Hamzah Abu Samah
Tan Sri Dato' Seri Haji Hamzah bin Dato' Abu Samah merupakan ahli politik UMNO di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1969 mewakili Parti Perikatan. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1974 dan Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 beliau menang kawasan Temerloh, negeri Pahang atas tiket parti Barisan Nasional.Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Hussein Onn telah melantik beliau menjadi Menteri Undang-undang .
Hamzah Abu Samah | |
|---|---|
| Presiden Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) | |
| Dalam jawatan 9 December 1978 – 1 August 1994 | |
| Didahului oleh | Kambiz Atabay |
| Digantikan oleh | Sultan Ahmad Shah |
| Anggota Parlimen Malaysia untuk Temerloh, Pahang | |
| Dalam jawatan 1974–1982 | |
| Didahului oleh | Mohamed Yusof Mahmud |
| Digantikan oleh | Sabbaruddin Chik |
| Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan | |
| Dalam jawatan 22 April 1971 – 1 May 1973 | |
| Perdana Menteri | Tun Abdul Razak |
| Didahului oleh | Tan Sri Senu Abdul Rahman |
| Digantikan oleh | Dato' Haji Ali Haji Ahmad |
| Anggota Parlimen Malaysia untuk Raub, Pahang | |
| Dalam jawatan 1967–1974 | |
| Didahului oleh | Hussein Hassan |
| Digantikan oleh | Abdullah Majid |
| Butiran peribadi | |
| Lahir | 5 Januari 1924 Kuala Lipis, Malaya (now Malaysia) |
| Meninggal dunia | 4 September 2012 (umur 88) Mantin, Negeri Sembilan |
| Tempat persemadian | Makam Pahlawan |
| Kerakyatan | Melayu |
| Parti politik | United Malays National Organisation |
| Pasangan | Puan Sri Zainon Hussein |
| Bapa | |
Beliau adalah Tokoh Sukan Negara yang juga bekas menteri Kabinet termasuk Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Beliau merupakan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Seumur Hidup dan memegang pelbagai jawatan penting dalam sukan sama ada dalam negara mahupun peringkat antarabangsa.
Pendidikan
Hamzah Abu Samah lahir pada 5 Januari 1924 di Kuala Lipis, Pahang. Mula bersekolah di Sekolah Melayu Kajang, Kajang, Selangor ; Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK); Barristerat-Law, Gray’s Inn, London (1950-1953) dengan pembiayaan Kerajaan Negeri Pahang.
Kerjaya
Kerjaya beliau bermula sebagai Penolong Penyelia Pilihanraya Pahang, Hakim di Alor Setar, Kedah, Timbalan Pendakwa Raya Awam di Johor, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (1954-1967).
Politik
Beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Raub, Pahang (1967) ; Timbalan Menteri Dalam Negeri (1967-1969); Menteri Penerangan dan Penyiaran (1969-1971); Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1971-1973); Menteri Pertahanan (1973-1974); Menteri Perdagangan dan Industri (1974-1978) dan akhir sekali sebagai Menteri Undang-undang dan Peguam Negara Malaysia (1978-1980).
Beliau menang di Raub dalam Pilihan raya umum Malaysia 1967 dan dipilih semula pada pilihanraya umum 1969 dan 1974. Bagaimanapun dalam Pilihanraya tahun 1978, beliau bertukar ke parlimen Temerloh.
Aktif sukan
Beliau menjadi Presiden Majlis Olimpik Malaysia (1976-1978); International Olympic Committee (IOC) sejak 1978;ahli IOC Juridical Commission dan Cultural Commission (1978-1982) ; Senior Vice President bagi Majlis Olimpik Asia (1982); Presiden Kehormat bagi South East Asia Games Federation (Sejak 1977).
Beliau telah menjadi Presiden bagi Persekutuan Bola sepak Asia (AFC) (1978-1994) ; Presiden Kehormat AFC sejak 1994; Naib Presiden bagi Federation of International Football Association (FIFA) (Disember 1982 - Mac 1990) dan Ahli Eksekutif Kehormat FIFA (1990). Beliau juga merupakan Presiden Kehormat Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) (1984-1988); Presiden Persatuan Kriket Malaysia (1969-1990), Naib Presiden bagi Islamic Solidarity Federation (sejak Mac 1985) dan Presiden bagi Persatuan Tae Kwan Do Malaysia (sejak 1987).
Beliau dilantik sebagai Vice Presiden bagi Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sejak 1982. Beliau turut berperanan bagi membawa Sukan Kuala Lumpur ’98, Sukan Komanwel ke XVI, ke Malaysia.[1]
Meninggal dunia
Beliau pernah menarik diri dari Kabinet selepas menjalani pembedahan pintasan jantung (coronary by-pass) pada tahun 1980.
Pada 4 September 2012, Tan Sri Hamzah Abu Samah, 88 tahun, meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Staffield Country Resort, Mantin, Negeri Sembilan[2] Jenazah beliau dikebumikan di Makam Pahlawan dalam perkarangan Masjid Negara Kuala Lumpur.
Keluarga
Isterinya, Toh Puan Zainon Hussein adalah adik kepada mantan Perdana Menteri Malaysia , Tun Abdul Razak Hussein.
Anugerah
Kehormatan Malaysia
Malaysia :
Panglima Mangku Negara (PMN) – Tan Sri (1983)[3]
Selangor :
Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) – Dato' Seri (1987)[4]
Pahang :
Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Dato' Sri
Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) – Dato'
Sabah :
Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) – Datuk Seri Panglima
Lihat juga
Rujukan
- "Tan Sri Hamzah Bin Datuk Abu Samah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-08. Dicapai pada 2012-09-04.
- Hamzah Abu Samah meninggal dunia
- "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1983" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-08-19. Dicapai pada 2020-12-27.
- "SPMS 1987". awards.selangor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-15. Dicapai pada 27 December 2020.
.jpg.webp)
.jpg.webp)
