Sime Darby F.C.

Sime Darby FC merupakan kelab bola sepak berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia yang mewakili dan disokong oleh Sime Darby, salah satu konglomerat terbesar di England. Pasukan yang kini bermain di Liga Perdana Malaysia dan mendapat tempat ketiga dalam musim 2012. Sime Darby beroperasi sebanyak 20 buah negara dan tenaga kerja lebih daripada 100,000 pekerja dari seluruh dunia.

Sime Darby F.C.
Nama penuhKelab Bola Sepak Sime Darby
Diasaskan22 Januari 2010
StadiumStadium Majlis Perbandaran Selayang
(Muatan: 15,000)
PengerusiPengerusi
Pengurus YAM Tengku Datuk Seri Ahmad Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj
Jurulatih Ismail Zakaria
LigaLiga Perdana Malaysia
2015Liga Super Malaysia 2015, Ke-12 (Diturunkan)
Tapak sesawangLaman kelab
tuan rumah
ketiga

Kepujian

Liga

Piala

  • Naib juara (1): 2012

Sejarah

Sime Darby F.C. telah ditubuhkan pada 22 Januari 2010, dan disokong oleh Kumpulan Sime Darby, salah satu syarikat terbesar Malaysia. Pasukan ini telah dilancarkan secara rasmi pada 4 Mac 2010 dan kini beraksi di tempat asalnya di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Sime Darby F.C. selesai menjadi juara Liga FAM 2010 tanpa ditewaskan dalam penyertaan kemunculan sulung, merangkul kenaikan pangkat ke Liga Perdana Malaysia, dimana ianya peringkat kedua dalam liga bola sepak di Malaysia.

Pada musim pertama dalam Liga Perdana Malaysia 2011, Sime Darby FC menduduki tempat kelima daripada dua belas pasukan. Untuk musim tahun 2011, Sime Darby F.C. beraksi di Stadium MBPJ di Kelana Jaya, Selangor. Sime Darby F.C. kemudian menewaskan Liga Super Malaysia pasukan Pahang FA 6-0 pada agregat untuk kelayakan pertama mereka pada kejohanan Piala Malaysia. Pada Piala Malaysia 2011 , mereka dalam Kumpulan B bersama-sama dengan Terengganu FA, Negeri Sembilan FA dan Selangor PKNS FC tetapi tidak bernasib baik kerana tidak meneruskan perjalanan ke kalah mati pusingan. Bagi Liga Perdana Malaysia 2012, Sime Darby FC menduduki tempat ketiga di belakang juara ATM FA dan Pahang FA diletakkan di tempat kedua.

Sime Darby FC merupakan kelab pertama dalam sejarah untuk memasuki pusingan akhir Piala FA Malaysia, dimana mereka berjaya pada tahun 2012. Perlawanan akhir telah berlaku antara Sime Darby FC dan Kelantan FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Sabtu, 19 Mei, 20:45, di mana Sime Darby FC tewas 0-1. Kenaikan mendadak kelab Sime Darby FC itu telah menyebabkan ianya menerima banyak sokongan dari peminat bola sepak Malaysia dengan pertunjukan yang berani menentang Kelantan dimana ianya telah menjadi pilihan untuk memenangi dalam perlawanan itu.

Berita terkini mengenai Sime Darby F.C. boleh didapati di laman Facebook, 'Sime Darby FC'.

Rasmi

Jawatankuasa pasukan

  • Presiden: YAM Tengku Datuk Seri Ahmad Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj
  • Timbalan Presiden: YM Raja Azlan Raja Azwa
  • Naib Presiden: Hafiz Noor
  • Setiausaha: Zainal Amat
  • Naib Setiausaha: N. Elangovan
  • Bendahari: Hilmy Anuar Shah
  • Ahli Jawatankuasa: Rosli Majid, Muhammad Aderi Yakob, Inderawan Nassir, Zaidi Adnan, Muthu Gopalan, Ismail Zakaria, Siti Roseliza

Pihak pengurus

  • Pengurus Pasukan: YAM Tengku Datuk Seri Ahmad Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj
  • Penolong Pengurus Pasukan: Zainal Amat
  • Ketua Jurulatih: Ismail Zakaria
  • Penolong Ketua Jurulatih: Radzali Imbi
  • Penolong Ketua Jurulatih: Abdul Ghani Malik
  • Jurulatih: Mohd Faizal Esahar
  • Badan Jurulatih: Muhammad Afeeq Aqmal Noorazmi
  • Jurulatih Penjaga Gol: Shaharuddin Ahmad Mokshinon
  • Pakar Fisioterapi: Aimie Mohamed
  • Pakar Fisioterapi: Mohd Faris Ismail
  • Kitman: Mohd Nazri Omar

Pemain

Skuad terkini

No. Nama Kewarganegaraan Posisi
Penjaga gol
1 Kamarul Effandi Abdul Rahim GK
25 Mohd Redzuan Harun GK
22 Mohd Suffian Abdul Rahman GK
Pertahanan
17 Shahrul Eizlan DC
18 Juzaili Samion DC, DR
15 Yosri Derma Raju DC
21 K. Prabakaran DL,LM
4 Nashriq Yahya DC
2 Azmirul Azmi DR,CM,DM,RW
6 Tengku Qayyum DL,LM,LW
3 Mohd Rafizi Hamdan DR,RM,RW
29 Mohd Alif Shamsudin DR,DM,CM
33 Chairi Emmir Solehaddin DR
5 Ivan Dragičević DC,DL
Pemain tengah
7 Fahrul Razi Kamaruddin RM,RW
9 Dilshod Sharofetdinov CM,AM
23 Eddy Helmi Abdul Manan RM,RW
8 Abdul Halim Zainal CM,AM
36 Rafiq Shah Zaim RM,RW
12 Mohd Shoufiq Khusaini LM,LW
24 Mohd Hafiszuan Salehuddin DM,CM
19 Khairul Anwar Shahrudin LM
37 Nur Areff Kamaruddin DM,CM
38 Dzulfahmi Abdul Hadi LM,LW
10 Marko Perovic LM,LW,CM
Penyerang
12 Nazirul Ismail ST
32 Muhd Hadzirun Che Hamid ST
16 Mohd Firdaus Azizul ST
11 Mohd Nizad Ayub ST, AM
13 Mohd Nazrul Kamaruzaman ST
20 Nemanja Vidaković ST

Source:[1]

Pengurus

Tahun Pengurus
2010- YAM Datuk Seri Tengku Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz Shah

Jurulatih

Tahun Ketua Jurulatih
2010- Ismail Zakaria

Lihat juga

Pautan luar

  1. "Pemain Pasukan Piala Presiden". stadium astro. Dicapai pada 20 Julai 2012.
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.