1981

1981 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Khamis. Ia berlangsung dari 24 Safar 1401 hingga 4 Rabiulawal 1402.

 
Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1981. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1981 (nombor).
Milenium: milenium ke-2
Abad:
Dekad:
Tahun:

Peristiwa

Tarikh tepat tidak pasti

  • Komputer VIC-20, dengan RAM 5KB hingga RAM 32KB, CPU6502A, paparan teks 23 baris dan paparan warna, yang dijual pada harga AS$300 mencapai jualan sebanyak 9,000 unit sehari.
  • Mikropemproses iAPX432 yang mempunyai kelajuan 2 MIPS diperkenalkan oleh Intel.
  • Komputer ZX81 dengan mikropemproses Z80A dipasarkan oleh Syarikat Sinclair pada harga AS$200.
  • Komputer Osborne 1 dipasarkan oleh Osborne pada harga AS$1,795. Pakej ini termasuk perisian seperti BASIC, Word Star dan SuperCalc yang bernilai AS$1,500.
  • Komputer Star 8010 dipasarkan oleh Xerox tetapi gagal dalam pasaran.
  • Pakej komputer Xerox 820 diperkenalkan oleh Xerox pada harga AS$3,000.
  • Komputer peribadi IBM 5150 dipasarkan pada harga AS$6,000. Spesifikasinya terdiri daripada Intel 8088, 4.77MHz, 64Kb RAM, 40Kb ROM, pemacu 5.25 inci dan MS-DOS.
  • ProFile, cakera keras pertama Apple Computer sebesar 5MB diperkenalkan, dengan komputernya dijual pada harga AS$3,500.
  • Sistem mikrokomputer BBC yang menggunakan CPU 6502A dengan RAM 48KB, 83 unit kekunci dan 16 grafik berwarna diperkenalkan oleh Acorn Computer Limited.
  • Smartmodem 300 yang menjadi piawai kepada industri ketika itu diperkenalkan oleh Produk Mikrokomputer Hayes.
  • dBASE II, sebuah atur cara pangkalan data pertama, dipasarkan oleh Ashton Tate.
  • Bill Gates dilantik sebagai Presiden Perbadanan Microsoft.
  • Microsoft membeli DOS daripada Produk Komputer Seattle dan menukarkan namanya kepada MS-DOS.
  • Silicon Graphics ditubuhkan oleh James Clark.
  • Creative Technology ditubuhkan oleh Sim Wong Hoo.
  • Penemuan penyakit AIDS akibat jangkitan HIV.
  • Kiub Rubik memenangi anugerah Mainan Tahunan BATR.

Kelahiran

Jessica Alba
Farid Kamil
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.