24 November
24 November merupakan hari ke-328 (hari ke-329 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 37 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
| << | November | >> | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | ||||
| 2021 | ||||||
Hari ini juga merupakan:
- Hari Guru di Turki;
- Hari perayaan Martir Vietnam (Gereja Roman Katolik).
Peristiwa

Rangka "Lucy"
- 1190 - Conrad dari Montferrat menjadi Raja Jerusalem de jure uxoris selepas mengahwini Ratu Isabella.
- 1642 - Penjelajah Belanda Abel Tasman sampai ke Tasmania, menamakan pulau tersebut Anthoonij van Diemenslandt (Tanah Van Diemen).
- 1859 - Buku Asal-Usul Spesies (On the Origin of Species) oleh ahli alamiah British Charles Darwin mula diterbitkan, dan habis terjual pada hari yang sama.
- 1963 - Dalam siaran langsung, Jack Ruby menembak mati Lee Harvey Oswald, dikatakan pembunuh Presiden A.S. John F. Kennedy, semasa sedang dipindahkan ke penjara.
- 1971 - Selepas mengutip wang tebusan AS$200,000, "D. B. Cooper" terjun dari tangga belakang kapal terbang yang dirampasnya dan menghilangkan diri.
- 1974 - Rangka 3.18 juta tahun hominid Australopithecus afarensis yang dinamakan "Lucy" (gambar) dijumpai di Lekukan Afar di Habsyah.
- 2007 - Parti Buruh Australia yang dipimpin Kevin Rudd memenangi pilihan raya persekutuan Australia 2007.
- 2009 - Lebih 300,000 haiwan disembelih bersempena perayaan Gadhimai di selatan Nepal, dalam korban haiwan terbesar di dunia.
Kelahiran

Zachary Taylor
Kematian
- 1991 - Freddie Mercury, bekas vokalis kumpulan Queen
- 2009 - Samak Sundaravej, Perdana Menteri Thailand ke-25, akibat barah hati
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.