Teluk Batik

Teluk Batik terletak 7 km dari pelabuhan / Jeti Lumut , Perak. Teluk Batik ditadbir oleh Pejabat daerah Manjung di Seri Manjung. Pantainya sepanjang 2 km dikunjungi ramai para pelancong dalam negeri. Jika tidak menyeberang ke Pulau Pangkor , para pelawat ini akan berkelah di pantai Teluk Batik.

Di sini juga merupakan lokasi Pesta Laut Lumut yang diadakan semasa cuti penggal persekolahan.

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.