Sabah FC

Kelab Sepakbola Sabah atau Sabah FC adalah sebuah kelab bola sepak profesional yang mewakili negeri Sabah dalam kejohanan bola sepak di Malaysia.sebelum itu, pasukan ini dikenali dengan "The North Borneo Football club (NBFC)" sebelum di tukar kepada Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) pada tahun 1977. Stadium utama pasukan ini ialah Stadium Likas yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah.

Sabah FC
((File:Sabahpng
Nama penuhKelab Sepakbola Sabah (SAFC)
GelaranSang Badak (Sabah Rhinos)
Diasaskan1963 (1963)
StadiumStadium Likas,Kota Kinabalu
(Muatan: 35,000)
Pemilik Sabah Football Club Sdn. Bhd.
CEO Khairul Firdaus Akbar Khan
Pengurus Ahmad Marzuki Nasir
Jurulatih Ong Kim Swee
LigaLiga Super Malaysia
2020ke-10
Tapak sesawangLaman kelab
tuan rumah
tempat lawan
ketiga

Beberapa pemain kebangsaan Malaysia telah dilahirkan dari pasukan ini seperti Matlan Marjan dan penyerang kembar Malaysia era 80-an Hassan Sani dan James Wong serta penjaga gol, Datuk Peter Rajah.

Sejarah

Sabah merupakan salah satu pasukan yang begitu dikenali di Malaysia. Zaman kegemilangan Sabah bermula pada penghujung tahun 1970-an. Pada masa inilah beberapa pemain berkualiti telah dilahirkan. Pemain seperti Hassan Sani dan James Wong merupakan antara tonggak utama yang telah membantu Sabah menjadi naib juara liga dan layak ke separuh akhir Piala Malaysia pada tahun 1979 dan paling menarik Sabah menjadi pasukan yang paling banyak menjaringkan gol.[1] Tidak cukup dengan itu, status Sabah semakin melonjak apabila gergasi Inggeris Manchester United berkunjung ke bumi Sabah pada tahun 80-an untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan. Perlawanan tersebut menyaksikan Manchester United menewaskan pilihan Sabah dengan jaringan 0-2.[2]

Apabila liga separuh profesional diperkenalkan pada awal 1989, Sabah menjadi antara pasukan yang sering mencabar pasukan elit seperti Selangor dalam kancah bola sepak Malaysia. Pemain seperti Matlan Marjan yang menjadi ketua pasukan kebangsaan pada ketika itu, membantu Sabah memenangi pertandingan profesional pertama mereka iaitu Piala FA Malaysia pada tahun 1995 setelah menewaskan Pahang 3-1. Meskipun skandal rasuah bola sepak berlaku pada 1994 dan 1995 yang melibatkan beberapa tonggak utama Sabah seperti penyerang berbisa kebangsaan Matlan Marjan, namun bola sepak Sabah masih kekal pada prestasinya. Sabah berjaya memenangi Piala FA Malaysia pada 1995 dan Liga Perdana (kini Liga Super Malaysia) pada 1996. Sabah juga muncul selaku naib juara Piala Malaysia 1996.

Pada era 2000, prestasi Sabah mula merosot. Mereka hanya sekadar menduduki tangga ke 11 liga dan kemudiannya tersingkir ke Liga Perdana 2. Sabah cuba bangkit pada musim berikutnnya dan berjaya menjadi naib juara liga. Sabah kembali ke pentas utama bola sepak Malaysia dan mereka berjaya menduduki tempat ketiga liga. Sabah juga muncul selaku naib juara Piala Malaysia 2002 buat kali kedua.

Musim berikutnya, Sabah berjaya menduduki tempat keempat liga dan mereka sekali lagi kecewa apabila tewas buat kali ketiga di perlawanan akhir Piala Malaysia.

Apabila Liga Super Malaysia 2004 diperkenalkan, prestasi Sabah mula dilihat menurun. Sabah terpaksa berhempas-pulas untuk menyelamatkan diri dari penyingkiran ke Liga Perdana pada musim pertama Liga Super. Pada musim berikutnnya Sabah terpaksa akur apabila tersingkir ke Liga Perdana meskipun mempunyai penyerang berbisa Julio Rodriguez yang menjaringkan 18 gol.

Selepas tersingkir ke Liga Perdana, Sabah gagal untuk kembali ke Liga Super meskipun memasuki pusingan kalah mati untuk ke Liga Super. Meskipun bermula baik pada awal musim 2007/08, Sabah hanya sekadar menduduki tangga keempat.

Ketibaan jurulatih baru Gary Phillips memulakan kebangkitan prestasi Sabah FA. Dalam masa 7 bulan sahaja khidmat beliau yang bermula pada Disember 2009, Sabah berjaya menduduki tangga ke 2 Liga Perdana sekaligus mengakhiri 6 tahun penantian Sabah FA untuk beraksi di Liga Super.

Namun segalanya nampak sukar bagi sabah untuk beraksi dalam liga super. mereka bergelut untuk bersaing dengan pasukan-pasukan elit di liga super apabila sentiasa berada di zon penyingkiran. Gary Phillips direhatkan dan digantikan dengan Jurulatih berpengalaman yang juga merangkap Jurulatih Piala Presiden sabah ketika itu iaitu Justin ganai. Akhirnya Justin berjaya membimbing sabah untuk kekal pada saingan liga super 2012 dan berjaya membawa sabah ke peringkat suku akhir piala Malaysia sebelum tewas kepada pasukan T-Team 4-2 secara Aggregat.

Penajaan

Tempoh Pengeluar Kit Penaja
2004 Line 7 Dunhill
2005 TM
2005–06 TM Net
2006–07 Celcom , TMnet
2007–08 Celcom
2009 Streamyx
2010 Carino TM
2011 Adidas -
2012
2013 Graceone
2014 Carino BSA
2015 Adidas Globaltec
2016 Sabah Energy & Asian Supply Base
2017 Carino
2018
2019 MNC Group
2020

Stadium

Stadium Likas merupakan stadium utama Sabah untuk perlawanan Liga, Piala FA, dan Piala Malaysia. Stadium ini terletak di daerah Likas dan mengambil masa hanya 10 minit dari pusat bandar Kota Kinabalu. Stadium ini juga mempunyai kapasiti 35,000 tempat duduk. Sebelum terbinanya Stadium Likas, sabah beraksi sebagai tuan rumah di Stadium Penampang. Stadium ini mempunyai kapasiti dalam 10,000 orang dan mengambil masa 20 minit perjalanan dari pusat bandar kota kinabalu. Namun, stadium ini tidak mempunyai lampu limpah dan pasukan sabah terpaksa bermain pada waktu petang. Pada perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2007, Sabah menggunakan Kompleks Sukan Tawau yang berkapasiti 15,000 tempat duduk. Sabah terus menggunakan Kompleks Sukan Tawau untuk pusingan awal Liga Perdana Malaysia 2007-08. Selepas itu, Sabah kembali menggunakan Stadium Likas.

Kelab Penyokong

  • Tawau City Hoodlum (TCH)
  • North Borneo Ultras (NBU)
  • SabahRhinos.com since 1997
  • Kelab Penyokong Sabah Rhino
  • Sabah Football Fans Club
  • Ultras Sandakan
  • Sabah Supporters Club

Pencapaian

Domestik

Kejohanan Juara Naib Juara
Divisyen 1/Liga Perdana/Liga Super 1996
Divisyen 2/Liga Premier 2019 2001, 2010
Piala Malaysia 1996, 2002, 2003
Piala FA Malaysia 1995 1993, 1994, 1998
Piala Sumbangsih 1996

Belia

Kejohanan Juara Naib Juara
Piala Presiden 1999 1994, 1996, 1997

Borneo

Kejohanan Juara Naib Juara
Piala Borneo 1962, 1963, 1967, 1969, 1970, 1971, 1972
1977, 1978, 1979, 1980, 1984, 1985
1987

Rekod Pencapaian Domestik

Musim Liga Posisi Piala Malaysia Piala FA
Amatur
1978 - - Separuh Akhir[3] -
1979 Piala Malaysia 2 Separuh Akhir -
1980 Piala Malaysia 6 - -
1981 Piala Malaysia 15 - -
1982 Piala Malaysia 8 Suku Akhir[3] -
1983 Piala Malaysia 10/16 - -
1984 Piala Malaysia 5 Suku Akhir -
1985 Piala Malaysia 16 - -
1986 Piala Malaysia Menarik Diri[3] - -
1987 Piala Malaysia 10/17 - -
1988 Piala Malaysia 15/17 - -
Semi-Pro
1989 Liga Divisyen 2 3/8 - -
1990 Liga Divisyen 1 8/10 - Separuh Akhir
1991 Liga Divisyen 1 7/10 - Pusingan Awal
1992 Liga Divisyen 1 8/10 - Separuh Akhir
1993 Liga Divisyen 2 3/8 - Naib Juara
Profesional
1994 Liga Perdana 4/16 Peringkat Kumpulan Naib Juara
1995 Liga Perdana 5/15 Separuh Akhir Juara
1996 Liga Perdana Juara Naib Juara Pusingan Ke-2
1997 Liga Perdana 3/15 Peringkat Kumpulan Pusingan Ke-2
1998 Perdana 1 5/12 Separuh Akhir Naib Juara
1999 Perdana 1 4/10 Peringkat Kumpulan Separuh Akhir
2000 Perdana 1 11/12 Peringkat Kumpulan Pusingan Awal
2001 Perdana 2 Naib Juara Peringkat Kumpulan Separuh Akhir
2002 Perdana 1 3/14 Naib Juara Suku Akhir
2003 Perdana 1 4/13 Naib Juara Separuh Akhir
2004 Liga Super 6/8 Separuh Akhir Suku Akhir
2005 Liga Super 8/8 Peringkat Kumpulan Suku Akhir
2005/06 Liga Premier
(Kumpulan B)
4/8 Peringkat Kumpulan Pusingan Awal
2006/07 Liga Premier 6/11 Separuh Akhir Suku Akhir
2007/08 Liga Premier 4/13 Peringkat Kumpulan Suku Akhir
2009 Liga Premier 9/13 Peringkat Kumpulan Pusingan Awal
2010 Liga Premier Naib Juara Peringkat Kumpulan Pusingan Awal
2011 Liga Super 10/14 Suku Akhir Pusingan Awal
2012 Liga Super 13/14 Tidak Layak Pusingan Awal
2013 Liga Premier 5/12 Tidak Layak Pusingan Ke-2
2014 Liga Premier 8/12 Tidak Layak Pusingan Ke-2
2015 Liga Premier 7/12 Tidak Layak Pusingan Awal
2016 Liga Premier 9/12 Tidak Layak Pusingan Ke-3
2017 Liga Premier 7/12 Tidak Layak Suku Akhir
2018 Liga Premier 6/12 Separuh Akhir Pusingan Ke-2
2019 Liga Premier Juara Peringkat Kumpulan Pusingan Ke-2
2020 Liga Super 10/12 - -

Rekod Pencapaian Asia

  • Piala Juara Juara Asia: 1 penyertaan
1996: Pusingan kedua

Pemain

Skuad Utama

Sehingga 6 Februari 2020

Bekas Pemain

Pemain Import Luar Negara

Scott Ollerenshaw
Seslija Milomir
Veselin Kovacevic
Robert Gaspar
David Rocastle
Jamie Phoenix
Tim Bredbury
Keith Gumbs
Joseph Amoah
Safou Lassi
Ian Lake
Jaroslav Netolička
Miroslav Janu
Miroslav Denk
Michal Vana
Vítězslav Tuma
Paul Bastock
James Rodwell
Chris Zoricich
Josiah Seton
Andrezinho Esposito
Julio Rodriguez
Paulus Shipanga
Dumisa Ngobe
Junior
André Scotti Ossemer
Ahmed El Sayed El Fatih
Charles Obi
Kofi Ayew Mafarah
Udensi Christopher Ikechukwu
Branco Panic
Dedi Kusnandar
Zdravko Šimić
Petrus Shitembi
Guy Gnabouyou
Dennis Buschening
 

Pemain Tempatan

Rashid Piut
Hassan Sani
James Wong
Peter Rajah
Matlan Marjan
Karti Tukimin
Razali Zinin
Rothman Zillah
Azah Ezrin
Mohd. Ali Hassan
Amirshah Alicha
Omar Maya Amat
Mattusin Bowie
Jainin Tinin
Gerard Mojiliu
Jelius Ating
Musa Hendrik
Bobby Chua Kim Lun
Gapor Mohamad
Austin Orou
Conrad Mojungkim
Mark Damun
Yahya Kassim
John Tabad
Jekerison Kilan
Richard Ribu
Henry Anjun
Burhan Ajui
Harun Laban
Dunian Sulog
Ramlan Silamat
Andrew Laban
Andrew Majanggim
Suharmin Yusuf
Mohd Jaya Kassim
Abdullah Awang Adi
Henry soimpon
Junaidy Tuah
Charles Tindi
Romzi Musa
Rizal Awang Jad
Sophian Said
Madzalan Emoi
Herman Limus
Mokhtar Dayoh
Rezuan Aman Khan
zaykiel Leong
Glbert Junior
Gasili Pangalot
Henry Parsi
Sylvester Sindih
Billyton Vun Ket Ming
Farid Saibun
Joey Ryan Gundok
Azrul Ejati Damsah
Mohd Shahrul Chankui
Abdul Majid Abdul Hamid
Yusmady Yusa
Jerry Kinti
Johnny Takom
Paddy Edwin
Marvin Rampangjow
Paul Houpin
Sahsi Panicker
Awang Sabtu Jamil
Justin Ganai
Johnny Dominicus
Lim Thau Phing
Adelide Cornelius
Rahman Senin
 

Pemain Import Tempatan

Khairul Azman Mohamed
Yap Wai Loon
Ong Kim Swee
G. Ravichandran
S. Balachandran
M.Pavalamani
Rosdee Sulong
Shahrin Majid
Mohd Fareed Shah Hassan
Mohd Gadaffi M Karim
Sunder Selveraju
Kalasigaram Sanbagamaran
Asmawi Bakiri
Sharil Arsat
Mohd Nazrulerwan Makmor
Mohd. Nafuzi Zain
Wong Sai Kong
Es Lizuan Zahid Amir
Redzuan Mohd Radzy
Mohd Arsyah Ayob
Ahmad Tharmini Sarbian
Farid Ideris
M. Siva Kumar
Hariri Mohd Safi
Chow Chee Weng
Stanley Bernard Samuel
Munir Amran
Rizal Sukiman
G.Jeevanathan
Jeremy Mathew Danker

Jurulatih

Tahun Jurulatih
2021- ong kim swee
2020-2021 Kurniawan Dwi Yulianto
2017-2019 Jelius Ating
2016-2017 Steve Vilmiaire
2015-2016 Vjeran Simunić
2015 Mike Mulvey
2014 Milomir Šešlija
2013 Johnny Dominicus
2012-2013 David McCreery
2012 Andrew Majjangkim
2011-2012 Justin Ganai
2009-2011 Garry Phillips
2008-2009 Wathiq Naji Jasim
2007-2008 Drago Mamic
2007 José Luis
2005-2006 Justin Ganai
2004-2005 Jose Antonio Rocha Garrido
2001-2004 Peter Butler
2000-2001 David Woodfield
1999 Ken Worden
1999 Justin Ganai
1998 Ken Shellito
1996-1997 Ron Smith
1995-1996 Kelly Tham
1992-1995 Oldřich Sedláček
1990-1992 Roy Lorenson
1989-1990 Frank Upton
1987-1988 Stanley Chew
1986 Azah Ezrein
1985 Stanley Chew
1984 James Wong
1980-1983 Gerd Schmidt
197?-1979 Stanley Chew

Kejayaan Jurulatih

Jurulatih berikut memenangi 1 trofi semasa mengemudi Sabah FA:

Jurulatih Tempoh Kejuaraan
Kelly Tham1995–1996Piala FA Malaysia 1995
Ron Smith1996–1998Liga Perdana 1996
Jelius Ating2017–2019Liga Premier Malaysia 2019

Lihat juga

Rujukan

Pautan Luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.