16 November
16 November merupakan hari ke-320 (hari ke-321 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 45 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
| << | November | >> | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | ||||
| 2021 | ||||||
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
- 1272 - Dalam perjalanan ke Sicilia Edward I menjadi Raja England apabila ayahandanya Henry III mangkat, namun tidak kembali ke England hingga hampir dua tahun.
- 1384 - Jadwiga dimahkotakan sebagai "Raja Poland" walaupun merupakan seorang puteri.
- 1532 - Penaklukan Empayar Inca oleh Sepanyol: Sapa Inka Atahualpa ditangkap (gambar) balatentera pimpinan conquistador Francisco Pizarro dalam serangan mengejut di Cajamarca, Peru.
- 1885 - Pemimpin pemberontak Métis dan "Bapa Manitoba" Louis Riel dihukum mati atas dakwaan derhaka besar.
- 1938 - Drug psikedelik LSD disintesis buat pertama kali oleh Albert Hofmann di Makmal Sandoz di Basel, Switzerland.
- 1979 - Laluan pertama Metro Bucharest, Laluan M1 dibuka di Bucharest, Romania.
- 2002 - Kes pertama penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) direkodkan di Guangdong, China.
- 2011 - Selepas perletakan jawatan Silvio Berlusconi, Mario Monti dilantik menjadi Perdana Menteri Itali.
Kelahiran
- 1890 - Elpidio Quirino, Presiden Filipina ke-6
- 1974 - Paul Scholes, pemain bola sepak Manchester United F.C.
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.