16 Februari
16 Februari merupakan hari ke-47 dalam kalendar Gregory. Tinggal 318 hari (atau 319 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
| << | Februari | >> | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | ||||||
| 2021 | ||||||
Hari ini juga merupakan Hari Taraf Negara di Lithuania (1918).
Peristiwa

Pembakaran USS Philadelphia
- 1249 - Louis IX dari Perancis menghantar Andrew dari Longjumeau sebagai dutanya kepada Mongol.
- 1804 - Leftenan Tentera Laut A.S. Stephen Decatur mengetuai serbuan untuk memusnahkan USS Philadelphia (gambar) yang tertawan di Tripoli, agar tidak dapat digunakan Negeri Barbary dalam Perang Barbary Pertama.
- 1857 - Universiti Gallaudet, satu-satunya universiti untuk pelajar yang rosak pendengaran, ditubuhkan di Washington, D.C.
- 1862 - Perang Saudara Amerika: Jeneral Ulysses S. Grant menawan Fort Donelson, Tennessee.
- 1918 - Majlis Lithuania sebulat suara menerima Akta Kemerdekaan Lithuania yang mengisytiharkan Lithuania sebagai negara bebas.
- 1923 - Howard Carter membuka kamar pengebumian Tutankhamun, Firaun dinasti kelapan belas Mesir.
- 1930 - Planet (kerdil) Pluto ditemui oleh Clyde W. Tombaugh
- 1934 - Perang Saudara Austria tamat dengan kekalahan Parti Demokrat Sosial dan Schutzbund.
- 1936 - Barisan Popular mengambil alih tampuk pemerintahan Sepanyol melalui pilihan raya.
- 1943 - Perang Dunia Kedua: Kesatuan Soviet menakluk semula Kharkov.
- 1946 - Helikopter pertama dibina untuk kegunaan awam berbanding tentera, Sikorsky S-51 menjalankan penerbangan sulungnya.
- 1959 - Fidel Castro menjadi Perdana Menteri Cuba setelah diktator Fulgencio Batista digulingkan pada 1 Januari.
- 1968 – Sistem telefon kecemasan 9-1-1 pertama bagi Pelan Penomboran Amerika Utara mula beroperasi di Haleyville, Alabama.
- 1978 - Sistem papan buletin komputer pertama, CBBS, diasaskan oleh Ward Christensen semasa satu ribut salji di Chicago, Illinois.
- 1985 - Manifesto pertubuhan Hizbullah dikeluarkan.
- 1991 - Pemimpin Contras Nicaragua Enrique Bermúdez dibunuh di Managua.
- 1993 - Ketua Menteri wanita pertama negeri Australia Barat, Carmen Lawrence, diundi keluar dari jawatannya.
- 1999 - Di Uzbekistan, berlakunya letupan bom dan tembak-menembak di ibu pejabat kerajaan dalam apa yang disangka adalah cubaan membunuh Presiden Islom Karimov.
- 2004 - Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bermula di Malaysia.
- 2005 - Protokol Kyoto, suatu pindaan terhadap perjanjian perubahan iklim antarabangsa, mula berkuatkuasa.
- 2010 - Pemimpin Taliban Afghan Abdul Ghani Baradar ditangkap oleh ejen CIA dan ISI dalam satu operasi di Karachi, Pakistan.
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.