Institut Kefahaman Islam Malaysia

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ialah sebuah pertubuhan Islam Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai aturcara dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan.

Logo IKIM

Sejarah

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai aturcara dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan.

Matlamatnya ialah untuk memberikan kefahaman Islam yang sebenarnya demi menjaga kesucian ajaran Islam yang sebenar tanpa menyentuh perkara-perkara retorik atau menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Ia dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu.

Rujukan

    Pautan luar

    This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.