Petaling Jaya City FC

Kelab Bola sepak Bandaraya Petaling Jaya, atau dikenali Bandaraya PJ, ialah sebuah kelab bola sepak profesional Malaysia yang berpusat di Petaling Jaya, Selangor. Ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai PBIM, kelab ini sedang bertanding di liga utama Malaysia, iaitu Liga Super Malaysia. Kelab ini dimiliki oleh Qnet Group dan ditubuhkan bagi mewakili komuniti Petaling Jaya. Pada tahun 2016, kelab ini telah memenangi gelaran liga tahap ketiga, Liga FAM Malaysia dan telah dinaikkan pangkat ke liga tahap kedua bola sepak Malaysia, Liga Premier Malaysia. Kelab ini dikenali dengan nama KB Bandaraya PJ sejak 2019.

Bandaraya Petaling Jaya
Nama penuhKelab Bola Sepak Bandaraya Petaling Jaya
Diasaskan26 April 2004 (2004-04-26), (PBIM)[1]
4 Mac 2014 (2014-03-04), (MSIM-PBIM)
16 Januari 2019 (2019-01-16), (Kelab Bola sepak Bandaraya Petaling Jaya)
StadiumStadium Petaling Jaya,
Petaling Jaya, Selangor
(Muatan: 25,000)
Presiden Vijay Eswaran
Pengurus K. Rajendran
Jurulatih P. Maniam
LigaLiga Super Malaysia
2020ke-7
Tapak sesawangLaman kelab
tuan rumah
tempat lawan

Sejarah

Majlis Sukan India Malaysia - Persatuan Bola sepak India Malaysia ataupun singkatannya, MSIM-PBIM merupakan sebuah kelab bola sepak yang mewakili kaum India Malaysia. Kelab ini diasaskan di Kuala Lumpur. Kelab ini bermain di liga tertinggi di dalam liga Malaysia, iaitu Liga Super Malaysia. Pada tahun 2013, kelab ini menjuarai Kejohanan India Antarabangsa Perancis. [2] Kelab ini ditaja oleh Majlis Sukan India Malaysia.

Sebagai persiapan untuk penyertaan kelab di Liga FAM Malaysia, kelab telah disediakan dengan belanjawan RM 1.3 Juta dan persediaan telah bermula enam bulan sebelum sepak mula liga. Pada musim pertama dalam kejohanan ini, kelab berjaya menduduki tempat kesembilan. Kelab ini hampir dipromosikan ke liga tahap 2 iaitu Liga Premier Malaysia selepas menduduki tempat kedua dalam Kumpulan B, Liga FAM Malaysia 2015.

Selepas dua tahun tanpa piala dalam kempen mereka, pasukan telah meningkatkan belanjawan mereka untuk musim 2016. Untuk musim ini di Liga FAM Malaysia, kelab itu telah menetapkan belanjawan RM 800,000 untuk sasaran memenangi kejohanan ini. Pada 10 Oktober 2016, kelab ini akhirnya layak untuk dipromosikan ke Liga Premier Malaysia 2017 setelah menjuarai Liga FAM Malaysia.

Pada tahun 2017, pasukan ini telah menetapkan bajet bernilai RM3.5 juta untuk musim pertama mereka pada di Liga Premier Malaysia. Kelab mengakhiri kempen Piala FA 2017 pada pusingan kedua selepas kekalahan 6-3 menentang Negeri Sembilan.

Pada musim 2018 di Liga Premier Malaysia, kelab memperbaiki kedudukan mereka dengan menamatkan kempen liga ditempat ketiga dan melakukan kejutan pada kempen Piala Malaysia dengan mengalahkan juara bertahan Johor Darul Ta'zim di peringkat kumpulan. Walaupun demikian mereka gagal untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam kempen ini. Pada Disember 2018, MFL mengumumkan bahawa kelab akan dinaikkan ke Liga Super Malaysia pada tahun 2019 bagi menggantikan Felcra yang juga naib juara liga dengan membuat keputusan tidak beraksi lagi dalam liga Malaysia. Pengurusan pasukan juga telah bercadang kemungkinan bagi melakukan penjenamaan dan pertukaran nama pasukan.

Pada 16 Januari 2019, kelab telah dijenamakan semula sebagai KB Bandaraya Petaling Jaya. Musim ini juga kelab menamatkan kempen Liga Super Malaysia di tempat kelapan. Tewas di dengan pasukan Kedah di pusingan 3 Piala FA Malaysia dan bersaing pada peringkat kumpulan di kejohanan Piala Malaysia.

Pemilikan dan Tajaan Kewangan

Petaling Jaya City FC dimiliki oleh Qnet Group.

Penajaan

Kit pasukan Petaling Jaya City FC telah dihasilkan oleh Umbro sejak musim 2016. Pada musim 2018, kelab ini beralih tajaan kepada Puma (bekas pasukan MISC-MIFA).

Penaja utama jersi kelab ini adalah QNet.

Tempoh Pengeluar Kit Penaja
2014 Kappa ABNXcess / NAAM[3]
2015 NAAM / Megatech[4]
2016–2017 Umbro Mifa
2018 PUMA MAHSA University
2019—2020 QNet

Stadium


Pemain

Skuad Utama

Sehingga 20 Februari 2020
No. Posisi Pemain
1 GK Damien Lim
2 DF Aroon Kumar
3 DF Syazwan Zaipol
5 DF Elizeu
6 FW Yugan Poobathy
7 FW Kogileswaran Raj
10 FW Safee Sali
11 FW Washington Brandão
12 MF Barathkumar Ramaloo
13 MF Thivandran Karnan
14 FW Jeremy Lim
15 DF Youwarasan Maniom
17 DF Rajes Perumal
18 FW Mahali Jasuli
19 MF Christie Jayaseelan
No. Posisi Pemain
20 FW Demba Camara
21 GK Ahmad Syihan Hazmi
22 GK Kalamullah Al-Hafiz
23 MF Salomon Raj
25 GK Mohd Aqil Abdul Razak
26 DF Mohd Amer Saidin
27 DF Filemon Anyie
30 DF D Kugan
33 DF P. Gunalan
35 MF Mark Hartmann
36 DF Mohd Fitri Omar
77 MF K. Gurusamy
89 MF M YojaRaj
90 MF Kim Bong-jin
96 DF K. Kannan
DF Anawin Jujeen

Organisasi Pasukan

Pegawai dan Staf Kejurulatihan

Jawatan Nama
Presiden Datuk Seri Vijay Eswaran
Pengurus K. Rajendran
Penolong Pengurus S. Vinodkana
Jurulatih Djajang Nurjaman
Penolong Jurulatih K. Devan
Penolong Jurulatih P. Maniam
Penolong Jurulatih Rajan Koran
Jurulatih Penjaga Gol Megat Amir Faisal
Jurulatih Penjaga Gol V. Murugan
Jurulatih Kecergasan Arulchelvan
Fisioterapi R. Dervan
Jurulatih B21 K. Gunalan
Penolong Jurulatih B21 Lingeswaran a/l Muniyani
Jurulatih Penjaga Gol B21 G. Jeevananthan
Jurulatih Kecergasan B21 G. Mahathevan
Fisioterapi B21 Ahmad Muiz Noor Esa
Jurulatih B19
Penolong Jurulatih B19
Jurulatih Penjaga Gol B19
Jurulatih Kecergasan B19
Fisioterapi B19 Dheeneesh Raj

Pengurus Pasukan

Tahun Pengurus
2014 S. Chandrasekaran
2015 J. Dhinagaran
2016 S. Arumugam
2017— K. Rajendran

Jurulatih

Tahun Jurulatih
2014—2015 K. Thaiyananthan
2015—2017 Jacob Joseph
2017—2020 K. Devan
2021— Djajang Nurjaman

Pencapaian

Domestik

Kejohanan Juara Naib Juara
Divisyen 3/Piala FAM Malaysia 2016


Rekod

Nota:

  • P = Perlawanan, M = Menang, S = Seri, K = Kalah, J = Jaringan, B = Bolos, Mt = Mata, Pos = Posisi

      Juara       Naib-Juara       ke-3       Promosi       Tersingkir

Musim Liga Piala Asia
Divisyen P M S K J B Mt Pos Sumbangsih FA Malaysia Kejohanan Keputusan
2014 Liga FAM 22 6 5 11 28 37 23 ke-9
2015 Liga FAM 16 11 3 2 33 17 36 ke-2 (Kumpulan B) Pusingan ke-2
2016 Liga FAM 22 15 4 3 41 18 48 Juara Pusingan Awal
2017 Liga Premier 22 4 2 16 36 51 14 ke-10 Pusingan ke-2
2018 Liga Premier 20 9 5 6 36 26 32 ke-3 Pusingan ke-2 Peringkat Kumpulan
2019 Liga Super 22 8 2 12 22 29 26 ke-8 Pusingan ke-3 Peringkat Kumpulan

Rujukan

  1. "History of MIFA". www.mifa.org.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-28. Dicapai pada 19 July 2018.
  2. "MIFA emerge champs in international Indian footie meet". The Star. 23 August 2013. Dicapai pada 23 August 2013.
  3. http://www.thestar.com.my/news/community/2014/04/10/sacrifices-not-forgotten-company-committed-to-giving-sportsmen-and-sportswomen-job-opportunities-in/ Company committed to giving sportsmen and sportswomen job opportunities in industry
  4. http://www.hmetro.com.my/node/46603 Selesa underdog

Pautan Luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.