Selangor FC

Kelab Bola Sepak Selangor atau lebih dikenali sebagai Selangor FC ialah sebuah kelab bola sepak profesional terletak di negeri Selangor, Malaysia. Bertanding dalam Liga Malaysia, Stadium Shah Alam merupakan gelanggang keramat Selangor semenjak 1994 hingga kini. Walaupun begitu, sebelum beralih ke Stadium Shah Alam, Stadium Merdeka merupakan stadium yang lebih banyak menyaksikan kegemilangan dan kejayaan Selangor dalam arena sukan bola sepak di mana Selangor telah menjulang Piala Malaysia sebanyak 18 kali di stadium ini. Selangor yang juga dikenali sebagai Gergasi Merah atau Merah Kuning telah ditubuhkan pada tahun 1936.

Selangor FC
Nama penuhKelab Bola Sepak Selangor
Gelaran
  • Gergasi Merah
  • Merah Kuning
Diasaskan22 February 1936 (22 February 1936)
StadiumStadium Petaling Jaya,
Selangor
(Muatan: 25 000)
PemilikRed Giants FC Sdn Bhd
Presiden Tengku Amir Shah
Pengurus Mahfizul Rusydin Abdul Rashid
Jurulatih Michael Feichtenbeiner
LigaLiga Super Malaysia
2020Ke-6
Tapak sesawangLaman kelab
tuan rumah
tempat lawan
ketiga
Musim terkini

Selangor adalah pasukan yang paling berjaya di dalam bola sepak Malaysia. Serta sebuah pasukan yang paling banyak mengecapi pelbagai kejuaraan. Antara pencapaian pasukan Selangor adalah dengan rekod 33 gelaran Piala Malaysia, 6 gelaran Divisyen 1/Perdana 1/Liga Super, 2 gelaran Divisyen 2/Perdana 2/Liga Perdana, 5 gelaran Piala FA dan 8 gelaran Piala Sumbangsih. Tahun 2005 merupakan tahun gemilang bagi pasukan Selangor. Kerana buat kali pertama dalam sejarah penubuhan, mereka berjaya merangkul gelaran tiga kali kejuaraan utama bola sepak Malaysia. Dengan memenangi Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia di bawah bimbingan jurulatih Dollah Salleh.[1]

Pada peringkat Asia pula Selangor merupakan pasukan bola sepak pertama memasuki perlawanan akhir Asian Champion Club Tournament atau sekarang dikenali sebagai Liga Juara-Juara AFC atau AFC Champions League(ACL) pada tahun 1967 apabila tewas diperlawanan akhir pada kelab Hapoel Tel Aviv dari Israel 2-1 di Bangkok, Thailand. Ini merupakan pencapaian terbaik Malaysia di peringkat kelab Asia.

Kelab ini juga mempunyai beberapa permusuhan tradisi, terutamanya dengan pasukan Singapura, Kuala Lumpur Bersatu, Kedah Darul Aman, Sri Pahang dan Perak.

Sejarah

Sebelum Persatuan Bola Sepak Selangor ditubuhkan secara rasmi, hanya terdapat beberapa persatuan yang menguruskan liga bola sepak di peringkat negeri, yang dipanggil SAFL atau Liga Bola Sepak Persatuan-Persatuan Selangor (Bahasa Inggeris:Selangor Association Football League) yang ditubuhkan pada 1905. Piala pertama telah ditaja oleh Residen British di Selangor ketika itu iaitu RG Watson. Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa SAFL diterajui oleh Residen British ketika itu.

Pada 1926, terdapat krisis dalaman yang menyebabkan beberapa ahli mengambil tindakan untuk menarik diri dan menubuhkan Persatuan BolaSepak Selangor atau SFA (Bahasa Inggeris: Selangor Football Association).

Persilisihan faham antara SAFL dan SFA berlanjutan sehingga hampir sepuluh tahun sebelum kedua belah pihak kembali berunding demi kebaikan bola sepak Selangor. Akhirnya, kedua-dua persatuan bergabung secara rasmi pada 22 Febuari 1936 di bawah nama Persatuan Bola Sepak Selangor atau Football Association of Selangor (FAS).

Akan tetapi, Perang Dunia Kedua yang tercetus telah melambatkan usaha FAS untuk membangunkan bola sepak tempatan. Usaha tersebut kemudiannya dimulakan secara agresif oleh presiden rasmi FAS yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebaik sahaja perang tersebut tamat.

Usaha untuk meningkatkan martabat bola sepak negeri berterusan dengan rancangan FAS untuk membina sebuah stadium bola sepak untuk satu pasukan. Pasukan Selangor yang terdahulunya menggunakan Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka) sebagai gelanggang utama mereka jelas memerlukan sebuah stadium selari dengan kehendak persatuan.

Pihak FAS membuat pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur beberapa kali untuk memohon keizinan untuk membina sebuah stadium tetapi masih gagal menemui penyelesaian terbaik. Impian untuk melihat pasukan Selangor bermain di stadium sendiri menjadi malap hari demi hari.

Walau bagaimanapun, dengan perlantikan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (ketika itu memegang jawatan presiden di FAS dan FAM) sebagai Perdana Menteri Malaya yang baru sahaja merdeka, rancangan pembinaan stadium kembali diperkatakan.

Tunku mengarahkan agar Stadium Merdeka dibina untuk digunakan sebagai tempat menyambut kemerdekaan negara dan sebagai stadium rasmi Selangor FA. Stadium Merdeka juga bakal digunakan sebagai stadium nasional untuk mengendalikan sukan antarabangsa.

Nama yang sinonim dengan bola sepak di Selangor pada era 60-an ialah Harun Idris. Beliau menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Selangor selama 21 tahun bermula daripada tahun 1961 sehingga tahun 1982. Sepanjang pimpinannya, pasukan Selangor telah memenangi sebanyak 15 Piala Malaysia di samping membawa perubahan positif ke dalam persatuan tersebut.

Ibu pejabat FAS pada mulanya terletak di bangunan lama MCA di Jalan Ampang sebelum pembinaan Wisma FAS pada 1973 di Stadium Merdeka atas usaha Datuk Harun yang juga merupakan Menteri Besar Selangor ketika itu, dan pengurus pasukan, Hamzah Abu Samah. Pada pertengahan 1990, FAS berpindah ke Wisma FAS di Kelana Jaya.

Selepas beberapa siri kejayaan pasukan Selangor, Persatuan Bola Sepak Selangor membuat keputusan untuk tidak lagi menggunakan Stadium Merdeka demi memenuhi cita–cita besar pasukan Selangor. Oleh itu pembangunan stadium baru mula giat di rancang. Akhirnya pada 1 Januari 1990, satu majlis pecah tanah pembinaan stadium baru dirasmikan di Shah Alam. Dengan pembinaan stadium baru ini lahirnya Stadium Shah Alam, stadium yang boleh memuatkan kapasiti sehingga 80,000 penonton pada satu satu masa. Struktur rangkanya merupakan gerbang bebas terpanjang di dunia. Ia juga telah menjadi salah satu mercu tanda utama di Shah Alam disebabkan saiz dan seni binanya yang mengagumkan. Stadium utama Persatuan Bola Sepak Selangor kini adalah Stadium Shah Alam, yang terletak di ibu negeri Selangor, Shah Alam. Stadium ini menjadi stadium tuan rumah bagi pasukan Selangor sejak mula dibuka pada Julai 1994, setelah kelab itu berpindah dari Stadium Merdeka.[2]

Sejak ditubuhkan pada 1936, Selangor telah memenangi kejuaraan sebanyak 33 kali Piala Malaysia, paling baharu pada tahun 2015, menjuarai Liga Super sebanyak 6 kali, memenangi Piala FA sebanyak 5 kali dan menjadi satu-satunya wakil pasukan dari Malaysia yang berjaya sampai ke perlawanan akhir Kejohanan Kelab Asia, menjadikannya pasukan yang paling berjaya di kancah bola sepak tempatan.

Antara mereka yang bertanggungjawab bagi kejayaan Selangor termasuklah mereka yang pernah menjawat jawatan presiden iaitu : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Harun Idris, Dato' Hj. Mohd Aini Taib, Tan Sri Hj. Muhammad Muhammad Taib, Tengku Datuk Seri Ahmad Shah Al-Haj, Abdul Khalid Ibrahim ; pengurusan : Hamzah Abu Samah, Mohd Noor Khamis, Dato' Dr. Nordin Selat, Mazlan Datuk Hj. Harun, Dato' Abdul Mokhtar Ahmad, Dato' Dr. Hj. Mohamad Satim Diman, Zakaria Abdul Rahim ; dan jurulatih-jurulatih : Abdul Ghani Minhat, M. Chandran, Chow Kwai Lam, Khaidir Buyong, Ken Worden, Steve Wicks, Dollah Salleh, K. Devan dan banyak lagi yang tidak disebut.

FAS juga telah melahirkan banyak pemain yang membawa kejayaan sama ada di peringkat negeri atau negara seperti allahyarham raja bola Abdul Ghani Minhat, allahyarham lagenda Mokhtar Dahari, mendiang Wong Choon Wah dan mendiang R. Arumugam. Selain itu nama-nama seperti Soh Chin Aun, Santokh Singh, Zainal Abidin Hassan, Khan Hung Meng, Azman Adnan, Rusdi Suparman, Mohd Amri Yahyah dan banyak lagi.[3]

Budaya kelab

Logo dan warna

Logo Selangor FA berbentuk perisai, manakala lambang pada bahagian atas diperolehi daripada Bendera dan jata Selangor. Warna pada logo tersebut merupakan warna utama negeri Selangor yang melambangkan Keberanian untuk warna merah dan Kedaulatan untuk warna kuning.[4]

Pengeluar Kit

Sejak 1970-an, kit pasukan Selangor telah dikeluarkan oleh banyak syarikat termasuklah Admiral, Puma, Adidas, Lotto dan Kappa. Untuk musim 2019, kit rasmi Selangor FA telah dikeluarkan oleh Joma.

Tempoh Pengeluar kit
1975–1979 Admiral Sportswear
1980 Diadora
1981–1987 Puma
1988–1990 Adidas
1991 Mizuno
1992 Puma
1993–2001 Lotto
2002 Adidas
2003–2004 Kronos
2005–2010 Adidas
2011–2015 Kappa
2016–2018 Lotto
2019–2021 Joma

Penaja Kewangan

Sejak 1985, pasukan Selangor telah ditaja oleh banyak syarikat termasuklah Dunhill, EON, Celcom, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Telekom Malaysia (TM) dan Menteri Besar Incorporated (MBI). Pada 2014 hingga 2017, kit / jersi pasukan Selangor telah ditaja oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah nama enam syarikat milik kerajaan.[5] Syarikat yang paling lama menaja pasukan Selangor dalam sejarah ialah Dunhill bermula daripada tahun 1985 sehingga tahun 2004. Syarikat Dunhill telah menaja kesemua kelab di Malaysia ketika itu sebelum diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia demi mengurangkan populariti budaya menghisap rokok dan tembakau di Malaysia.[6]

Tempoh Penaja Kewangan
1985–04 Dunhill
1989–93 EON
1998 Courts
2004 Talam
2005 Celcom
2005–06 Gapurna
2006–08 SYABAS
2006–10 Telekom Malaysia
2009–10 Kumpulan Darul Ehsan Berhad
2011–13 Menteri Besar Incorporated
2013 Datum Corp International
2014–17 Kerajaan Negeri Selangor
2018 redONE
CRRC
2019 Kerajaan Negeri Selangor
2019–20 VIZIONE
2020 PKNS
SugarBomb
Digi
ANF Logistics
Menteri Besar Incorporated

Stadium

Stadium Shah Alam
LokasiStadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor, Malaysia
Koordinat
Pecah tanah1990
Dibina1 Januari 1990
Dibuka16 Julai 1994
PemilikKerajaan Negeri Selangor
PengendaliDarul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM)
PermukaanPadang rumput/Trek
Kos pembinaanRM460 million
ArkitekHijjaz Kasturi
Kapasiti156,976
Penyewa
Selangor FA (Liga Super Malaysia)
(1994-2016)
PKNS FC
(2017-2019)
Selangor FA (Liga Super Malaysia)
(2019-)
Gelanggang rasmi pasukan Selangor, Stadium Shah Alam.
Padang latihan pasukan Selangor, Kompleks Sukan SUK, Seksyen 5, Shah Alam.
# Stadium Tahun
1 Padang Kelab Selangor (kini dikenali sebagai Dataran Merdeka) 1936 – 1956
2 Stadium Merdeka 1957 – 1994
3 Stadium Shah Alam 1994 – 2016, 2018 – Kini
4 Stadium Majlis Perbandaran Selayang 2017
5 Stadium KLFA 2018

Stadium Merdeka

Selangor telah menggunakan beberapa stadium dalam sejarah mereka. Antaranya bermain perlawanan di Padang Kelab Selangor (kini dikenali sebagai Dataran Merdeka). Selepas itu Selangor berpindah bermain di Stadium Merdeka semasa era Tunku Abdul Rahman sebagai presiden kelab itu. Ia telah menjadi stadium tuan rumah pasukan Selangor FA selama 38 tahun, sebelum berpindah ke Stadium Shah Alam selepas ia siap dibina pada tahun 1994.

Stadium Shah Alam

Selepas beberapa siri kejayaan pasukan Selangor, Persatuan Bola Sepak Selangor membuat keputusan untuk tidak lagi menggunakan Stadium Merdeka demi memenuhi cita–cita besar pasukan Selangor. Oleh itu pembangunan stadium baru mula giat di jalankan. Dengan pembinaan stadium baru ini lahirnya Stadium Shah Alam, stadium yang boleh memuatkan kapasiti sehingga 80,000 penonton pada satu satu masa. Struktur rangkanya merupakan gerbang bebas terpanjang di dunia. Ia telah menjadi salah satu mercu tanda utama di Shah Alam disebabkan saiz dan seni binanya yang mengagumkan. Stadium utama Persatuan Bola Sepak Selangor kini adalah Stadium Shah Alam, yang terletak di ibu negeri Selangor, Shah Alam. Stadium ini mula menjadi stadium tuan rumah bagi pasukan Selangor dari Julai 1994, setelah kelab itu berpindah dari Stadium Merdeka.[7]Selangor yang terpaksa 'menumpang' beraksi di laman lain, sah akan menggunakan kembali gelanggang keramat mereka bagi mengharungi kempen Liga Malaysia musim 2019 dan tahun mendatang.

Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Pada tahun 2017, Selangor telah mengubah stadium tuan rumah untuk bermain ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang setelah kerajaan negeri Selangor menolak permohonan kelab untuk menggunakan Stadium Shah Alam selepas krisis dalaman di dalam kelab yang berkesudahan dengan perletakan jawatan Azmin Ali, presiden Selangor FA ketika itu yang juga merupakan Menteri Besar Selangor.

Stadium KLFA

Menurut Presiden Kelab, Subahan Kamal pasukan Selangor akan bertukar bermain di Stadium KLFA bagi musim 2018,[8] setelah permohonan mereka untuk menggunakan stadium tersebut diterima. Selangor pada asalnya mahu menggunakan Stadium Shah Alam ataupun Stadium Nasional Bukit Jalil yang juga merupakan stadium pasukan kebangsaan tetapi kedua-kedua permohonan telah ditolak oleh kerajaan negeri Selangor dan MFL.[9]Penukaran ini juga adalah disebabkan kerana Stadium Majlis Perbandaran Selayang yang tidak menepati piawaian tahap kecerahan lampu limpah stadium. Untuk musim 2018, Selangor dan Kuala Lumpur akan berkongsi bermain menggunakan stadium yang sama.

Padang latihan

Kemudahan padang latihan ini terletak di Kompleks Sukan SUK, Seksyen 5, Shah Alam. Pusat latihan berkeluasan 400,000 kaki persegi yang dinamakan sebagai Pusat Latihan Selangor FC telah dirasmikan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dalam upacara sederhana yang juga dihadiri oleh Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari, penaja kelab, ahli exco persatuan dan wakil media pada 24 Julai 2019. Kemudahan ini juga mempunyai kompleks pejabat untuk kakitangan pengurusan dan kakitangan teknikal, dua padang saiz FIFA, gimnasium, kawasan rawatan fisioterapi, bilik rehat pemain, bilik ganti, pantri dan sebagainya. Vizione Holdings Berhad, rakan strategik Selangor merupakan penyumbang terbesar kepada pembinaan kemudahan ini yang bernilai RM1.5 juta.

Liputan Media

Perlawanan pasukan Selangor FA dan beberapa perlawanan lain (bergantung kepada lokasi dan stesen siaran) pernah disiarkan secara langsung atau tertangguh di Astro Arena, RTM, Media Prima, iFlix dan Unifi TV. Semua siaran perlawanan dikawal selia oleh MFL.[10]

Musuh Tradisi

Selangor mempunyai musuh tradisi iaitu dengan Singapura juga dikenali sebagai perlawanan Derbi Klasik dan Kuala Lumpur FA dikenali sebagai perlawanan Derbi Lembah Klang.

Singapura

Permusuhan tradisi Selangor–Singapura adalah persaingan klasik musuh tradisi bola sepak melibatkan 2 pasukan sekitar tahun 1921 hingga 1994. Ia juga adalah derbi bola sepak tertua di Malaysia. Perlawanan pertama kedua–dua pasukan, secara rasmi pada 1 Oktober 1921 di final Piala Malaya di mana Singapura mengalahkan Selangor dengan 2-1. Secara tidak rasmi, terdapat beberapa perlawanan persahabatan yang dinamakan 'Classics' dari 1901 hingga 1913 antara kedua pasukan ini, dengan Singapura memenangi edisi pertama. Semasa zaman pra-perang, Selangor dan Singapura adalah pasukan paling dominan dan bersaing sengit, memenangi Piala 19 kali di antara mereka. Tahun-tahun pasca perang juga didominasi oleh mereka sehingga tahun 1970, di mana Selangor pula muncul sebagai pasukan dominan dalam Piala Malaysia dengan kemenangan 11 Piala, berbanding 2 oleh Singapura. Pasukan ini juga merupakan yang paling berjaya di Malaysia, di antara mereka telah merangkul 71 piala, 43 untuk Selangor dan 28 untuk Singapura. Kebanyakan piala yang dimenangi kedua–dua pasukan ialah Piala Malaysia. Kedua-duanya juga merupakan pasukan yang paling ramai penyokong dalam kancah bola sepak Malaysia. Setiap perlawanan di antara kedua-dua pasukan ini sentiasa dinanti peminat kerana ketegangannya. Samad Allapitchay, kapten Singapura semasa Piala Malaysia 1977 menyatakan "Persaingan bola sepak di antara Singapura dan Selangor sentiasa menjadi satu keistimewaan. Di atas padang, kita membenci satu sama lain!" Persaingan berakhir apabila Singapura keluar dari Liga Malaysia pada 1994 kerana pertikaian dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai isu tiket. Dari 2011 hingga 2015, wakil Singapura yang baru, LIONSXII menyertai Liga Malaysia. Walau bagaimanapun, skuad mereka dibarisi pemain bawah 23 tahun dan terikat dengan beberapa keistimewaan (tidak perlu menghadapi penyingkiran dan tidak boleh menggunakan khidmat pemain import). Sebagai mengimbas kembali permusuhan tradisi, kedua-dua pasukan bertemu di dalam pertandingan Piala Sultan Selangor yang diadakan setiap tahun sejak diperkenalkan pada tahun 2001.

Kuala Lumpur

Musuh tradisi Selangor juga adalah pasukan Kuala Lumpur FA. Persaingan berlaku kerana lokasi geografi dua negeri ini. Sebelum ini Selangor dan Kuala Lumpur bernaung dibawah satu negeri sebelum berpisah pada 1 Januari 1974. Persaingan tempatan ini digelar 'Derbi Lembah Klang' sentiasa menjadi hangat kerana ia antara dua negeri yang paling maju di Malaysia; iaitu Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Permusuhan terjadi lebih dari 40 tahun, apabila ia bermula pada tahun 80-an. Persaingan atau permusuhan itu diperbaharui apabila Kuala Lumpur dinaikkan pangkat ke Liga Super Malaysia selepas bersaing selama tujuh tahun di Liga Perdana Malaysia. Kuala Lumpur kemudian diturunkan kembali ke Liga Perdana pada tahun 2013, setahun sebelum itu juga merupakan pertemuan terakhir kedua-dua kelab tersebut. Manakala pada tahun 2014, Kuala Lumpur sekali lagi diturunkan ke Liga FAM pula buat kali pertama dalam sejarahnya. Pada tahun 2018 kedua–dua pasukan kembali bertemu sesama sendiri setelah Kuala Lumpur FA dinaikkan pangkat bersaing semula di dalam Liga Super. Ini dihangatkan lagi dengan kedua pasukan berkongsi bermain di Stadium KLFA untuk musim 2018.


Senarai Pemain

Pasukan Utama

Sehingga 3 Februari 2020
No. Posisi Pemain
1 GK Khairul Azhan Khalid
3 DF Rodney Celvin
4 DF Aziz Kifah
5 DF Taylor Regan (Kapten)
6 MF Malek Rahman (Vice-Kapten)
7 MF Ahmed Waseem Razeek
8 MF Khyril Muhymeen
10 FW Rufino Segovia
11 FW O
12 FW Ifedayo Olusegun
17 MF Nor Hakim Hassan
18 MF Halim Saari
No. Posisi Pemain
19 DF K. Prabakaran
20 DF Syahmi Safari
21 MF B.Sathianathan
22 MF Syazwan Zainon
23 DF Nick Swirad
25 GK Tauffiq Ar Rasyid
26 DF A. Namathevan
27 DF M. Tamil Maran
30 GK Farizal Harun
50 FW Sandro
88 MF Brendan Gan

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan yang ditakrifkan di bawah peraturan syarat kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

Kapten

Nama Tempoh
tiada maklumat 1936–1960
Edwin Dutton 1961
Abdullah Yeop Noordin 1966–1968
Abdul Ghani Minhat 1969–1970
M. Chandran 1971–1974
Mokhtar Dahari 1975–1976
Soh Chin Aun 1977–1978
Mokhtar Dahari 1979–1983
Santokh Singh 1984–1985
R. Arumugam 1986–1987
Zainal Abidin Hassan 1988–1990
Ismail Ibrahim 1991–1996
Zainal Abidin Hassan 1997–1999
Yusri Che Lah 2000–2002
Azmin Azram Abdul Aziz 2003–2004
Shukor Adan 2005–2008
Mohd Amri Yahyah 2009–2012
Asraruddin Putra Omar 2013
Mohd Bunyamin Umar 2014
Muhd Shahrom Abdul Kalam 2015–2016
Razman Roslan 2017
Mohd Amri Yahyah 2018–2019
Taylor Regan 2020–Kini

Bawah 21

Skuad ini bermain untuk Piala Presiden Malaysia, sebuah pertandingan bola sepak untuk pemain-pemain yang berumur di bawah 21 tahun.

No. Nama Warganegara Tarikh Lahir
Penjaga gol
1 Damien Lim 5/2/97
22 Muhammad Aqil Fadhly Mohd Yusop 1999
25 Haziq Ridwan 11/1/96
Pemain pertahanan
3 Syukri Azman 18/3/97
4 Mohammad Syafiq Abdul Halim 1998
5 M. Tamil Maran 16/9/1997
13 Mohd Asraff Hayqal Zainal 1997
14 Amirul Haziq Rasmizal 19/3/98
21 Muhd Amir Asyraf Azhari 25/3/98
23 Muhd Amirul Ashraf Ariffin 22/1/98
Pemain tengah
6 Ainol Iskandar Mahsun 10/7/97
7 Mohd Fazrul Fahriz Zeky 1998
8 Muhd Hafizuddin Md Zuki 18/2/98
9 Najib Abdullah 23/4/98
11 Mohd Afiq Mohd Azam 2/5/97
16 Muhammad Hariz Saim 1997
17 D. Kugan 11/1/97
24 Muhammad Syazwan Salihin 2/3/98
Penyerang
10 Muhammad Alif Saiddatul Azman 1997
12 Muhamad Azizul Baharuddin 27/2/98
45 Muhammad Ramdani Ilham 24/1/96
19 Logithasan a/l R. Murugam 1997

Sumber:[11]

Bawah 19

Pasukan ini bermain untuk Piala Belia, sebuah pertandingan untuk pemain-pemain yang berumur di bawah 19 tahun.

No. Nama Warganegara Tarikh lahir
Penjaga gol
1 Muhammad Aiman Arip Zulkarnain 1999
22 Muhammad Fawzal Abdul Muthalib 1999
23 Mohammad Zarith Emmer Mohd Zambri 1999
Pemain pertahanan
2 Muhammad Aiman Hakeem Hamidi 1999
3 Muhammad Riezman Mohd Shuhairi 1999
4 Aidil Helmi Mohamed Zaid 1999
5 Zul Hakimi Hassan 1999
9 Muhd Aidil Haziq Damanhuri 1998
18 Linggeswaran a/l P.Selvarajah 7/1/98
24 Mohd Azrul Syafiq Norinukartapati 3/3/98
25 Muhd Hafizi Mohd Salleh 17/2/98
27 Muhamad Aiman Firdaus Ahmad Azahar 3/4/98
Pemain tengah
6 Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan 29/3/99
8 Muhammad Sharul Amin Nasharuddin 1998
10 Aidiel Nur Iman Nekmat 6/4/98
11 Iqbal Zurkurnain 1999
13 Kalaiarasan a/l Murugan 1998
15 Muhammad Rafsham Iqmal Alyas 1999
16 Muhammad Fariduddin Zainal 1998
17 Muhammad Azri Riezman Rosnidin 1999
20 Deva a/l Rabisanthran 1998
21 Muhammad Faisal Mazlan 1997
29 Muhammad Irfan Bakhtiar 23/6/98
Penyerang
7 Megat Amirul Imran Zulkifly 28/9/98
12 Danial Hariz Khairul Azman 1999
14 Ermy Syazwan Aidi Syarin 1999
19 Muhammad Fawwaz Mustafa 1998
30 Muhd Fareez Mohd Jeffrey 14/2/98

Sumber:[12]

Rekod

Rekod kelab

Kemaskini pada 25 Disember 2020.

  • Nota :

P = Perlawanan, M = Menang, S = Seri, K = Kalah, J = Gol dijaring, B = Gol dibolos, P = Perbezaan Gol, Mt = Mata, Pos = Posisi

Musim Liga Piala Asia
Divisyen P M S K J B P Mt Pos Sumbangsih Malaysia FA Pertandingan Keputusan
1994 Liga Perdana 28 12 8 8 53 42 +11 44 Ke-6 Separuh akhir Suku akhir
1995 Liga Perdana 28 15 9 4 58 34 +24 54 Ke-2 Juara Separuh akhir
1996 Liga Perdana 28 14 7 7 54 36 +18 49 Ke-4 Juara Juara Separuh akhir
1997 Liga Perdana 28 14 4 10 45 35 +10 46 Ke-4 Juara Juara Juara
1998 Perdana 1 22 7 4 11 28 32 -4 25 Ke-10 Naib juara Suku akhir Suku akhir Liga Juara-Juara Asia Pusingan 1
1999 Perdana 2 18 7 10[lower-alpha 1] 1 36 18 +18 37 Ke-2 Peringkat kumpulan Pusingan 2 Liga Juara-Juara Asia Pusingan 2
2000 Perdana 1 22 14 3 5 45 25 +20 45 Juara Separuh akhir Pusingan 2
2001 Perdana 1 22 8 10 4 36 22 +14 34 Ke-4 Separuh akhir Juara
2002 Perdana 1 26 17 5 4 43 27 +16 56 Ke-2 Juara Juara Suku akhir
2003 Perdana 1 24 4 6 14 32 44 -12 18 Ke-12 Naib juara Peringkat kumpulan Peringkat kumpulan
2004 Liga Premier 24 16 2 6 52 35 +17 50 Ke-2 Suku akhir Pusingan 3
2005 Liga Premier 21 16 3 2 61 25 +36 51 Juara Juara Juara
2005–06 Liga Super 21 5 3 13 31 46 -15 18 Ke-8 Naib juara Peringkat kumpulan Pusingan 2 Piala AFC Suku akhir
2006-07 Liga Super 24 8 4 12 28 35 -7 28 Ke-8 Suku akhir Separuh akhir
2007-08 Liga Super 24 14 3 7 46 36 +10 45 Ke-4 Naib juara Naib juara
2009 Liga Super 26 20 3 3 64 21 +43 63 Juara Juara Suku akhir Juara
2010 Liga Super 26 20 3 3 62 23 +39 63 Juara Juara Suku akhir Separuh akhir Piala AFC Peringkat kumpulan
2011 Liga Super 26 16 4 6 42 24 +18 52 Ke-3 Naib juara Separuh akhir Separuh akhir
2012 Liga Super 26 12 7 7 40 26 +14 43 Ke-3 Separuh akhir Pusingan 2
2013 Liga Super 22 10 10 2 31 17 +14 40 Ke-2 Peringkat kumpulan Suku akhir Piala AFC Pusingan 16
2014 Liga Super 22 12 5 5 28 19 +9 41 Ke-2 Suku akhir Pusingan 2 Piala AFC Peringkat kumpulan
2015 Liga Super 22 11 6 5 43 28 +15 39[lower-alpha 2] Ke-2 Juara Pusingan 2
2016 Liga Super 22 7 7 8 28 27 +1 28 Ke-5 Naib juara Naib juara Pusingan 3 Piala AFC Peringkat kumpulan
2017 Liga Super 22 9 6 7 32 28 +4 33 Ke-6 Suku akhir Pusingan 2
2018 Liga Super 22 7 6 9 35 39 -4 27 Ke-8 Peringkat kumpulan Naib juara
2019 Liga Super 22 10 7 5 41 35 +6 37 Ke-3 Separuh Akhir Pusingan 3
2020 Liga Super 11 4 5 2 26 19 +7 17 Ke-5 Separuh Akhir Pusingan 3
  1. Seri diikuti dengan Tendangan penalti untuk kutipan mata.
  2. Selangor melonjak ke tempat kedua selepas Pahang telah ditolak enam mata kerana penglibatan dalam kelewatan dalam proses menyelesaikan masalah gaji dan pampasan oleh bekas import musim 2013, Mohamed Borji.

Rekod Pemain

Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari

Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman

# Musim Pemain Jumlah jaringan
1 1972–1987 Mokhtar Dahari 177
2 1993–1998, 2002, 2004 Azman Adnan 159
3 1980–1982, 1985–1990, 1997–1999 Zainal Abidin Hassan 125
4 1972–1985 Santokh Singh 99
5 1955–1968 Abdul Ghani Minhat 97
6 1993–2003 Rusdi Suparman 93
7 2001–2013, 2017–2019 Mohd Amri Yahyah 73
8 2004–2006 Brian Diego Fuentes 72
9 2006–2012 Amirul Hadi Zainal 67
10 2005–2007 Bambang Pamungkas 52

Penampilan terbanyak sepanjang zaman

# Musim Pemain Jumlah penampilan
1 2001–2013, 2017–2019 Mohd Amri Yahyah 413
2 1971–1988 R. Arumugam 394
3 1972–1987 Mokhtar Dahari 375
4 1972–1985 Santokh Singh 365
5 1970–1980 Soh Chin Aun 345
6 2005–2012, 2016–2018 Mohd Razman Roslan 329
7 1993–1998, 2002, 2004 Azman Adnan 298
8 1993-2003 Rusdi Suparman 243
9 1980–1982, 1985–1990,1997–1999 Zainal Abidin Hassan 215
10 2001–2012 Padathan Gunalan 212

Pencapaian

Liga

  • Profesional


Piala

  • Piala Malaysia
    • Juara (33): 1922, 1927, 1928(Trofi Dikongsi), 1929(Trofi Dikongsi), 1935, 1936, 1938, 1949, 1956, 1959, 1961, 1962, 1963, 1966, 1968, 1969, 1971, 1972, 1973, 1975, 1976, 1978, 1979, 1981, 1982, 1984, 1986, 1995, 1996, 1997, 2002, 2005, 2015


  • B-21
  • B-19


Piala


Liga Juara-Juara AFC: 6 Penampilan

  • 1967 : Akhir (kalah kepada Hapoel Tel Aviv F.C. 1–2)
  • 1970: Peringkat Kumpulan (Kumpulan A)
  • 1986: Peringkat Kumpulan – Pusingan 2 (Kumpulan D)
  • 1997–98: Pusingan 1 (Asia Timur – kalah kepada South China AA pada agregat 0–2)
  • 1998–99: Pusingan 2 (Asia Timur – kalah kepada Pohang Steelers pada agregat 1–10)
  • 2001–02: Pusingan 1 (Asia Timur – kalah kepada Dalian Shide F.C pada agregat 0–7)

Piala AFC: 5 Penampilan

  • 2006: Suku Akhir (kalah kepada Nejmeh SC pada agregat 0–1)
  • 2010: Peringkat Kumpulan (Kumpulan F)
  • 2013: Pusingan 16 (kalah kepada New Radiant S.C. pada agregat 0–2)
  • 2014: Peringkat Kumpulan (Kumpulan F)
  • 2016: Peringkat Kumpulan (Kumpulan E)


Treble

Musim Kejuaraan
2005 Liga Perdana, Piala FA, Piala Malaysia

Double

Musim Kejuaraan
1984 Liga Malaysia, Piala Malaysia
2009 Liga Super, Piala FA


Pemenang Kasut Emas Liga Malaysia

Musim Pemain Gol
1989 Zainal Abidin Hassan 12
1999 Rusdi Suparman 15
2004 Brian Diego Fuentes 25
2005 Bambang Pamungkas 23
2014 Paulo Rangel[13] 16
2018 Rufino Segovia 19
2020 Ifedayo Olusegun 12
2021 Ifedayo Olusegon 25

Penjaring terbanyak Liga Malaysia

Musim Pemain Gol
Liga Semi-Pro Malaysia 1989 Zainal Abidin Hassan 12
Liga Perdana Malaysia 1995 Dave Mitchell 14
Anuar Abu Bakar
Azman Adnan 12
Liga Perdana 2 Malaysia 1999 Rusdi Suparman 15
Liga Premier Malaysia 2004 Brian Diego Fuentes 25
Liga Premier Malaysia 2005 Bambang Pamungkas 23
Brian Diego Fuentes 17
Muhamad Khalid Jamlus 9
Liga Super Malaysia 2005–06 Bambang Pamungkas 11
Brian Diego Fuentes 6
Liga Super Malaysia 2006-07 Akmal Rizal Ahmad Rakhli 9
Liga Super Malaysia 2007-08 Frank Seator 15
Safee Sali 11
Liga Super Malaysia 2009 Mohd Amri Yahyah 13
Safee Sali 12
Liga Super Malaysia 2010 Safee Sali 12
Amirul Hadi Zainal
R. Surendran 8
Liga Super Malaysia 2011 Mohd Safiq Rahim 7
Liga Super Malaysia 2012 Boško Balaban 12
Liga Super Malaysia 2013 Francis Doe 10
Mohd Amri Yahyah 8
Liga Super Malaysia 2014 Paulo Rangel 16
Liga Super Malaysia 2015 Guilherme de Paula Lucrécio 8
Afiq Azmi 7
Ahmad Hazwan Bakri
Liga Super Malaysia 2016 Patrick Wleh 9
Liga Super Malaysia 2017 Francis Forkey Doe 8
Liga Super Malaysia 2018 Rufino Segovia 19
Liga Super Malaysia 2019 Ifedayo Olusegun 12
Liga Super Malaysia 2020 Ifedayo Olusegun 12
Liga Super Malaysia 2021 Ifedayo Olusegun 25

Ranking

Ranking Kelab AFC

Sehingga 11 November 2018 [14]
Kedudukan Semasa Negara Pasukan Mata
1 Selangor FA 9.66
2 Ulsan Hyundai 9.41
3 Balestier Khalsa 9.15
4 Aizawl 9.08
5 Al Riffa 8.72

Organisasi Pasukan

Jawatankuasa Eksekutif

Jawatan Nama
Presiden Tengku Amir Shah
Lembaga Pengarah Datuk Seri Shahril Mokhtar
Siti Zubaidah Abdul Jabar
Norita Mohd Sidek
Ketua Pegawai Eksekutif Dr. Johan Kamal Hamidon
Pengarah Teknikal Michael Feichtenbeiner

Pegawai Kejurulatihan

Jawatan Nama
Pengurus Mahfizul Rusydin Abdul Rashid
Pembantu Pengurus Nazzab Hidzan
Jurulatih Michael Feichtenbeiner
Pembantu Jurulatih 1 Nazliazmi Mohd Nasir
Pembantu Jurulatih 2 Muhammad Adam Abdullah
Jurulatih Penjaga Gol Carsten Nulle
Jurulatih Kecergasan 1 Khairulanwar Md Isa
Jurulatih Kecergasan 2 Soren Wrede
Jurulatih Kecergasan 3 Amirol Azmi
Ketua Pengurusan Pemain Muda Lim Chan Yew
Fisioterapi Helber Richard
Doktor Pasukan Dr. Vijayan Munusamy
Penganalisis Pasukan Norasrudin Sulaiman
Koordinator Pasukan Faiz Ruslan
Masseuser Halimi Yusoff
Masseuser Mohamad Fadhli
Kitman Azman Ahmad

Presiden

Nama Tempoh
tiada maklumat 1936–1948
The Hon. Dr. C.P. Rawson 1949–1950
Tunku Abdul Rahman 1951
S.C.E. Singam 1952–1953
Dr. K. Sundram 1954–1960
Datuk Seri Harun Idris 1961–1983
Tan Sri Hj. Ahmad Razali Mohd Ali 1984–1989
Tan Sri Hj. Muhammad Muhammad Taib 1990–1995
Datuk Hj. Mohd Aini bin Taib 1996–2000
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj 2000
YAM Tengku Datuk Seri Ahmad Shah Al-Haj 2001–2004
Dr. Mohamad Khir Toyo 2005–2007
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 2008–2014
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali 2015–2017
Datuk Seri Subahan Kamal 2017–2018
Tengku Amir Shah 2018–Kini

Pengurus

Nama Tempoh
tiada maklumat 1936–1988
YAM Tengku Datuk Seri Ahmad Shah Al-Haj 1989
Datuk Dr. Nordin Selat 1990–1991
Dato' Mazlan bin Datuk Seri Harun 1992
Datuk Hj. Mohd Aini bin Taib 1993–1998
Dato' Abdul Mokhtar bin Ahmad 1999–2003
Datuk Mohamad Satim bin Diman 2004–2008
Zakaria Abdul Rahim 2008–2009
K. Devan 2010–2011
Dato' Abdul Mokhtar bin Ahmad 2012
Irfan Bakti Abu Salim 2013
Mehmet Durakovic 2014
Dato' Seri Amirudin Shari 2015–2016
Abdul Rauf Ahmad 2017–2019
Mahfizul Rusydin Abdul Rashid 2020–Kini

Jurulatih

Nama Tempoh
tiada maklumat 1936–1965
Edwin Dutton 1966–1970
Abdul Ghani Minhat 1970–1973
M. Chandran 1975–1978
Chow Kwai Lam 1979–1983
Abdul Ghani Minhat 1983–1985
M. Chandran 1986–1988
Steven Bena 1989
Khaidir Buyong 1989–1990
Ken Worden 1991
M. Chandran 1992
Bernhard Schumm 1993
Ken Worden 1994–1996
Steve Wicks 1997–1998
Ismail Zakaria 1998
Mike Pejic 1999
K. Rajagopal 1999–2000
Abdul Rahman Ibrahim 2001–2002
Ken Worden 2002–2003
Omar Rubén Larrosa 2004
Ismail Ibrahim 2004
Ken Worden 2004
Dollah Salleh 2005–2008
K. Devan 2009–2011
Irfan Bakti Abu Salim 2012–2013
Mehmet Durakovic 2014–2015
Zainal Abidin Hassan 2016
P. Maniam 2017–2018
Nazliazmi Mohd Nasir 2018
B. Sathianathan 2019–2020
Karsten Nietzel 2021

Pasukan Gabungan

Pautan luar

Rujukan

  1. "Malaysia – List of Cup Winners". Rsssf.com. 2016-02-18. Dicapai pada 2016-08-08.
  2. "http://www.selangor.gov.my/english.php/pages/view/158". Official Portal Selangor State Government. External link in |title= (bantuan); Missing or empty |url= (bantuan)
  3. "Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanBola Sepak". Selangor.gov.my. Dicapai pada 2016-08-08.
  4. "Latar Belakang Jata Negara & Bendera Negeri Malaysia: Latar Belakang Bendera dan Lambang Negeri-Negeri Malaysia". Sivik2010.blogspot.com. 2010-07-14. Dicapai pada 2016-08-08.
  5. "Sponsor List of 12 2016 Malaysian Super League Teams". semuanyabola.com. Dicapai pada 2016-08-08.
  6. "Malaysia: Advertising, Promotion & Sponsorship". Tobaccocontrollaws.org. Dicapai pada 2016-08-08.
  7. "http://www.selangor.gov.my/english.php/pages/view/158". Official Portal Selangor State Government. External link in |title= (bantuan); Missing or empty |url= (bantuan)
  8. Zulfaizan Mansor (31 January 2018). "Cheras confirmed as Selangor's fortress". nst.com.my. Dicapai pada 31 January 2018.
  9. Seng Foo (16 January 2018). "TMJ disapproves Selangor's usage of Bukit Jalil National Stadium". stadiumastro.com. Dicapai pada 31 January 2018.
  10. {{https://www.foxsports.com.my/liga-malaysia/147014/mfl-agih-rm1-juta-kepada-pasukan-yang-bersaing-dalam-cimb-liga-super-2020/}}
  11. "SENARAI PENDAFTARAN PASUKAN PIALA PRESIDEN 2017 : PBN / KELAB : SELANGOR : SENARAI PEGAWAI". Pengurusanbolasepakfam.org. Dicapai pada 2016-08-08.
  12. "SENARAI PENDAFTARAN PASUKAN PIALA BELIA 2017 : PBN / KELAB : SELANGOR : SENARAI PEGAWAI". Pengurusanbolasepakfam.org. Dicapai pada 2016-08-08.
  13. "2014 Malaysia League Top Scorers". http.blogbualsukan.my.
  14. http://globalfootballranks.com/en/Continent-Teams-Ranking/3
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.