Johari Mat

Dato' Dr Johari bin Mat adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara lantikan Dewan Undangan Negeri Kelantan. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS[1] dan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Dato' Dr

Johari Mat

D.P.S.K (Kelantan)
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Memegang jawatan
2015
Didahului olehAhmad Yakob
Ahli Dewan Negara
Lantikan Dewan Undangan Negeri Kelantan
Dalam jawatan
14 Julai 2014  13 Julai 2017
Digantikan olehMuhamad Mustafa
Dalam jawatan
7 Julai 2011  6 Julai 2014
Didahului olehAhmad Rusli Ibrahim
Butiran peribadi
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Kediaman Kelantan
PekerjaanAhli politik, Ulamak

Pendidikan dan kerjaya

Johari Mat lahir pada 28 April 1952 di Kelantan, berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) Usuluddin dari Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud, Riyadh, Arab Saudi (1990-1982) dalam pengkhususan akidah dan aliran pemikiran semasa.

Beliau pernah menjadi Prof Madya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kelantan (2001-2003).Beliau telah menjalankan beberapa penyelidikan, antaranya Kajian Ajaran Sesat di Selatan iaitu Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor (1998) serta Kajian Ajaran Sesat di Utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang (1999).

Johari Mat menjadi ahli Lembaga Penasihat Jurnal Al-Basirah Universiti Malaya (1 April 2011-31 Mac 2013) dan Pengerusi Panel Penerbitan Karya Bidang Agama, Dewan Bahasa dan Pustaka (25 April 2011-Mei 2013) .[2]

Senator

Pada 20 Jun 2011, beliau dipilih sebagai anggota Dewan Negara mewakili Kelantan (07.07.2011 - 06.07.2014). Beliau menggantikan Ahmad Rusli Ibrahim yang telah tamat penggalnya sebagai senator selama tiga tahun. Namanya dicadangkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan dan disokong oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakob.[3] Pada 7 Julai 2011, beliau angkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Anugerah dan penghargaan

  •  Kelantan
    • Darjah Dato' Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.) - Dato' - 2010

Rujukan

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.