Jawatankuasa Agama Islam Negeri
Jawatankuasa Agama Islam Negeri merupakan salah satu portfolio yang ditubuhkan di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di seluruh negeri dalam Malaysia. Seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan Islam terletak di bawah bidang kuasa negeri[1].
Sehubungan itu, di peringkat eksekutif, Kerajaan negeri mewujudkan sebuah portfolio khusus bagi membantu pentadbiran hal ehwal agama Islam di negeri masing-masing yang diisi oleh salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri.
Senarai
Berikut merupakan senarai jawatankuasa berkaitan agama Islam dan pengerusinya,
| Bil | Negeri | Portfolio | Pengerusi | Parti Politik |
|---|---|---|---|---|
| 1 | Johor | Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam | YB Haji Tosrin Jarvanthi | BERSATU |
| 2 | Kedah | Jawatankuasa Agama | YB Brig. Jen. Dato' Haji Najmi Haji Ahmad (B) | PAS |
| 3 | Kelantan | Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta | YB Dato' Haji Mohd Nassuruddin Daud | PAS |
| 4 | Melaka | Jawatankuasa Hal Ehwal Agama | YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali | BN (UMNO) |
| 5 | Negeri Sembilan | Jawatankuasa Bertindak Agama Islam | YAB Dato' Seri Aminuddin Harun | PKR |
| 6 | Pahang | Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan | YB Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad | BN (UMNO) |
| 7 | Perak | Jawatankuasa Agama Islam | YAB Dato' Saarani Mohamad | BN (UMNO) |
| 8 | Perlis | Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam | YB Ruzaini Rais | BN (UMNO) |
| 9 | Pulau Pinang | Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam | YB Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman | PKR |
| 10 | Sabah | Jabatan Ketua Menteri (Tugas-tugas Khas) | YB Datuk Haji Mohd. Arifin Haji Mohd. Arif | BERSATU |
| 11 | Sarawak | Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) | YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Haji Junaidi | GPS (PBB) |
| 12 | Selangor | Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam | YB Mohd Zawawi Ahmad Mughni | PKR |
| 13 | Terengganu | Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi | YB Haji Satiful Bahri Mamat | PAS |
| Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan | YB Haji Mohd. Nor Hamzah | PAS |
Lihat juga
Rujukan
- Pelan Strategik Jakim 2015-2019 (PDF). Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2015. m/s. 5.
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.
