November

November ialah bulan kesebelas dalam sebuah tahun dalam takwim Gregoius dan merupakan salah satu bulan yang mempunyai 30 hari. Bulan ini bermula pada hari yang sama dengan bulan Februari dan bulan Mac pada setiap tahun kecuali pada tahun lompat.

010203040506
07080910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun | Julai | Ogos | September | Oktober | November | Disember

Nama bulan ini berasal daripada bahasa Latin Novem, yang bererti "kesembilan"; November merupakan bulan kesembilan dalam takwim Romawi yang dasabulan sehinggalah 153 SM. Kawasan-kawasan dalam Selatan Thailand menggunakan nama "Persecikayon" (Jawi: ‏ڤرسچيكايون‎, menyerap Bahasa Thai: พฤศจิกายน phrɯ́tsacìkaa-yon) dalam urusan persuratan rasmi kerajaan dalam negara tersebut selari dengan takwim rasmi digunakan; ia dinamakan sempena cerapan rasi Kala dilambangkan seekor kala jengking atau vṛścika.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.