6 April
6 April merupakan hari ke-96 (hari ke-97 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 269 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
| << | April | >> | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | ||||
| 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
| 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
| 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
| 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | |
| 2021 | ||||||
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa

Patung Rama I

Oscar Wilde
.jpg.webp)
Kerosakan gempa bumi di L'Aquila
- 1250 - Perang Salib Ketujuh: Dinasti Ayubiyyah Mesir menghancurkan tentera salib dan menawan Raja Louis IX dari Perancis.
- 1652 - Jan van Riebeeck mengasaskan petempatan Eropah kekal pertama di Afrika Selatan di tempat yang kini ialah Cape Town.
- 1782 - Rama I (gambar) mewarisi Raja Taksin dari Siam, mengasaskan Dinasti Chakri.
- 1793 - Revolusi Perancis: Jawatankuasa Keselamatan Awam diwujudkan, dan akan menjadi kerajaan eksekutif de facto semasa Pemerintahan Ganas yang mendatang.
- 1830 - Joseph Smith, Jr., Oliver Cowdery, David Whitmer dan beberapa orang lain menubuhkan Gereja Christ secara rasmi, memulakan Gerakan Santo Akhir-akhir Ini.
- 1895 - Penulis drama Oscar Wilde (gambar) ditangkap di London kerana didakwa diatas kesalahan meliwat.
- 1896 - Sukan Olimpik moden yang pertama dibuka di Athens.
- 1917 - Perang Dunia Pertama: Amerika Syarikat mengisytiharkan perang terhadap Jerman.
- 1941 - Perang Dunia Kedua: Kuasa Paksi memulakan Operasi Marita dan Arahan n. 25, menyerang Greece dan Yugoslavia.
- 1994 - Kapal terbang yang membawa Presiden Rwanda Juvénal Habyarimana dan Presiden Burundi Cyprien Ntaryamira ditembak jatuh, menandakan permulaan pembunuhan kaum di Rwanda.
- 2009 - Gempa bumi 6.3 Mw melanda kawasan Abruzzo di tengah Itali (gambar), mengorbankan 308 orang dan mencederakan lebih 1,500 lagi.
Kematian
- 2000 - Habib Bourguiba, Presiden Tunisia yang pertama
- 2011 - Baruch Blumberg, penerima Hadiah Nobel Perubatan 1976
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.