27 Jun
27 Jun merupakan hari ke-178 (hari ke-179 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 187 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
| << | Jun | >> | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | |||
| 2021 | ||||||
Hari ini juga merupakan Hari Ras Kacuk di Brazil.
Peristiwa

Kapal tempur Potemkin
- 1846 - Kebuluran Besar (Ireland): Sebuah akhbar Ireland menonjolkan berita tentang hawar kentang yang baru.
- 1898 - Pelaut Joshua Slocum menyempurnakan pelayaran mengelilingi dunia solo yang pertama di atas sekocinya Spray, satu jarak melebihi 74,000 km.
- 1905 - Anak kapal kapal tempur Rusia Potemkin (gambar) memulakan dahagi terhadap pegawai mereka yang bersifat menindas.
- 1967 - Mesin juruwang automatik (ATM) elektronik yang pertama di dunia dipasang di Enfield Town, London, UK, oleh Barclays.
- 1979 - Muhammad Ali mengumumkan persaraannya daripada dunia tinju.
- 1986 - Dalam kes Nicaragua lwn. Amerika Syarikat, Mahkamah Keadilan Antarabangsa mendapati bahawa A.S. bersalah menyokong Contra.
- 1991 - Yugoslavia menyerang Slovenia, dua hari selepas pengisytiharan kemerdekaan Slovenia daripada Yugoslavia, memulakan Perang Sepuluh Hari.
- 2011 - Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran untuk Muammar Gaddafi, mendakwanya melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dalam perang saudara di Libya kini.
- 2013 - Kevin Rudd berjaya mencabar Julia Gillard sebagai ketua Parti Buruh, lalu menjadi Perdana Menteri Australia semula.
- 2013 - Tsakhiagiin Elbegdorj terpilih semula sebagai Presiden Mongolia.
Kematian
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.