14 November
14 November merupakan hari ke-318 (hari ke-319 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 47 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
| << | November | >> | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | ||||
| 2021 | ||||||
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa

Nellie Bly

Katedral Coventry
- 1889 - Pemberita New York World Nellie Bly (gambar) bertolak untuk percubaannya mengembara Mengelilingi Dunia dalam Lapan Puluh Hari, akhirnya melakukannya dalam hanya 72 hari.
- 1940 - Perang Dunia Kedua: Katedral Coventry (gambar) dan sebahagian besar pusat bandar Coventry, England musnah dalam pengeboman Luftwaffe.
- 1971 - Mariner 9 NASA sampai ke Marikh, dalam perjalanan menjadi kapal angkasa lepas pertama mengorbit planet lain.
- 1990 - Jerman dan Poland menandatangani satu perjanjian yang mengesahkan sempadan mereka di Garisan Oder-Neisse.
- 1991 - Putera Norodom Sihanouk dari Kemboja kembali ke Phnom Penh selepas tiga belas tahun dalam buangan.
- 2003 - Ahli astronomi Michael E. Brown, Chad Trujillo dan David L. Rabinowitz menemui objek trans-Neptun 90377 Sedna.
- 2009 - Mesyuarat APEC ke-21 diadakan di Singapura.
- 2010 - Sebastian Vettel menjadi juara termuda Formula Satu, memenangi Formula Satu musim 2010, manakala Red Bull Racing memenangi kejuaraan pengeluar.
- 2012 - Ketua tentera Hamas Ahmad al-Ja'bari dibunuh dalam satu serangan udara Israel.
Kelahiran
- 1878 - Ngah Muhamad bin Yusof, Menteri Besar Terengganu pertama
- 1889 - Jawaharlal Nehru, Perdana Menteri India pertama
- 1946 - Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor ke-14
- 1948 - Charles, Putera Wales, anak sulung Ratu Elizabeth II dari United Kingdom
- 1949 - Mohd Isa bin Hj. Abdul Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan ke-9
- 1985 - Thomas Vermaelen, pemain bola sepak Arsenal F.C.
- 1986 - Yuna, penyanyi Malaysia.
Kematian
- 2012 - Ketua tentera Hamas Ahmad al-Ja'bari
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.