Mohd Safee Mohd Sali
Mohd Safee bin Mohd Sali (lahir 29 Januari 1984) ialah seorang pemain bola sepak profesional kebangsaan Malaysia. Beliau kini bermain untuk pasukan Kuala Lumpur City FC. Safee dianggap antara penyerang terbaik di Asia Tenggara ketika beliau di kemuncak prestasinya ketika dulu.
![]() | |||||||||||||
| Maklumat peribadi | |||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Nama penuh | Mohd Safee bin Mohd Sali | ||||||||||||
| Tarikh lahir | 28 Januari 1984[1] | ||||||||||||
| Tempat lahir | Kajang, Selangor, Malaysia[2] | ||||||||||||
| Ketinggian | 1.71 m (5 ka 7 5⁄16 in) | ||||||||||||
| Posisi permainan | Penyerang | ||||||||||||
| Maklumat kelab | |||||||||||||
Kelab terkini | Kuala Lumpur City FC | ||||||||||||
| Nombor | 10 | ||||||||||||
| Kerjaya Senior* | |||||||||||||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) | ||||||||||
| 2001–2003 | TM Melaka FC | 21 | (10) | ||||||||||
| 2003–2005 | Kuala Lumpur | 31 | (20) | ||||||||||
| 2005–2006 | Sarawak | 26 | (10) | ||||||||||
| 2006–2010 | Selangor | 105 | (36) | ||||||||||
| 2011–2012 | Pelita Jaya FC | 42 | (27) | ||||||||||
| 2013–2016 | Johor Darul Takzim FC | 69 | (62) | ||||||||||
| 2017–2018 | PKNS F.C. | 33 | (9) | ||||||||||
| 2019 | Perlis FC | 5 | |||||||||||
| 2019–2020 | Petaling Jaya City FC | 14 | (3) | ||||||||||
| 2020– | Kuala Lumpur City FC | 10 | (1) | ||||||||||
| Pasukan kebangsaan‡ | |||||||||||||
| 2004–2007 | Malaysia B-23 | 29 | (15) | ||||||||||
| 2006–2014 | Malaysia | 48 | (21) | ||||||||||
Pengalaman
| |||||||||||||
|
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada July 11, 2012 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga November 3, 2012 | |||||||||||||
Pada 27 April 2011, beliau memenangi Anugerah Atlit Lelaki Paling Disukai di dalam satu undian oleh Astro Arena, saluran sukan Malaysia yang pertama.[3]
Safee dikenali sebagai penyerang terbaik Malaysia semasa generasinya dan juga dibandingkan dengan legenda Allahyarham Mokhtar Dahari. Raja Bola Malaysia, Datuk Abdul Gahni Minhat juga menganggap Safee penyerang terbaik di Malaysia di samping bermain secara profesional di luar Malaysia.[4]
Safee juga menjadi pemain bola sepak Malaysia pertama yang bermain di dalam Liga Super Indonesia dengan Pelita Raya Jaya.
Kerjaya kelab
Kuala Lumpur FA
Safee telah dibawa ke Kuala Lumpur oleh Igor Novak. Igor telah mengesan bakat Safee dan membawanya ke Kuala Lumpur. Beliau telah menjaringkan hatriknya yang pertama di dalam satu perlawanan Liga Perdana Malaysia menentang Perak TKN, yang berakhir dengan membelasah 6-2. Beliau telah menjaringkan 11 gol di dalam musim pertamanya untuk menjadi penjaring gol kedua terbanyak di belakang Azman Adnan. Semasa musim 2004, beliau hanya berupaya untuk menjaringkan 2 gol liga. Di dalam musim terakhirnya dengan Kuala Lumpur, beliau telah menjaringkan 7 gol liga, 3 gol di dalam Piala FA Malaysia 2005 membawa Kuala Lumpur FA ke separuh akhir, dan 1 gol di dalam Piala Malaysia 2005.
German-Malaysian Institute FC
Kemudian, beliau menyertai GMi FC lalu menjadi penjaring gol tempatan teratas dengan 19 gol. Prestasinya menarik perhatian peminat bola sepak dan jurulatih kebangsaan. Kebolehannya menjaringkan gol dibandingkan dengan Allahyarham Mokhtar Dahari.
Selangor FA
Safee menyertai Selangor FA untuk musim 2006/07, lalu diserahkan jersi nombor 10 yang pernah dipakai oleh legenda Selangor FA dan pasukan kebangsaan, Allahyarham Mokhtar. Bersama Selangor, Safee membantu pasukannya mencapai pusingan akhir Piala FA dan Piala Malaysia. Bagaimanapun, Selangor tewas kepada Kedah FA di kedua-duanya dengan mata sama 3-2.
Dalam Piala Sultan Selangor 200, Safee menjaringkan gol yang mengagumkan terhadap pasukan pilihan Singapura.[5]
Perlawanan terakhir Safee dengan Selangor adalah seri 1-1 menentang Kuala Lumpur FA sebelum pemergiannya ke Karawang, Indonesia untuk menyertai Pelita Jaya.
Pelita Jaya FC
Pada 5 Februari 2011, secara rasminya Safee berpindah ke pasukan Liga Super Indonesia, Pelita Jaya dengan yuran perpindahan sebanyak USD30,000 dan gajinya sebanyak USD10,000 atau RM 30,360.[6][7] Safee menandatangani kontrak 1 tahun dengan Pelita Jaya. Ini menjadikan beliau seorang pemain bola sepak Malaysia pertama yang beraksi di Liga Super Indonesia.[8]
Pada mulanya Safee telah diberi jersi nombor 10, Tetapi disebabkan masalah pendaftaran, sebaliknya beliau telah memilih nombor 55. Safee telah membuat penampilan tidak rasmi menentang kelab amatur, Ragunan FC di dalam kemenangan 6-0, yang mana Safee telah menjaringkan dua gol dan menolong dua kali. Safee telah menjadikan kemunculannya di dalam Liga menentang Sriwijaya FC yang berakhir dengan kemenangan 1-0 di mana Safee telah menjaringkan satu gol memberikan Pelita Jaya kemenangan yang pertama di dalam 5 perlawanan serta diundi pemain terbaik perlawanan.[9]
Darul Takzim FC
Ketika kempen antarabangsa bersama skuad kebangsaan Piala Suzuki AFF 2012 sedang berlangsung, pihak pengurusan Darul Takzim FC mengumumkan bahawa mereka berjaya mendapatkan tandatangan Safee untuk menyertai pasukan Transformasi dari selatan berkenaan secara pinjaman. Ini bermakna para peminat bolasepak tempatan di Malaysia boleh melihat kelibat Safee beraksi semula di Liga Malaysia bermula 2013 terutama peminat di Selatan tanah air.
PKNS FC
Pada 2017, Safee mengumumkan bahawa beliau telah menandatangani dengan PKNS. Di bawah jurulatih Datuk K. Rajagobal, Safee muncul sebagai rakan sepasukan untuk pemenang S.League Golden Boot dua kali, Rafael Ramazotti.[10] Perlawanan pertama mereka adalah seri 2-2 di Terengganu FC. Beberapa hari kemudian dalam perlawanan pembukaan rumah mereka pada 7 Februari 2018 di Stadium Shah Alam, Safee meraih gol kemenangan pada masa kecederaan ketika menang 1-0 menentang Pahang.[11]
Kerjaya antarabangsa
Malaysia Bawah 23 Tahun
Safee mula mewakili Malaysia Bawah-23 ketika peringkat kelayakan Sukan Olimpik 2004. Beliau beraksi di semua perlawanan tetapi kebanyakannya ialah sebagai pemain ganti. Beliau kemudian dipilih untuk menyertai pasukan Malaysia Under-23 di Pra-Sukan Asia Tenggara 2005 di Thailand di bawah jurulatih Bertalan Bicskei. Beliau hanya berupaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan menentang Filipina Bawah-23. Sayangnya, beliau tidak menyertai skuad Sukan SEA 2005 yang menggondol pingat gangsa. Selepas Sukan SEa, Safee diberi peluang oleh jurulatih Norizan Bakar untuk menyertai pasukan Bawah-23 untuk Sukan Asia 2006, tetapi beliau tidak berjaya lagi.
Setelah prestasi yang hambar dari pasukan Bawah 23 kebangsaan, Safee dipilih sebagai penyerang utama oleh jurulatih B. Sathianathan. Bersama dengan rakan seperjuangan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, mereka berjaya menjuarai Pestabola Merdeka 2007 setelah mengalahkan Myanmar 3-1 dalam perlawanan akhir, di samping beliau sendiri menjadi penjaring terbanyak dengan 4 gol. Kemudian, beliau dipilih untuk mewakili negara di Sukan Asia Tenggara 2007. Safee mampu menjaringkan 2 gol dalam kejohanan ini tetapi pasukan Bawah 23 gagal melayakkan diri ke peringkat akhir.
Pada tahun 2008, Safee dipilih sebagai penyerang utama di Piala Intercontinental Malaysia 2008, di mana beliau berjaya menjaringkan ketiga-tiga gol untuk pasukan Malaysia yang kecundang 1-3 kepada Pasukan bola sepak kebangsaan Republik Ireland, menang 1-0 ke atas Iraq dan seri 1-1 dengan Nigeria. Perlawanan menentang Nigeria ini merupakan kali terakhir Safee beraksi dalam pasukan bawah 23 kebangsaan.
Pasukan Senior
Setelah mempamerkan aksi cemerlang bersama Sarawak di Liga Perdana Malaysia, Safee berjaya menganggotai pasukan kebangsaan, lalu diberikan perlawanan senior pertama menentang New Zealand pada 19 Februari 2006. Kemudian, beliau menjaringkan gol antarabangsa pertamanya dalam perlawanan keduanya menentang New Zealand lagi.
Safee kemudiannya menganggotai pasukan bola sepak kebangsaan yang bersedia untuk Piala Asia 2007. Beliau membuat penampilan pertamanya di Piala Asia pada perlawanan kumpulan ketiga menentang Iran yang mana Malaysia kalah 0-3.
Safee juga menyertai skuad Malaysia XI menentang Chelsea F.C. di Stadium Shah Alam pada 29 Julai 2008. Sungguhpun beliau mempamerkan aksi yang mengagumkan, namun pasukan Malaysia XI tumpas 0-2.[12] Walau apapun, jurulatih Chelsea, Luiz Felipe Scolari memuji kesungguhan Malaysia XI melawan pasukan anak latihnya.
Dalam Pesta Bola Merdeka 2008, Safee sekali lagi melakukan jaringan yang hebat dalam perlawanan menentang Nepal. Beliau menjadi penjaring tertinggi di kejohanan ini dengan 5 gol biarpun Malaysia kalah dalam sepakan penalti 6-5 menentang Vietnam di pusingan akhir.
Pada November 2010, Safee disertakan dalam pasukan negara oleh jurulatih, K. Rajagopal untuk Piala Suzuki AFF 2010. Safee menjaringkan dua gol ke aras Vietnam untuk menjamin kemenangan 2-0 di pusingan pertama separuh akhir. Safee sekali lagi menjaringkan dua gol dalam pusingan pertama akhir dalam kemenangan 3-0 ke atas Indonesia. Dalam pusingan kedua akhir, Safee merembatkan satu lagi gol untuk menjadi penjaring terbesar kejohanan dengan jumlah 5 gol. Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 buat julung kali dalam sejarah.
Latihan Cardiff City
Pada tahun 2011, Safee ditawarkan percubaan dua minggu dengan kelab Liga Bola Sepak, Cardiff City.[13]
Penglibatan lain
Komik Super Safee
Pada tahun 2012, dengan kerjasama Komik-M, siri komik yang bertajuk Super Safee dan SS10 (SuperSafee10) dihasilkan. Komik tersebut mengisahkan perjalan Safee dari kecil sehingga bergelar pemain bola sepak profesional.
Penajaan komersial
Safee di bawah tajaan dengan jenama sukan Amerika, Nike, sebelum ini menjadi wajah Adidas untuk Asia Tenggara. Safee diberi But Mercurial Boot sendiri dengan namanya. Ia diberikan secara eksklusif oleh Nike.[14]
Kontroversi media sosial
Safee mendapat perhatian dalam media sosial selepas menyerang peminat untuk mengkritik prestasi buruknya untuk pasukan kebangsaan Malaysia dalam Piala Suzuki AFF 2014 Suzuki. Selepas tewas 3-2 kepada Thailand di peringkat kumpulan kejohanan, beliau membalas komen negatif pada Instagram dengan berkata: "Mereka yang mengulas negatif di sini, adakah anda bermain di peringkat antarabangsa? Sekiranya tidak, anda akan lebih baik ... Jangan letakkan usaha mereka yang berjuang untuk kehormatan negara ... JIKA ANDA MENGHARGAI HARIMAU MALAYA, LEBIH BAIK TUKAR BENDERA LAIN".[15]
Malaysia berjaya menjadikannya perlawanan akhir, selepas mengatasi defisit pertama separuh akhir 2-1 untuk menang 5-3 pada agregat menentang Vietnam pada perlawanan kedua. Safee telah berehat untuk kaki kedua, dilaporkan kerana kecederaan. Berikutan kemenangan ke atas Vietnam, dia menyiarkan gambar Instagram dirinya meraikan, dengan kapsyen: "Kepada para peminat yang bertukar bendera selepas diberitahu lepas kali, jangan sembunyikan wajah anda di belakang bantal ok .. hanya lap mereka dengan tisu ". Salah satu hashtag foto itu berkata "#amikkau".[16] Peminat-peminat Malaysia yang marah ini semakin jauh, dan Safee digagalkan oleh penyokong rumah semasa perlawanan akhir menentang Thailand.
Statistik
| Kelab | Musim | Liga | Piala Malaysia | Piala FA | Piala AFC | Jumlah | |||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Plwn | Gol | Plwn | Gol | Plwn | Gol | Plwn | Gol | Plwn | Gol | ||
| Melaka TMFC | 2003 | 5 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 5 | |
| Jumlah | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | |
| Kuala Lumpur FA | 2003 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 2 | 0 | 0 | 0 |
| 2004 | 2 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 2 | ||
| 2005 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 2 | 0 | 0 | 0 | |
| Jumlah | 20 | 1 | 3 | – | 24 | ||||||
| Sarawak FA | 2005-06 | 10 | 8 | 3 | 6 | 6 | – | 19 | |||
| Jumlah | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | |
| Selangor FA | 2006-07 | 0 | 1 | 2 | – | 3 | |||||
| 2007-08 | 11 | 4 | 9 | 9 | – | 24 | |||||
| 2009 | 12 | 5 | 1 | – | 18 | ||||||
| 2010 | 12 | 3 | 2 | 5 | 3 | 17 | |||||
| 2011 | 1 | – | 1 | ||||||||
| Jumlah | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | |
| Kelab | Musim | Liga | Piala Indonesia | Persahabatan | Piala AFC | Jumlah | |||||
| Plwn | Gol | Plwn | Gol | Plwn | Gol | Plwn | Gol | Plwn | Gol | ||
| Pelita Jaya | 2011 | 10 | 6 | 0 | 0 | 0 | 3 | – | 0 | 2 | |
| 2012 | ? | 20 | 0 | 0 | 0 | 3 | 0 | 0 | 0 | 0 | |
| Jumlah | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | |
| Kelab | Musim | Liga | Piala Malaysia | Piala FA | Piala AFC | Jumlah | |||||
| Plwn | Gol | Plwn | Gol | Plwn | Gol | Plwn | Gol | Plwn | Gol | ||
| Johor Darul Takzim FC | 2013 | 5 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | |
| 2014 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | ||
| Jumlah | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | |
| Jumlah kerjaya | 0 | 72 | 0 | 17 | 0 | 23 | 5 | 5 | 0 | 112 | |
Gol Antarabangsa
Anugerah dan pencapaian
- Olahragawan Paling Digemari Anjuran Astro Awani 2010.
- Pestabola Merdeka 2007 - Penjaring Terbanyak (4 Gol).
- Juara Pestabola Merdeka 2007.
- Juara Piala Sumbangsih 2009 & 2010.
- Juara Piala FA Malaysia 2009.
- Juara Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2010.
- Naib Juara Piala FA Malaysia 2007/08.
- Naib Juara Piala Malaysia 2007/08.
- Juara Liga Super Malaysia 2009 & 2010.
- Penjaring terbanyak (5 gol) Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2010.
Rujukan
- https://www.fifa.com/fifa-tournaments/players-coaches/people=212029/index.html
- https://www.foxsports.com/soccer/mohd-safee-player-stats
- "Hitman Safee nets Astro Arena award", Borneo Post. 27 April 2011
- Safee Sali joins Johor on loan. Goal.com (4 December 2012). Retrieved on 4 December 2012.
- Sultan Of Selangor Cup 2008
- aseanfootball.org - PELITA JAYA IT IS FOR SAFEE Diterima pada 8 Februari 2011
- Safee Joins Pelita Jaya Diarkibkan 2011-02-16 di Wayback Machine Retrieved at 8 February 2011
- "Safee pergi ke Pelita Jaya (Malay)". MNFT FC©. 7 Februari 2011. Dicapai pada 7 Februari 2011.
- PELITA JAYA IT IS FOR SAFEE. aseanfootball.org (7 February 2011). Retrieved at 3 May 2014
- http://www.espn.com/soccer/blog-football-asia/story/3365066/former-sleague-golden-boot-rafael-ramazotti-joins-pkns
- https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2018/02/385988/pkns-benam-pahang-di-laman-sendiri
- Chelsea beat Malaysian XI
- "Cardiff City hand Safee Sali, 'Malaysia's David Beckham', his big chance". Abg Teror. 22 November 2013. Dicapai pada 22 November 2013.
- "Safee's Nike Mercurial boot Release". Imageshack. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 October 2012. Dicapai pada 3 May 2014.
- "Safee Sali lashes out on detractors...on Instagram - Goal.com". goal.com. 27 November 2014. Dicapai pada 4 January 2017.
- "MALAYSIA MENANG, SAFEE SALI SINDIR PEMINAT". ammboi.com. 12 December 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-26. Dicapai pada 4 January 2017.
Pautan luar
- {S2} Video & Berita Terkini Safee Sali Diarkibkan 2013-12-29 di Wayback Machine
- Mohd Safee Sali di laman web rasmi F.A.M. Diarkibkan 2008-08-11 di Wayback Machine
- Mohd Safee Sali di selangorfc.com Diarkibkan 2009-07-17 di Wayback Machine
