Fiji

Fiji /ˈfiːdʒi/ (Bahasa Fiji: Matanitu ko Viti; Fiji Hindi: फ़िजी), dikenali secara rasminya dengan sebagai Republik Fiji merupakan sebuah negara kepulauan di Selatan Lautan Pasifik, yakni di bahagian timur Vanuatu, barat Tonga dan selatan Tuvalu. Fiji merupakan sebuah negara yang terdiri daripada 322 kepulauan yang 103 daripadanya didiami. Dua kepulauan utama ialah Viti Levu dan Vanua Levu yang mempunyai kependudukan sebanyak 87% daripada jumlah penduduk Fiji.

Republik Fiji
ريڤوبليك فيجي

Matanitu Tugalala o Viti (Fiji)
फ़िजी गणराज्य (Fiji Hindi)
Bendera Jata
Cogan kata: "Rerevaka na Kalou ka Doka na Tui"
("Takutlah kepada Tuhan dan Hormatilah Ratu")
Lagu kebangsaan: God Bless Fiji
Ibu negara
(dan Bandar terbesar)
Suva
18°10′S 178°27′E
Bahasa rasmiInggeris
iTaukei (Fiji)
Hindi (Fiji Hindi)
KerajaanRepublik
 Presiden
Wiliame Katonivere
Frank Bainimarama
Badan perundanganParlimen
Kemerdekaan
 daripada United Kingdom
10 Oktober 1970
 Republik
7 Oktober 1987
Luas
 Jumlah
7,056 bt2 (18,270 km2) (151)
 Perairan (%)
sedikit sahaja
Populasi
 Perkiraan Julai 2006
905,949 (156)
KDNK (PPP)2005
 Jumlah
$5.447 bilion (149)
$6,375 (93)
HDI (2004)0.758
Ralat: Nilai IPM tidak sah · 90
Mata wangDolar Fiji
(FJD)
Zon waktu
(UTC+12)
Kod panggilan679
Kode ISO 3166FJ
DPT internet.fj
1 diiktiraf oleh Majlis Agung Ketua Puak.

Sejarah

Penghuni pertama Fiji tiba dari Asia Tenggara jauh sebelum terjadi hubungan dengan para penjelajah Eropah pada abad ke-17. Namun begitu, persoalan akademik tentang migrasi Pasifik masih belum terpecahkan. Fiji tertakluk di bawah pengaruh Empayar Tu'i Tonga pada abad ke-10, dan membawa pengaruh budaya adat dan bahasa Polinesia ke Fiji.

Geografi

Fiji terdiri dari 322 pulau,[1] dengan 106 buah pulau tidak dihuni, dan 522 buah pulau kecil. Dua pulau yang paling penting ialah Viti Levu dan Vanua Levu. Pulau Viti Levu menempatkan ibu kota negara Suva, di mana tiga suku penduduk negara menetap.

Pulau itu memiliki banyak pergunungan, dengan titik tertinggi ialah Gunung Tomanivi dengan ketinggian 1,324 meter di atas permukaan laut. Sekeliling pulau ialah hutan tropika. Kota penting lainnya ialah Nadi, lokasi lapangan terbang antarabangsa Fiji,[2] dan Lautoka. Kota penting di Vanua Levu ialah Labasa dan Savusavu.

Pulau-pulau lainnya termasuk Taveuni dan Kepulauan Kadavu, masing-masing merupakan pulau ketiga dan keempat terbesar, Kepulauan Mamanuca (di luar Nadi) dan Kepulauan Yasawa, yang merupakan destinasipelancongan. Rotuma, pulau yang berjarak 500 kilometer di utara, mempunyai status pentadbiran khas di Fiji.

Politik

Politik di Fiji adalah berdasarkan republik demokrasi berperwakilan parlimen dengan Perdana Menteri Fiji sebagai ketua kerajaan dan Presiden sebagai ketua negara, dan memiliki sistem pelbagai parti politik. Kuasa eksekutif dijalankan oleh kerajaan, kuasa legislatif berada di pihak kerajaan dan parlimen, dan kuasa kehakiman tidak bergantung kepada kuasa-kuasa lain.

Presiden dipilih oleh Great Council of Chiefs dengan tempoh jawatan selama 5 tahun sepenggal. Meskipun jabatan presiden ini hanyalah berunsur simbolik secara umumnya, tetapi ia juga mempunyai kuasa-kuasa yang boleh digunakan dalam situasi darurat.

Pembahagian pentadbiran

Fiji dibahagikan kepada empat buah bahagian: Bahagian Utara, Barat, Timur dan Pusat. Bahagian-bahagian ini dibahagikan lagi kepada 14 buah provinsi.

Demografi

Bahasa

Fiji memiliki tiga bahasa rasmi seperti yang termaktub dalam perlembagaan: bahasa Inggeris yang diperkenalkan oleh penjajah British, bahasa Fiji yang digunakan oleh golongan peribumi negara, dan Fiji Hindi, bahasa yang dipakai oleh golongan Indo-Fiji. Warganegara Fiji mempunyai hak untuk berkomunikasi dengan ketiga bahasa ini, yang mana saja yang mereka mahu dengan pemerintah.

Bahasa Fiji ialah sebuah bahasa Austronesia keturunan Melayu-Polinesia dengan kira-kira 340 ribu orang penutur jati (bancian 1998).[3] Selain itu, bahasa-bahasa Austronesia dan Polinesia seperti bahasa Rotuma dan bahasa Tuvalu juga dituturi. Bahasa-bahasa asing lain termasuk bahasa Gujarat, bahasa Punjabi dan bahasa Cina.

Rujukan

  1. "Fiji". The World Factbook (dalam bahasa Inggeris). CIA. Dicapai pada 20 Ogos 2020.
  2. Fiji Cruises Destination Topics Diarkibkan 3 April 2016 di Wayback Machine. Retrieved 23 March 2016.
  3. "Fiji at [[Ethnologue]] (edisi ke-18, 2015)" (dalam bahasa Inggeris). URL–wikilink conflict (bantuan)

Pautan luar


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.