13 Mei
13 Mei merupakan hari ke-133 (hari ke-134 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 232 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
| << | Mei | >> | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | ||||||
| 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
| 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
| 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
| 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
| 30 | 31 | |||||
| 2021 | ||||||
Hari ini juga merupakan Hari Rotuma di Fiji.
Peristiwa

Girolamo Savonarola

Isabel si Penyelamat

Sikorsky Russky Vityaz
- 1497 - Girolamo Savonarola dari Florence dikucilkan oleh Paus Alexander VI.
- 1619 - Bangsawan Belanda Johan van Oldenbarnevelt dihukum mati di Hague setelah dituduh menderhaka negara.
- 1648 - Kubu Merah siap dibina di Delhi.
- 1830 - Kemerdekaan Ecuador.
- 1848 - Lagu kebangsaan Finland Maamme dipersembahkan buat pertama kali.
- 1888 - Puteri Brazil Isabel si Penyelamat (gambar) meluluskan Lei Áurea (Undang-Undang Emas), secara rasmi menamatkan perhambaan di Brazil.
- 1912 - Kor Penerbangan Diraja (kemudiannya sebahagian Tentera Udara Diraja British) diasaskan di United Kingdom.
- 1913 - Di Saint Petersburg, Igor Sikorsky menerbangkan pesawat kepak kaku berbilang enjin pertama di dunia, Sikorsky Russky Vityaz (gambar), yang direkanya sendiri.
- 1950 - Perlumbaan pertama siri Grand Prix Formula Satu di Silverstone, England.
- 1958 - Ketika melawat Caracas, Venezuela, kereta yang membawa Naib Presiden Amerika Syarikat Richard Nixon diserang oleh penunjuk perasaan anti-Amerika.
- 1958 - Tanda dagang Velcro didaftarkan.
- 1967 - Dr. Zakir Hussain menjadi Presiden India pertama yang beragama Islam. Beliau menyandang jawatan ini sehingga 24 Ogos 1969.
- 1969 - Peristiwa 13 Mei: Rusuhan kaum orang Cina–Melayu di Kuala Lumpur, Malaysia menyebabkan sekurang-kurang 190 orang terkorban dan Parlimen digantung sehingga 1971.
- 1981 - Mehmet Ali Ağca menembak dan menyebabkan Paus John Paul II cedera parah di Dataran Santo Peter, Kota Vatikan.
- 1992 - Li Hongzhi berucap megenai Falun Gong di khalayak awam buat julung kalinya di bandar Changchun, Republik Rakyat China.
- 1998 - India dikenakan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat dan Jepun akibat siri ujian nuklear keduanya.
- 1998 - Rusuhan kaum berlaku di Jakarta, Indonesia, menyaksikan kedai-kedai milik warga berketurunan Cina digeledah dan kaum wanita dirogol.
- 2007 - Bermulanya pembinaan Jambatan Calafat-Vidin antara Romania dan Bulgaria.
- 2009 - Suruhanjaya Eropah mendenda syarikat semikonduktor terbesar di dunia Intel Corporation €1.06 bilion kerana amalan anti-persaingan.
- 2010 - Persidangan antarabangsa Perang Dunia Kedua diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.
- 2011 - Dalam pilihan raya dewan undangan negeri di Bengal Barat, India, kerajaan komunis terpilih secara demokratik memerintah terlama di dunia kehilangan kuasa.
- 2011 - Satu pengeboman berganda di daerah Charsadda, Pakistan, mengorbankan lebih 80 orang dan mencederakan lebih 150 lagi.
Kelahiran
Kematian
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.