Piala AFC

Piala AFC merupakan pertandingan bola sepak tahunan yang melibatkan kelab-kelab bola sepak tempatan di benua Asia. Pertandingan ini dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia. Pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini berada dalam kategori 'negara membangun' seperti yang tertera dalam document Visi Asia.[1] Negara-negara yang mana adalah negara-negara 'matang' dimasukkan ke dalam Liga Juara-Juara AFC, dan negara-negara yang mana adalah negara-negara yang 'baru muncul' dimasukkan ke dalam Piala Presiden AFC.

Piala AFC
Ditubuhkan2004 (2004)
KawasanAsia (AFC)
Jumlah pasukan32 (peringkat kumpulan)
Juara semasa Al-Ahed (2019)
Kelab paling berjaya Al-Quwa Al-Jawiya
Al-Kuwait
(3 Gelaran)
Piala AFC 2020

'Negara-negara membangun' adalah negara-negara empat belas 'terbaik-seterusnya' yang terletak di luar negara-negara 14 teratas di dalam rantau AFC yang menghantar pasukan-pasukan kelab mereka ke Liga Juara-Juara AFC yang lebih berprestij. Sebelum pembaharuan dalam format pertandingan yang berlaku pada tahun 2009, kedua-dua pertandingan tidak saling berkaitan seperti Liga Juara-Juara UEFA dan Liga Europa UEFA di Eropah dan pasukan-pasukan tewas Liga Juara-Juara AFC tidak bersaing dalam Piala tersebut. Berikutan pembaharuan pada tahun 2009, finalis-finalis Piala AFC yang memenuhi kriteria AFC dan lain-lain pasukan tertentu yang layak dibenarkan untuk bersaing dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC dengan pasukan-pasukan tewas dalam pusingan tersebut diturunkan untuk bermain dalam Piala AFC.

Kelab Al-Faisaly kini adalah kelab yang paling berjaya di dalam sejarah pertandingan ini, setelah memenangi gelaran kedua mereka pada tahun 2006. Kelab-kelab dari Jordan telah memenangi 3 gelaran dan adalah negara yang paling berjaya dalam pertandingan tersebut. Semenjak perasmian pertandingan tersebut pada tahun 2004, finalis-finalis di setiap edisi telah didominasi oleh kelab-kelab dari Asia Barat.

Format

Tahap kedua kejohanan kelab AFC juga akan melihat perubahan dari segi pasukan dan format untuk edisi 2014.

- Sebanyak 32 pasukan mengambil bahagian dalam peringkat kumpulan (16 dari Asia Barat dan Asia Tengah, dan 16 dari Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan).

- Pasukan akan dibahagikan kepada lapan kumpulan. Empat daripada kumpulan-kumpulan ini akan terdiri daripada pasukan Asia Barat, dan empat kumpulan akan membentuk blok Asia Timur.

- Dua pasukan dari setiap kumpulan akan layak ke pusingan 16, di mana mereka akan bermain satu perlawanan kalah mati tunggal.

- Peringkat suku akhir, separuh akhir akan berlangsung menerusi perlawanan timbal balas.

- Perlawanan akhir ini akan bermain perlawanan sekali sahaja.

Pembahagian

Pasukan dari hanya 27 buah negara AFC telah mencapai peringkat kumpulan Piala AFC. Peruntukan satu pasukan oleh negara anggota disenaraikan di bawah. Simbol nombor (#) mewakili sekurang-kurangnya satu pasukan yang gagal di kelayakan Liga Juara-Juara AFC; Tanda bintang (*) mewakili sekurang-kurangnya satu pasukan telah disingkirkan dalam kelayakan; 28 negara AFC mempunyai pasukan mengambil bahagian dalam kelayakan, walaupun negara (Nepal) yang tidak pernah mencapai peringkat kumpulan tidak ditunjukkan.

Pembahagian Tempat
2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019
Asia Timur
Hong Kong 1 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 0 0 2
Macau 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0* 0 1 0
Mongolia 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0* 1 0* 0*
Korea Utara 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 2 2 1*
Taipei Cina 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 1
Jumlah 1 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 4 4
ASEAN
Kemboja 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1* 1 1
Indonesia 0 0 0 0 0 1 2 2 1 2 2 2 0 0 2 2
Laos 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 1 0* 0* 1
Malaysia 2 2 2 2 2 2 1 0 2 2 2 2 2 2 1 0
Myanmar 0 0 0 0 0 0 0 0 2 2 2 2 2 2 2 2
Filipina 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1* 2 2 2 2
Singapura 2 2 2 2 2 1 1 1 2 2 2 2 2 2 2 2
Thailand 0 0 0 1 0 2 2 2 1 0 0 0 0 0 0 0
Vietnam 0 0 0 1 0 2 2 2 2 2 2 0 0 2 2 2
Jumlah 4 4 4 6 4 8 8 7 10 10 10 10 9 11 12 12
Asia Selatan
Bangladesh 1 2 2 0 0 0 0 0 0 0 0 0* 1 1 1* 1
India 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2
Maldives 2 2 2 2 2 2 2 2 1* 2 2 2 2 1* 1* 0
Nepal 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0* 0 0 0 1
Jumlah 5 6 6 4 4 4 4 4 3 4 4 4 5 4 4 4
Asia Tengah
Kyrgyzstan 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 0* 0* 2 1* 1*
Tajikistan 0 0 0 0 0 0 0 0 0 2 1 1* 1* 1* 1* 2
Turkmenistan 2 2 2 2 0 0 0 0 0 0 0 1* 1* 1* 2 1*
Uzbekistan 0 0 0 0 0 1 1 2 1 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah 2 2 2 2 0 1 1 2 1 2 2 2 2 4 4 4
Asia Barat
Bahrain 0 0 1 1 2 2 1 0 0 1 2 2 2 2 2 2
Iraq 0 0 0 0 0 2 0 3 2 2 2 2 2 2 2 0
Jordan 0 2 2 3 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2
Kuwait 0 0 0 0 0 2 3 3 3 2 2 2 0 0 0 2
Lubnan 2 2 2 2 2 3 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2
Oman 1 0 1 2 2 2 2 2 2 2 2 1* 2 2 2 1*
Palestin 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0* 1* 2 0* 0* 1
Qatar 0 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Arab Saudi 0 0 0 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 0 0
Syria 2 0 0 0 0 2 3 3 2 1* 2 2 2 2 2 2
Yaman 1 0 0 2 2 2 2 2 2 2 0* 0* 0 0 0 0
Jumlah 6 4 6 10 10 17 16 17 16 14 14 14 14 12 12 12
Jumlah
Pusingan Akhir 18 18 20 24 20 32 31 32 32 32 32 32 32 34 36 36
Kelayakan 18 18 20 24 20 32 31 32 33 33 34 41 40 50 44 43

Keputusan

Tahun Pasukan Rumah Jaringan Pasukan Pelawat Venue Kehadiran
2004 Al-Wahda 2 – 3 Al-Jaish Stadium Abbasiyyin, Damascus
Al-Jaish 0 – 1 Al-Wahda Stadium Abbasiyyin, Damascus
Aggregat 3–3, Al-Jaish menang menerusi gol tempat lawan
2005 Al-Faisaly 1 – 0 Al-Nejmeh Stadium Antarabangsa Amman, Amman
Al-Nejmeh 2 – 3 Al-Faisaly Stadium Al Manara, Beirut
Al-Faisaly menang 4–2 pada aggregat
2006 Al-Faisaly 3 – 0 Al-Muharraq Stadium Antarabangsa Amman, Amman 7,000
Al-Muharraq 4 – 2 Al-Faisaly Stadium Nasional Bahrain, Riffa 3,000
Al-Faisaly menang 5–4 pada aggregat
2007 Al-Faisaly 0 – 1 Shabab Al-Ordon Stadium Antarabangsa Amman, Amman 5,500
Shabab Al-Ordon 1 – 1 Al-Faisaly Stadium Antarabangsa Amman, Amman 7,500
Shabab Al-Ordon menang 2–1 pada aggregat
2008 Al-Muharraq 5 – 1 Safa Beirut Stadium Nasional Bahrain, Riffa 6,000
Safa Beirut 4 – 5 Al-Muharraq Stadium Bandaraya Sukan, Beirut 2,000
Al-Muharraq menang 10–5 pada aggregat
Tahun Juara Jaringan Naib Juara Venue Kehadiran
2009 Al-Kuwait 2 – 1 Al-Karamah Stadium Kelab Sukan Al Kuwait, Bandaraya Kuwait 17,400
2010 Al-Ittihad 1 – 1 (smt)
(4 – 2 pen.)
Al-Qadsia Stadium Antarabangsa Jaber, Bandaraya Kuwait 58,604
2011 FC Nasaf 2 – 1 Al-Kuwait Stadium Markaziy, Qarshi 15,753
2012 Al-Kuwait 4 – 0 Erbil Stadium Franso Hariri, Erbil 30,000
2013 Al-Kuwait 2 – 0 Al-Qadsia Stadium Al-Sadaqua Walsalam, Bandaraya Kuwait 10,000
2014 Al-Qadsia 0 – 0 (smt)
(4 – 2 pen.)
Erbil Stadium Maktoum Bin Rashid Al Maktoum, Dubai 5,240
2015 Johor Darul Ta'zim 1 – 0 Istiklol Stadium Pamir, Dushanbe 18,000
2016 Al-Quwa Al-Jawiya 1 – 0 Bengaluru FC Stadium Suheim Bin Hamad, Doha 5,806
2017 Al-Quwa Al-Jawiya 1 – 0 Istiklol Stadium Hisor Central, Hisor 20,000
2018 Al-Quwa Al-Jawiya 2 – 0 Altyn Asyr Bandar Sukan Basra, Basra 24,665
2019 Al-Ahed 1 – 0 April 25 Stadium KLFA, Kuala Lumpur 500

Prestasi Kelab

Kelab Juara Naib Juara
Al-Kuwait 3 (2009, 2012, 2013) 1 (2011)
Al-Quwa Al-Jawiya 3 (2016, 2017, 2018)
Al-Faisaly 2 (2005, 2006) 1 (2007)
Al-Qadsia 1 (2014) 2 (2010, 2013)
Al-Muharraq 1 (2008) 1 (2006)
Al-Ahed 1 (2019)
Johor Darul Ta'zim 1 (2015)
FC Nasaf 1 (2011)
Al-Ittihad 1 (2010)
Shabab Al-Ordon 1 (2007)
Al-Jaish 1 (2004)
Istiqlol 2 (2015, 2017)
Erbil 2 (2012, 2014)
April 25 1 (2019)
Altyn Asyr 1 (2018)
JSW Bengaluru 1 (2016)
Al-Karamah 1 (2009)
Safa Beirut 1 (2008)
Al-Nejmeh 1 (2005)
Al-Wahda 1 (2004)

Prestasi Negara

Negara Juara Naib Juara
 Kuwait 4 3
Iraq 3 2
 Jordan 3 1
 Syria 2 2
 Lubnan 1 2
 Bahrain 1 1
 Malaysia 1 0
 Uzbekistan 1 0
 Tajikistan 0 2
 Korea Utara 0 1
 Turkmenistan 0 1
 India 0 1

Prestasi mengikut Zon (Barat vs Timur)

Zon Juara Kemenangan
Barat
15  Kuwait x4; Iraq x3;  Jordan x3;  Syria x2;  Bahrain;  Uzbekistan;  Lubnan
Timur
1  Malaysia

Penjaring Teratas

TahunPemain bola sepakKelabGol
2004 Indra Sahdan Daud Home United 7
Egmar Goncalves Home United
2005 Mo'ayyad Salim Al-Faisaly9
2006 Mahmoud Shelbaieh Al-Wahdat8
2007 Odai Al Saify Shabab Al-Ordun 5
Mohammed Ghaddar Al-Nejmeh
2008 Rico Al-Muharraq 19
2009 Robert Akaruye Busaiteen 8
Mohamad Hamwi Al-Karamah
Jehad Al Hussain Al-Kuwait
Huỳnh Kesley Alves Binh Duong
2010 Afonso Alves Al-Rayyan9
2011 Ivan Bošković Nasaf Qarshi 10
2012 Amjad Radhi Erbil 9
Raja Rafe Al-Shorta
2013 Issam Jemâa Al-Kuwait 16
2014 Juan Belencoso Kitchee 11
2015 Daniel McBreen South China 8
Riste Naumov Ayeyawady United
2016 Hammadi Ahmed Al-Quwa Al-Jawiya 16
2017 Kim Yu-Song April 25 9
2018 An Il-bom April 25 12
2019 Bienve Marañón Ceres–Negros 10

Jurulatih Berjaya

TahunKelabJurulatih
2004 Al-Jaish Costica Stefanescu
2005 Al-Faisaly Branko Smiljanić
2006 Al-Faisaly Adnan Hamad
2007 Shabab Al-Ordun Nizar Mahrous
2008 Al-Muharraq Salman Sharida
2009 Al-Kuwait Mohamad Abdulla
2010 Al-Ittihad Aleppo Tita Valeriu
2011 Nasaf Qarshi Anatoli Demianenko
2012 Al-Kuwait Ion Marin
2013 Al-Kuwait Ion Marin
2014 Al-Qadsia Antonio Vicente
2015 Johor Darul Ta'zim Roberto Gomez
2016 Al-Quwa Al-Jawiya Basim Quasim
2017 Al-Quwa Al-Jawiya Hussam Al Sayed
2018 Al-Quwa Al-Jawiya Basim Qasim
2019 Al-Ahed Bassem Marmar

Hadiah wang tunai

Hadiah wang tunai untuk Piala AFC 2019:[2][3]

Fasa Dompet (USD) Subsidi perjalanan
(setiap perlawanan)
Peringkat awal N/A $40,000
Play-off N/A $40,000
Peringkat kumpulan N/A $40,000
Peringkat kalah mati Juara Zon: $100,000 $40,000
Perlawanan akhir Juara: $1.5 juta
Naib Juara: $750,000
$40,000

Lihat juga

Nota

    Rujukan

    1. AFC Cup 2004
    2. AFC Cup 2019 Competition Regulations. Asian Football Confederatopm. m/s. 57. Dicapai pada 13 February 2019.
    3. "AFC increases prize money for 2018 club competitions". The AFC. Dicapai pada 7 December 2017.

    Pautan luar

    This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.