Jun

Jun (Mal., Sin., Bru.[1]) atau Juni (Ind., [ju.ni][2]) ialah bulan keenam dalam sebuah tahun dalam takwim Gregorius dan merupakan salah satu bulan yang mempunyai 30 hari. Tiada bulan yang bermula pada hari yang sama dengan bulan ini.

0102030405
06070809101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun | Julai | Ogos | September | Oktober | November | Disember

Bulan Jun berlakunya kejadian solstis: solstis musim panas di Hemisfera Utara dan solstis musim sejuk di Hemisfera Selatan.

Peristilahan

Nama bulan ini berasal dari nama bahasa Latin Iunius dalam takwim Romawi sempena Juno, dewi perkahwinan dan naungan masyarakat Rom Purba isteri kepada Jupiter,[3][4] perkara ini turut disokong dalam penulisan Ovidius. Ovidius ada mengusulkan punca lain nama ini dari iuniores "yang muda" selari dengan nama maiores ("yang tua") memberi nama kepada bulan sebelumnya Maius.[4] Nama bulan tersebut diserapkan ke dalam bahasa Melayu Nusantara melalui dua bentuk:

Kawasan-kawasan dalam Selatan Thailand menggunakan nama "Mitunayon" (Jawi: ميتونايون menyerap Bahasa Thai: มิถุนายน míthùnaa-yon) dalam urusan persuratan rasmi kerajaan dalam negara tersebut selari dengan takwim rasmi digunakan; ia dinamakan sempena cerapan rasi Kembar dilambangkan sepasang orang sedemikian (mithuna).

Rujukan

  1. "Jun". Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017. Dicapai pada 21 Mac 2020 melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  2. "Maret". Kamus Besar Bahasa Indonesia Daring. Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. 2016. Dicapai pada 26 Jun 2021.
  3. M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "Juni". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  4. Ovid, Fasti VI.1–88; H. H. Scullard, Festivals and Ceremonies of the Roman Republic (Cornell University Press, 1981), m/s. 126.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.