Menteri Kanan (Malaysia)

Menteri Kanan ialah sebuah jawatan politik yang terdapat dalam Kabinet Malaysia. Pemegang jawatan ini mula diperkenalkan pada pentadbiran Perdana Menteri Malaysia kelapan, Muhyiddin Yassin, beliau memperkenalkan jawatan Menteri Kanan yang disandang oleh empat orang sebagai ganti kepada ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri pada sesi kepimpinan beliau[1]. Menteri Kanan berperanan menyelaras hal ehwal Kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.

Menteri Kanan Malaysia
منتري كانن
Pejabat Perdana Menteri
GelaranYang Berhormat
Ahli kepadaKabinet Malaysia
PelantikYang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri Malaysia
Pembentukan10 Mac 2020 (2020-03-10)
Laman sesawangwww.kabinet.gov.my/bkpp/

Senarai penjawat

Jawatan ini sedang disandang oleh Menteri Kanan Ekonomi, Mohamad Azmin Ali merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Menteri Kanan Keselamatan, Hishammuddin Hussein merangkap Menteri Luar Negeri; Menteri Kanan Infrastruktur, Fadilah Yusof merangkap Menteri Kerja Raya; dan Menteri Kanan Pendidikan dan Sumber Manusia, Mohd Radzi Md Jidin merangkap Menteri Pendidikan.

No. Gambar Nama Mula khidmat Tamat khidmat Parti Politik Gabungan Perdana Menteri
1 Mohamed Azmin Ali

Menteri Kanan Ekonomi

30 Ogos 2021 kini Parti Pribumi Bersatu Malaysia Perikatan Nasional Ismail Sabri
2 Hishammuddin Hussein

Menteri Kanan Keselamatan

30 Ogos 2021 kini Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Barisan Nasional
3 Fadilah Yusof

Menteri Kanan Infrastruktur

30 Ogos 2021 kini Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak Gabungan Parti Sarawak
4 Mohd Radzi Md Jidin

Menteri Kanan Pendidikan dan Sumber Manusia

30 Ogos 2021 kini Parti Pribumi Bersatu Malaysia Perikatan Nasional
5 Mohamed Azmin Ali

Menteri Kanan Ekonomi

10 Mac 2020 16 Ogos 2021 Parti Pribumi Bersatu Malaysia Perikatan Nasional Muhyiddin
6 Ismail Sabri Yaakob

Menteri Kanan Keselamatan

10 Mac 2020 16 Ogos 2021 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Barisan Nasional
7 Fadilah Yusof

Menteri Kanan Infrastruktur

10 Mac 2020 16 Ogos 2021 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak Gabungan Parti Sarawak
8 Mohd Radzi Md Jidin

Menteri Kanan Pendidikan dan Sumber Manusia

10 Mac 2020 16 Ogos 2021 Parti Pribumi Bersatu Malaysia Perikatan Nasional
9 Hishammuddin Hussein

Menteri Kanan Keselamatan

7 Julai 2021 16 Ogos 2021 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Barisan Nasional

Lihat juga

Rujukan

  1. Rafidah Mat Ruzki, Noor Atiqah Sulaiman (9 Mac 2020). "4 Menteri Kanan ganti TPM". BHarian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-24. Dicapai pada 28 Februari 2021.
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.