diputuskan sebagai menteri besar yang sah setelah mendengar rayuannya

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Negeri Perak sekali lagi mengalami kontroversi apabila Pakatan Harapan memenangi 29 kerusi DUN, Barisan Nasional 27 kerusi DUN dan PAS 3 kerusi DUN. Hal ini menyebabkan tiada parti mendapat majioriti mudah meskipun PH memenangi kerusi terbanyak. Kemudian, bekas Menteri Besar, Dato' Seri Diraja Zambry Abd Kadir yang juga pengerusi BN Perak, menghantar surat kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyatakan mendapat sokongan 30 ahli DUN, pada petangnya, wakil-wakil PH pula menghadap Sultan Perak. Baginda seterusnya menitahkan BN dan PH agar membawa semua ADUN yang menyatakan sokongan terhadap parti masing-masing pada keesokan harinya sebagai bukti. Namun akhirnya, dua ADUN dari BN telah melompat parti untuk menyokong PH menyebabkan PH mendapat majioriti mudah 31 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu. Sultan Perak memperkenankan Pengerusi PH, Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-12

Mantan Menteri Besar Perak yang masih hidup

NamaTempoh menjawatTarikh lahirParti & Gabungan
Ramli Ngah Talib1983–199916 Mac 1941 (umur 80)UMNO
(BN)
Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali1999–20086 November 1944 (umur 77)UMNO
(BN)
Mohammad Nizar Jamaluddin2008-200917 Mac 1957 (umur 64)PAS
(PR)
Zambry Abdul Kadir2009–201822 Mac 1962 (umur 59) UMNO
(BN)
Ahmad Faizal Azumu2018-202010 Jun 1970 (umur 51)BERSATU
(PN) &
BERSATU
(PH)

Lihat juga

Rujukan

  1. MB PERAK SEJAK TAHUN 1950:
  2. Zanariah Abdul Mutalib (11 Mei 2009). "Nizar kembali MB Perak selepas 96 hari". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-27. Dicapai pada 11 Mei 2009.

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.