18 Mei
18 Mei merupakan hari ke-138 (hari ke-139 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 227 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
| << | Mei | >> | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | ||||||
| 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
| 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
| 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
| 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
| 30 | 31 | |||||
| 2021 | ||||||
Hari ini juga merupakan:
- Hari Muzium Antarabangsa;
- Hari Bendera dan Universiti di Haiti.
Peristiwa

Gunung St. Helens
- 1268 - Baibars dan angkatan Mamluknya menawan Antioch, ibu negara salibi bagi Kerajaan Antioch.
- 1756 - Perang Tujuh Tahun: Britain mengisytiharkan perang terhadap Perancis, dua tahun selepas pertempuran bermula di Ohio Country.
- 1896 - Mahkamah Agung Amerika Syarikat membuat keputusan dalam kes "Plessy lwn. Ferguson", mendukung kesahan pengasingan kaum dalam pengangkutan awam.
- 1944 - Perang Dunia Kedua: Angkatan tentera Poland di bawah Leftenan Jeneral Władysław Anders menawan Monte Cassino.
- 1958 - Pesawat pemintas supersonik F-104 Starfighter mencipta rekod laju dunia dengan mencapai 1,404.19 miles per jam (2,259.82 km/j).
- 1970 - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan.
- 1974 - India menjalankan ujian nuklear pertamanya di Pokhran, menjadi ujian nuklear disahkan pertama oleh negara bukan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB.
- 1980 - Gunung St. Helens meletus (gambar) di Washington, mengorbankan 57 orang dan menyebabkan kerosakan melebihi sebilion dolar A.S.
- 1991 - Pergerakan Kebangsaan Somali mengisytiharkan kemerdekaan Somaliland, negara de facto yang diiktiraf antarabangsa sebagai kawasan berautonomi Somalia, selepas kejatuhan kerajaan pusat semasa Perang Saudara Somali.
- 2008 - Republik Rakyat China memenangi Piala Thomas & Uber.
- 2009 - Kerajaan Sri Lanka mengisytiharkan kemenangan dalam Perang Saudara setelah pemimpin Harimau Tamil Velupillai Prabhakaran dilaporkan terbunuh.
Kelahiran
Kematian
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.