Yayasan Waqaf Malaysia

Yayasan Waqaf Malaysia merupakan agensi kerajaan Malaysia yang berperanan mengusahakan sumber-sumber wakaf peringkat Malaysia. entiti wakaf kebangsaan. Ianya telah ditubuhkan dengan rasminya pada 23 Julai 2008 oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).

Yayasan Waqaf Malaysia
يايسن وقف مليسيا
Kerajaan Malaysia
Gambaran keseluruhan
Dibentuk23 Julai 2008 (2008-07-23)
JenisAgensi Kerajaan
Ibu pejabatAras 8, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3, 62100, Putrajaya.
KakitanganN/A
Belanjawan tahunanMYR N/A
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Agensi Kerajaan
  • Dr. Amir Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif
Agensi induk
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
Laman sesawang
www.ywm.gov.my

Sejarah penubuhan

Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) merupakan sebuah entiti wakaf di peringkat kebangsaan yang ditubuhkan atas inisiatif Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri di bawah Akta Pemegang Amanah [Pemerbadanan] 1952. Ditubuhkan secara rasmi pada 23 Julai 2008[1], YWM berperanan dalam menggembleng sumber-sumber wakaf dan menjadi pelengkap kepada usaha Majlis-majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam membangunkan hartanah wakaf di Malaysia.

Hotel wakaf

Terdapat empat buah hotel wakaf[2][3] yang dikendalikan Yayasan Waqaf Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri-negeri, iaitu

  • Hotel The Regency Seri Warisan, Taiping, Perak - Kerjasama dengan Majlis Agama Islam Perak.
  • Hotel Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka - Kerjasama dengan Majlis Agama Islam Melaka
  • Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, Terengganu - Kerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
  • Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan - Kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Rujukan

  1. Kejayaan Institusi-institusi Agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (PDF). Jabatan Perdana Menteri. 2013. m/s. 189.
  2. Denin (21 Oktober 2020). "Menteri Agama Saran Orang Ramai Pilih 4 Hotel Waqaf Ini Ketika Bercuti". Siakapkeli. Dicapai pada 6 November 2020.
  3. "Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri". Twitter. 21 Oktober 2020. Dicapai pada 6 November 2020.
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.