Liga Premier Malaysia

Liga Premier Malaysia atau Liga Premier merupakan pertandingan bola sepak tahap kedua dalam Liga Malaysia. Liga ini menggantikan liga tahap dua sebelum ini iaitu Liga Perdana 2.

Liga Premier Malaysia
Negara Malaysia
Konfederasi AFC
Ditubuhkan2004 (2004)
Divisyen2
Jumlah pasukan12
Kelayakan keLiga Super Malaysia
Disingkirkan keLiga M3 Malaysia
TahapTahap 2
Piala domestik
Piala antarabangsa
Juara semasa Negeri Sembilan (2021)
Kelab paling berjaya Felda United
Kedah
PDRM
(2 Trofi)
Rakan TV
Tapak sesawangLaman Rasmi
Musim 2022

Liga Premier Malaysia dipertandingan di antara 12 buah kelab bola sepak. Musim liga berlangsung dari awal bulan Febuari sehinga penghujung Oktober dengan waktu cuti pada bulan Ramadhan untuk tempoh sebulan. Pasukan akan bermain sebanyak 22 perlawanan (setiap pasukan bermain dua kali, sebagai tuan rumah dan pelawat), di mana sebanyak 132 perlawanan diadakan dalam semusim.[1] Kebanyakan perlawanan diadakan pada hari Jumaat dan beberapa perlawanan pada hari bekerja.

Liga Premier Malaysia beroperasi dengan sistem naik dan turun liga dengan pertandingan Liga Super Malaysia.

Bermula musim 2016, liga ini dikenali sebagai 100Plus Liga Premier Malaysia atas sebab penajaan.[2]


Sejarah

Pertandingan bola sepak telah wujud dan bertapak di Malaysia sejak lahirnya kejohanan Piala Malaysia pada tahun 1921. Pertandingan bola sepak secara liga pula hanya bermula apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menukar format Piala Malaysia pada tahun 1979 dengan mewujudkan peringkat liga satu pusingan sebagai kelayakan ke peringkat kalah-mati Piala Malaysia pada tahun berkenaan. Juara Liga Malaysia hanya mula diiktiraf mulai tahun 1982 apabila piala pusingan liga telah diperkenalkan. Semenjak itu, pertandingan liga bola sepak telah terus diadakan di Malaysia sehingga kini.

Liga Premier Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 2004. Liga tahap kedua bermula di Malaysia sejak 1989 selepas penubuhan Liga Bola Sepak Semi-Pro Malaysia Bahagian 2 yang dipertandingkan sehingga tahun 1993 sebelum Liga Semi-Pro ini digantikan dengan penubuhan liga bola sepak profesional yang pertama di Malaysia iaitu Liga Perdana. Liga tahap dua kemudiannya dipertandingkan semula apabila Liga Perdana dibahagikan kepada dua di mana Liga Perdana 2 telah diwujudkan. Liga Perdana 2 kemudian telah digantikan dengan kewujudan Liga Premier Malaysia pada tahun 2004 seiring dengan kewujudan Liga Super Malaysia pada ketika itu.

Nama Liga

MusimNama
1989 - 1993 Liga Semi-Pro Divisyen 2
1998 - 2003 Liga Perdana 2
2004 - kini Liga Premier Malaysia

Jumlah Pasukan

Jadual di bawah adalah jumlah penyertaan pasukan ke liga tahap kedua di Malaysia sejak diperkenalkan pada tahun 1989-1993, 1998-2003 dan 2004-kini.

Musim Jumlah Pasukan
1989 - 1998 8 pasukan
1999 - 2000 10 pasukan
2001 - 2003 12 pasukan
2004 18 pasukan
2005 - 2006 16 pasukan
2007 11 pasukan
2008 13 pasukan
2009 14 pasukan
2010 - kini 12 pasukan

Penajaan

Musim Penaja Penjenamaan Liga
1989 - 2004 Dunhill Dunhill Liga Premier Malaysia
2005 - 2010 TM TM Liga Premier Malaysia
2011
-
Liga Premier Malaysia
2012 - 2014 Astro Astro Liga Premier Malaysia
2015
-
Liga Premier Malaysia
2016 - 2018 100PLUS 100PLUS Liga Premier Malaysia
2019 - 2020
-
Liga Premier Malaysia
2021 Pusat Pakaian Hari-Hari (PPHH) PPHH Liga Premier Malaysia

Pencapaian Terbaik

Pencapaian terhebat untuk Liga Premier diberi kepada pasukan yang memenangi 2 trofi (double) dan 3 trofi (treble) pada musim yang sama. Ianya merangkumi Liga Premier Malaysia, Piala FA Malaysia dan Piala Malaysia.

Treble

Tahun Pasukan Kejohanan
2005 Selangor Liga Premier, Piala FA & Piala Malaysia

Senarai Juara

Sejak diasaskan pada 1989, pasukan Kedah mengungguli kejuaraan liga divisyen 2 apabila berjaya memenangi gelaran sebanyak 4 kali diikuti Terengganu, Selangor, PDRM dan Felda United FC sebanyak 2 kali. Sabah merupakan Juara bertahan bagi Liga Premier musim 2019. Sejak Liga Premier muncul sebagai kejohanan liga tahap kedua pada 2004, Felda United, Kedah dan PDRM telah menjadi pemenang utama Liga Premier dengan dua (2) gelaran.

Musim Juara Naib Juara
2004 MPPJ Telekom Melaka FC
2005 Selangor Negeri Sembilan
2005–06 Kedah Melaka
2006–07 PDRM UPB-MyTeam
2007–08 Kuala Muda Naza PLUS
2009 Harimau Muda T-Team
2010 Felda United Sabah
2011 PKNS Sarawak
2012 ATM Pahang
2013 Sarawak Sime Darby
2014 PDRM Felda United
2015 Kedah Pulau Pinang
2016 Melaka United PKNS
2017 Kuala Lumpur Terengganu
2018 Felda United Felcra
2019 Sabah Johor Darul Ta'zim II
2020 Pulau Pinang Kuala Lumpur
2021 Negeri Sembilan Sarawak United
2022

Pasukan Terbaik

Jadual di bawah adalah senarai bilangan kemenangan kejohanan oleh pemenang sejak tahun 2004.

# Kelab Gelaran
1 Felda United FC2
Kedah Darul Aman FC2
PDRM FC2
4 Penang FC1
Sabah FC1
Kuala Lumpur City FC1
Melaka United FC1
Sarawak FA1
ATM FA1
PKNS FC1
Harimau Muda FC1
Kuala Muda Naza FC1
Selangor FC1
MPPJ FC1
Negeri Sembilan FC1

Anugerah

Kasut Emas

Musim Pemain Pasukan Gol
2022
2021 Jordan Mintah
Fernando Rodríguez
Terengganu II
Johor Darul Ta'zim II
16
2020 Casagrande
Endrick Santos
Pulau Pinang 8
2019 Žarko Korać UiTM FC 13
2018 Casagrande Felcra FC 19
2017 Guilherme de Paula Lucrecio Kuala Lumpur 27
2016 Ilija Spasojević Melaka United 24
2015 Francis Doe Negeri Sembilan 17
2014 Billy Mehmet Kedah 23
2013 Karlo Primorac Sime Darby FC 24
2012 Khairul Izuan Abdullah PDRM 27
2011 Mohd Fitri Omar MP Muar FC 16
2010 Mohammad Zamri Hassan PKNS FC 20
2009 Mohd Haris Safwan Mohd Kamal T-Team FC 24
2007-08 Mouhamadou Moustapha Kelantan 27
2007-08 Marin Mikac UPB-MyTeam FC 13
2005-06 Gustavo Fuentes Melaka 18
2005 Bambang Pamungkas Selangor 23
2004 Brian Diego Fuentes Selangor 25
2003 Juan Manuel Arostegui MPPJ FC 33
2002 Isaac Kuffour Telekom Melaka FC 22
2001 Suharmin Yusuf
Shahrin Majid
Sabah 12
2000 Anuar Abu Bakar Kelantan 12
1999 Rusdi Suparman Selangor 15
1998 Seidu Issifu Terengganu 8
1993 Alistair Edwards Singapura 18
1992 Dariusz Dudala Kelantan 9
1991 Marshall Soper Pulau Pinang 11
1990 Mohd Hashim Mustapha
Boonphop Praphut
Kelantan 13
1989 Praduphan Jarunya Perlis 13

Lihat juga

Pautan Luar

Rujukan

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.