Halimah Ali

Dr. Hajah Halimah Ali adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia PAS. Beliau merupakan Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Selat Klang N44 bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Timb II Lajnah pendidikan PAS pusat ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Dr. Hajah

Halimah Ali

J.S.M.
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Selat Klang
Dalam jawatan
2008  2018
Didahului oleh Norliza Ahmad
Digantikan oleh Abdul Rashid Asari
Butiran peribadi
Lahir (1960-06-27) 27 Jun 1960
Marudi, Sarawak
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganDr Ahmad bin Supian
Anak-anak
  • Dr. Muhammad Imran
  • Dr. Siti Khadejah
  • Dr. Zaid Abdullah
  • Dr. Hafiz Abdur Rahman
  • Dr. Zubir Abdur Rahim
  • Dr. Syahidah Rozinah Liyana
Kediaman Selangor
PekerjaanAhli politik
ProfesionDoktor

Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan mantan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor, ahli perhubungan PAS Selangor, Mantan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Selangor

Pendidikan

Selepas belajar di sekolah menengah, Halimah Ali ditawarkan belajar di Elizabeth Matriculation College, Hobart, Tasmania. Mendapat Bachelor Sains Perubatan dari Universiti Tasmania.Seterusnya Bachelor Pembebedahan dari universiti yang sama. Beliau menjadi pelajar terbaik bagi Diploma Tasawwur Islam.

Kerjaya

Sekembali ke Malaysia, Halimah Ali ditempatkan di Hospital Universiti, Kuala Lumpur(UHKL). Kemudian di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Beliau pernah ditugaskan di Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak Klang ,Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak, Shah Alam, Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan Pegawai Kesihatan Sekolah Daerah Klang.

Setelah menimba banyak pengalaman di hospital dan klinik kerajaan , beliau membuka klinik sendiri di Kampung Sungai Udang, Klang dan kini mempunyai dua cawangan.

Aktiviti kemanusiaan

Sebagai seorang doktor yang simpati dengan rakyat, Dr Halimah Ali mendaftar diri untuk menjadi sukarelawan Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia untuk :

  • Bencana TSUNAMI, MEULABOH, ACEH
  • Bencana gempa bumi Kashmir/Pakistan
  • Bencana gempa bumi Yogyakarta
  • Mangsa perang Lebanon
  • Rakyat miskin mangsa Rejim Pol Pot Kampuchea
  • Mangsa banjir TDDI Jaya, Kpg Kebun Bunga, Shah Alam dan Johor
  • Aktivis Kempen Jerebu
  • Aktivis Kempen kesedaran kanser
  • Co -Author Buku Pendidikan Jasmani & Kesihatan Jilid 1(SPBT)
  • Kolumnis majalah Ummi [1]

Beliau juga selalu dijemput memberi ceramah di jabatan dan agensi kerajaan , swasta, masjid dan surau. Menjadi motivator jemputan di IPT, sekolah-sekolah dan tadika. Pernah menjadi Doktor undangan untuk program kesihatan di RTM( radio dan televisyen). Beliau prihatin terhadap nasib malang nelayan Telok Gong. Begitu juga masalah penduduk Taman Sentosa Perdana dan lain-lain tempat.

NGO

  • Ahli lembaga Pengarah Majlis Pemuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS),
  • Ahli lembaga Pengarah Kolej Integrasi Tahfiz Selangor,
  • Ahli Majlis Pendidikan PAS
  • 2007-sekarang: Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia
  • Merangkap Naib Pengerusi Yayasan Amal Selangor
  • 2007-sekarang: Ketua Biro Perubatan & Kesihatan, MACMA Pusat(Malaysian Chinese Muslim Association)
  • 2001 Pengurus Pusat Motivasi Islam Cemerlang

Penglibatan politik

  • Timbalan Pengerusi Biro Solidariti (Perpaduan) Nasional PAS Pusat
  • Exco Dewan Muslimat PAS Pusat
  • Pengerusi Biro Solidariti Dewan Muslimat PAS Pusat
  • Exco Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor Darul Ehsan
  • Exco PAS Kawasan Kapar
  • Ketua Editor Buletin Mandarin Ren Min Shi Shi
  • Editor risalah Tamil Makkal Sakhthi
  • Calon PAS di kawasan Kapar dalam PRU 2004. Tetapi Dr Halimah ditewaskan oleh calon Barisan Nasional-UMNO, Norliza Ahmad.

Keputusan pilihan raya

Keputusan Pilihanraya ditandingi Dr Halimah Ali
Tahun Peringkat Kawasan Individu (PAS) Undi Lawan Undi Majoriti
2004 PRU DUN N45 Selat Klang Dr Halimah Ali (PAS) 6,508 Norliza Ahmad (BN-UMNO) 12,593 6,085
2008 PRU DUN N45 Selat Klang Dr Halimah Ali (PAS) 11,437 Norliza Ahmad (BN-UMNO) 9,978 1,459
2013 PRU DUN N45 Selat Klang Dr Halimah Ali (PAS) 17,085 Faisal Yahya (BN-UMNO) 14,331 2,754
2018 PRU DUN N44 Selat Klang Dr Halimah Ali (PAS) 11,766 Mohd Khairi Hussin (BN-UMNO) 9949 500
Abdul Rashid Asari (PH-PPBM) 12266
Jeichandran Wadivelu (PRM) 52
Zainal Azwar Kamaruddin (Bebas) 49
2018 PRK DUN N32 Seri Setia Dr Halimah Ali (PAS) 9,698 Halimey Abu Bakar (PH-PKR) 13,725 4,027

Anugerah dan pengiktirafan

Darjah kebesaran

Isu dan kontroversi

Tuduhan tangkap basah

Dr Halimah memfailkan saman sebanyak RM40 juta terhadap sebuah laman web pro-UMNO. Beliau difitnah ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Kelang. Laman web MyKmu.net ditulis oleh Jamilisa menggunakan nama 'Brigade Commander Selangor' menulis fitnah bertajuk 'Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap' pada 25 Januari 2009.

Dr Halimah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang pada 27 Januari 2009. Pada hari tersebut , beliau berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor dan bukan di hotel tersebut. Di Bukit Kuching, beliau bersama Dr Dzulkifly Ahmad dan Dr Mariah Mahmood menghadiri forum perdana .Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menegaskan tiada serbuan dilakukan pada malam tersebut sebagaimana yang dilaporkan dalam laman web itu.[3]

Rujukan / Pautan

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.