23 Ogos
23 Ogos merupakan hari ke-235 (hari ke-2 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 130 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
| << | Ogos | >> | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | 31 | ||||
| 2021 | ||||||
Hari ini juga merupakan:
- Hari Antarabangsa Peringatan Perdagangan Hamba dan Penghapusannya;
- Hari Bendera di Ukraine.
Peristiwa

Patung William Wallace
.jpg.webp)
Lunar Orbiter 1
- 1305 - Selepas satu pembicaraan tunjukan, ketua penentang Scotland melawan England William Wallace (gambar patung), dihukum gantung di London.
- 1382 - Pengepungan Moscow: Angkatan Kencana Tokhtamysh menyerang ibu kota Duchy Besar Moscow.
- 1514 - Angkatan Uthmaniyyah menewaskan Safawiyah dalam Pertempuran Chaldiran, mendapat kawalan terhadap timur Anatolia dan utara Iraq.
- 1866 - Prusia menewaskan Austria dalam Perang Austria-Prusia, dan membubarkan Gabungan Jerman.
- 1939 - Pakatan Molotov-Ribbentrop, satu perjanjian tidak menceroboh selama 10 tahun antara Kesatuan Soviet dan Reich Ketiga Jerman, ditandatangani di Moscow.
- 1942 - Perang Dunia Kedua: Bermulanya Pertempuran Stalingrad.
- 1944 - Perang Dunia Kedua: Marseille dibebaskan Pihak Berikat.
- 1944 - Raja Mihai memecat kerajaan pro-Nazi Jeneral Ion Antonescu, menjadikan Romania sekutu Pihak Berikat hingga tamat Perang Dunia Kedua.
- 1958 - Perang Saudara China: Krisis Selat Taiwan Kedua dimulai dengan pengeboman Kinmen oleh Tentera Pembebasan Rakyat.
- 1966 - Lunar Orbiter 1 NASA (gambar) mengambil gambar pertama Bumi daripada jarak Bulan.
- 1989 - Pemberontakan Nyanyian: Sekitar dua juta orang menyambung tangan bagi membentuk rantaian manusia melebihi 600 km merentasi Republik Soviet Estonia, Latvia dan Lithuania.
- 2011 - Dakwaan serangan seksual terhadap bekas ketua Tabung Kewangan Antarabangsa Dominique Strauss-Kahn digugurkan.
- 2011 - Perang saudara Libya bertambah hebat apabila angkatan anti-Gaddafi menguasai Tripoli.
- 2011 - Gempa bumi intraplat bermagnitud 5.8, terkuat di timur Amerika Syarikat sejak 1944, terjadi di Virginia.
Kelahiran
- 1931 – Hamilton O. Smith, ahli mikrobiologi Amerika Syarikat dan pemenang Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan
- 1951 – Permaisuri Noor dari Jordan
- 1963 – Park Chan-wook, pengarah dan penulis lakon layar Korea Selatan
- 1971 – Mayangsari, penyanyi Indonesia
- 1972 – Martin Grainger, pemain dan pengurus bola sepak Inggeris
- 1974 – Konstantin Novoselov, ahli fizik dan cendekiawan Rusia, pemenang Hadiah Nobel dalam Fizik
- 1978 – Kobe Bryant, pemain bola keranjang Amerika Syarikat
- 1978 – Julian Casablancas, penyanyi dan penulis lirik Amerika Syarikat
- 1988 – Jeremy Lin, pemain bola keranjang Amerika Syarikat
Kematian
- 634 – Abu Bakar as-Siddiq, khalifah (lahir 573)
- 1831 – Ferenc Kazinczy, penyajak dan penulis dari Hungary (lahir 1759)
- 1944 – Abdülmecid II, Sultan Uthmaniyah (lahir 1868)
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.