Sabbaruddin Chik

Tan Sri Dato' Sri Sabbaruddin bin Chik (13 Disember 1941 – 4 Disember 2021) merupakan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dari tahun 1987 hingga 1997. Beliau juga ialah Pengerusi Amanah Raya Berhad yang dilantik pada 2016 menggantikan Reezal Merican Naina Merican.[1]


Sabbaruddin Chik

PSM; SSAP (Pahang); DPMS (Selangor)
Pengerusi
Amanah Raya Berhad
Dalam jawatan
2016–2018
Didahului olehReezal Merican Naina Merican
Digantikan olehDatuk Mohd Nasir Ali
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Temerloh
Dalam jawatan
1982–1999
Didahului oleh Hamzah Abu Samah
Digantikan oleh Mohd Sarit Yusoh
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
Dalam jawatan
1987–1997
Didahului olehMokhtar Hashim
Digantikan olehAbdul Kadir Sheikh Fadzir
Timbalan Menteri Kewangan Malaysia
Dalam jawatan
1982–1987
Didahului olehMak Hon Kam
Najib Razak
Digantikan olehLoke Yuen Yow
Butiran peribadi
Lahir(1941-12-13)13 Disember 1941
Temerloh, Pahang, Tanah Melayu British (kini Malaysia)
Meninggal dunia4 Disember 2021(2021-12-04) (umur 79)
Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Kerakyatan Malaysia
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganPuan Sri Faridah Mohamed (m. 2017)
Alma materUniversiti Malaya
PekerjaanAhli politik

Pendidikan

Beliau adalah lulusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya (1966). Kemudian, beliau mendapat ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Institute of Social Studies, Belanda pada 1974.

UMNO

Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Panel Rayuan UMNO.[2]

Meninggal dunia

Sabbaruddin Chik meninggal dunia pada 4 Disember 2021 di Pusat Perubatan Universiti Malaya setelah seminggu dimasukkan ke dalam wad kerana disahkan positif COVID-19.[3][4] Jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan pada pukul 11.40 pagi keesokan harinya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.[5][6]

Rujukan

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.